Friday, November 28, 2008

MP KOTA RAJA ~ MENCELAH UCAPAN MP JEMPUL

Keperibadian Muslim

شَخْصِيَّةُ الدُّعَاةِ(Keperibadian Muslim)
Al-Qur'an dan Al-sunnah merupakan dua pusaka peninggalan Rasulullah SAW yang seharusnya menjadi rujukan setiap muslim dalam pelbagai aspek kehidupan. Di antara aspek pentarbiyahan yang amat penting adalah proses pembentukan syakhsiyyah muslim. Syakhsiyyah muslim yang dikehendaki Al-Qur'an dan Al-Sunnah adalah syakhsiyyah yang soleh di mana sikap, ucapan dan tindakan mereka bertepatan dengan kehendak Allah SWT dan Rasulullah SAW.Tanggapan masyarakat tentang syakhsiyyah muslim adalah berbeza-beza. Bahkan ramai yang berfahaman sempit sehingga seolah-olah syakhsiyyah muslim itu hanya dapat dilihat pada mereka yang melaksanakan Islam dari aspek ibadah khususiyyah semata-mata. Sedangkan ibadah hanyalah satu aspek sahaja dan masih banyak lagi aspek lain yang harus menjadi tumpuan dan pemerhatian.Secara umumnya syakhsiyyah yang paling minima bagi seseorang muslim ialah meninggalkan perkara atau perbuatan yang diharamkan dan melaksanakan perkara atau perbuatan yang diwajibkan oleh Allah SWT. Syakhsiyyah akan lebih sempurna apabila seseorang muslim itu beramal dengan amalan-amalan yang disunatkan di samping berusaha membuang segala keaiban yang ada pada diri mereka.Ulama telahpun merumuskan persoalan syakhsiyyah ini berdasarkan Al Qur'an dan Al-Sunnah kepada beberapa ciri yang akan disebutkan di bawah. Secara ringkasnya terdapat sepuluh ciri khas yang melayakkan diri seseorang muslim itu memiliki syakhsiyyah islamiyyah.

1. سَلِيْمَةُ الْعَقِيْدَةِ (Aqidah yang bersih)
Dengan aqidah yang bersih, seorang muslim akan memiliki ikatan yang kuat kepada Allah SWT. Dengan kebersihan dan kemantapan aqidah, seorang muslim tidak akan menimpang dari jalan kebenaran, justeru itu menyerahkan segala perbuatannya kepada Allah sebagaimana firman-Nya yang ertinya: "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku, semua bagi Allah tuhan semesta alam" (QS. 6:162). Kerana aqidah yang salim merupakan sesuatu yang amat penting, maka dalam awal da'wah Rasulullah kepada para sahabat di Mekkah, Rasulullah SAW mengutamakan pembinaan aqidah, iman dan tauhid.
2. صَحِيْحَةُ الْعِبَادَةِ (ibadah yang benar)
Shahihul ibadah merupakan salah satu perintah Rasulullah SAW yang penting. Ibadah yang benar dan sah adalah ibdah yang dilakukan berdasarkan pertunjuk wahyu dan ajaran Nabi SAW. Dalam satu hadithnya, beliau bersabda: "Solatlah kamu sebagaimana melihat aku solat". Dari ungkapan ini maka dapat disimpulkan bahawa di dalam melaksanakan setiap peribadatan haruslah merujuk kepada sunnah Rasul SAW yang bererti tidak boleh ada unsur penambahan atau pengurangan.
3. مَتِيْنُ الْخُلُقِ (akhlak yang kukuh)
Matinul khuluq merupakan sikap dan perilaku yang harus dimiliki oleh setiap muslim, baik dalam hubungannya kepada Allah mahupun dengan makhluk-makhluk-Nya. Dengan akhlak yang mulia, manusia akan bahagia dalam hidupnya, baik di dunia mahupun di akhirat. Oleh kerana begitu penting memiliki akhlak yang mulia bagi umat manusia, maka Rasulullah SAW diutus untuk memperbaiki akhlak dan beliau sendiri telah menunjukkan kepada kita akhlaknya yang agung sehingga diabadikan oleh Allah SWT di dalam Al Qur'an. Allah berfirman yang ertinya: "Dan sesungguhnya kamu benar-benar memiliki akhlak yang agung" (QS. 68:4).
4. قَوِيُّ الْجِسْمِ (kekuatan jasmani)
Kekuatan jasmani bererti, seorang muslim yang memiliki daya tahan tubuh sehingga dapat melaksanakan ajaran Islam secara optimum dengan fizikal yang kuat. Solat, puasa, zakat dan haji merupakan amalan di dalam Islam yang harus dilaksanakan dengan fizikal yang sihat dan kuat. Apatah lagi berjihad di jalan Allah dan bentuk-bentuk perjuangan lainnya. Oleh kerana itu, bagi seseorang muslim kesihatan jasmani seharusnya dipelihara dan pencegahan dari sebarang penyakit adalah lebih utama daripada mengubatinya. Meskipun demikian penyakit adalah sesuatu yang tidak mustahil mengenai sesiapun, namun usaha pencegahan harus dibuat. Tentang kekuatan jasmani ini Rasulullah SAW bersabda yang ertinya: "Mukmin yang kuat lebih aku cintai daripada mukmin yang lemah (HR. Muslim)
5. مُثَقَّفُ الْفِكْرِ(intelek dalam berfikir)
Gambaran tentang ciri ini dapat dilihat melalui diri Rasulullah SAW. Sebab itulah baginda terkenal dengan sifat Fatonah (Cerdas/ Bijaksana). Al Qur'an juga banyak mengungkapkan ayat-ayat yang merangsang manusia untuk berfikir, misalnya firman Allah yang ertinya: "Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: " pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya". Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: "Yang lebih dari keperluan". Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir" (QS 2:219) Islam menganjurkan, setiap perbuatan yang hendak dilakukan mestilah didahului dengan berfikir. Maka bagi mencapai tahap kemampuan daya pemikiran, seorang muslim harus memiliki keilmuan yang luas selain bekalan pengalaman di samping mempunyai wawasan yang jauh di dalam melaksanakan tanggungjawabnya lebih-lebih lagi kepada para da’i di dalam kerja-kerja dakwahnya.Alangkah bahayanya suatu perbuatan yang dilakukan tanpa didahului oleh pertimbangan akal dan pemikiran. Oleh kerana itu Allah membezakan darjat seseorang itu berdasarkan keilmuan yang dimilikinya dan bukanlah kerana yang lain sebagaimana firman Nya yang bermaksud: Katakanlah: "Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?"', sesungguhnya orang-orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran". (QS 39:9)
6. مُجَاهَدَةٌ لِنَفْسِهِ (berjuang melawan hawa nafsu)
Bermujahadah di dalam melawan kehendak nafsu merupakan jalan mendapatkan kesucian jiwa kerana dengannya tidak akan mudah tunduk kepada kecenderungan nafsu yang menginginkan kesenangan, kemewahan dan keseronokan. Melaksanakan kecenderungan pada yang baik dan menghindari yang buruk amat memerlukan kesungguhan. Kesungguhan itu akan lahir sekiranya seseorang itu berjuang di dalam melawan hawa nafsunya. Hawa nafsu yang ada pada setiap diri manusia harus ditundukkan agar mematuhi ajaran Islam. Rasulullah SAW bersabda yang ertinya: "Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga ia menjadikan hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa (ajaran Islam)" (HR. Hakim)
7. حَارِسٌ عَلَى وَقْتِهِ (pandai menjaga waktu)
Masa adalah sesuatu yang amat penting di sepanjang kehidupan sebagai seorang muslim dan mukmin, lebih lebih lagi seorang da’I yang melaksanakan tugas-tugas dakwahnya. ‘Masa’ mendapat perhatian yang besar dari Allah dan Rasul-Nya. Allah SWT banyak bersumpah di dalam Al Qur'an dengan menyebut nama waktu seperti wal fajri, wad dhuha, wal asri, wallaili dan seterusnya. Allah SWT memberikan masa kepada manusia dalam jumlah yang sama, iaitu 24 jam sehari semalam. Dari jumlah masa 24 jam itu, ada manusia yang beruntung dan tak sedikit manusia pula yang rugi. Kerana itu tepatlah ungkapan kata-kata yang menyatakan: "Lebih baik kehilangan jam daripada kehilangan masa". Masa merupakan sesuatu yang cepat berlalu dan tidak akan pernah kembali lagi.Oleh sebab itu setiap muslim dituntut menguruskan masanya dengan baik sehingga masa yang berlalu diperuntukkan kepada perkara-perkara yang memberi manfaat dan bukan yang sia-sia. Nabi SAW melalui hadithnya menyebutkan tentang lima perkara sebelum datang lima perkara, iaitu masa hidup sebelum mati, sihat sebelum datang sakit, muda sebelum tua, lapang sebelum sibuk dan kaya sebelum miskin.
8. مُنَظَّمٌ فِي شُؤُوْنِهِ (teratur dalam suatu urusan)
Munazhzhaman fi syuunihi termasuk syakhsiyyah seorang muslim yang ditekankan oleh Al Qur'an mahupun Al-sunnah. Oleh kerana itu dalam hukum Islam, baik yang berkaitan dengan masalah ubudiyyah maupun mu’amalah harus diselesaikan dan dilaksanakan dengan baik. Ketika suatu urusan ditangani secara bersama-sama, maka diharuskan bekerjasama dengan baik sehingga Allah menjadi cinta kepadanya. Dengan kata lain, suatu urusan mesti dilaksanakan secara professional, bersungguh-sungguh, bersemangat, berkorban, istiqamah dan berdasarkan ilmu pengetahuan
9. قَادِرٌ عَلَى الْكَسْبِ (memiliki kemampuan usaha sendiri)
Qodirun alal kasbi merupakan ciri lain yang harus ada pada diri seorang muslim. Ini merupakan sesuatu yang amat diperlukan. Mempertahankan kebenaran dan berjuang menegakkannya hanya mampu dilaksanakan sekiranya seseorang itu memiliki ciri-ciri ini. Sebagai contohnya, dari aspek kekuatan ekonomi. Seringkali berlaku seseorang da’I mengorbankan prinsip yang dipegangnya hanya semata-mata kerana tidak memiliki kekuatan dan kelebihan dari segi ekonomi. Sehubungan dengan ciri inilah seorang da’i amat dituntut memiliki kemahiran apa saja yang baik. Kemahirannya dijadikan sebab untuk mendapat rezeki dari Allah SWT. Rezeki yang telah Allah sediakan harus diambil dan untuk mengambilnya memerlukan skill atau kemahiran. 10. نَافِعٌ لِغَيْرِهِ (bermanfaat bagi orang lain)
Manfaat yang dimaksudkan adalah sesuatu yang mendatangkan kebaikan kepada dakwah, islam dan perjuangan islam selain manusia lain yang juga merasai kehadiran seseorang muslim itu membawa manfaat kepada mereka.Ini bererti seorang muslim itu harus selalu berfikir, mempersiapkan dirinya dengan sedaya upaya mungkin untuk memastikan dirinya bermanfaat justeru mengambil peranan yang baik dalam lingkungan masyarakatnya. Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda yang ertinya: "Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain" (HR. Qudhy dari Jabir).Demikian secara umum keperibadian seorang muslim yang disebutkan dalam Al Qur'an dan sunnah.Wallahualam

kota raja.
Islam tidak mengabaikan persoalan Negara

Kesyumulan Islam termasuklah dalam persolan negara dan kenegaraan. Adakan kita sedar bahawa antara sebab utama kemunduran umat Islam dan segala permasalahan yang timbul dalam sistem sosial masyarakat islam ini disebabkan persoalan ini? Sepatutnya kesedaran ini diperluaskan kepada seluruh umat Islam agar timbul suatu semangat baru untuk mengembalikan maruah umat Islam yang semakin tidak terbela dan hilang payung atau dahan tempat berteduh.

Pertama-tama yang kita perlu sedar ialah bagaimana persoalan bernegara adalah sebahagian dari tuntutan Islam sekalipun bukanlah itu matlamat utama yang perlu digarap. Negara Islam pasti tertegak dengan tertegaknya masyarakat berserta komponennya sekali di dalam menerima dan menghayati Islam ini dengan menyeluruh serta menjadikannya sebagai cara hidup.

Persoalannya sekarang, apakah yang perlu kita sumbangkan untuk memastikan masyarakat dapat menghayati islam dengan sepenuhnya? Jawapannya adalah bagaimana kita boleh memainkan peranan di dalam memberi dan menyampaikan mesej Islam kepada mereka samada secara individu mahupun melalui organisasi. Baik, kita bukan nak berbincang bagaimana cara untuk mendidik masyarakat tapi kita perlu memahami terlebih dahulu bagaimana Negara Islam boleh wujud serta konsep bernegara mengikut perspektif Islam. Mari kita lihat peringkat atau proses tertegaknya sebuah negara Islam sebagaimana yang berlaku pada zaman Rasulullah dan para sahabat, iaitu;(1)Mengislah, membimbing ke arah hidayah dan selamatkan masyarakat dari kesesatan,(2)Mengajak masyarakat melaksanakan hukum al-Quran dan al-Sunnah dalam konteks kehidupan sosial dan masyarakat,(4) Memastikan wujud sebuah masyarakat yang berlandaskan hukum dan peraturan Islam,(5) Pengetahuan dan kesedaran masyarakat timbul untuk menegakkan semula Negara Islam.

Konsep bernegara menurut pandangan Islam adalah (1) Negara fikrah iaitu negara yang pemimpin dan rakyatnya memahami konsep dan tasawwur Islam yang jelas dan bukan (2) Negara bersifat perkauman, jenis atau iklim. Manakala Ketua Negara dipilih oleh orang-orang Islam mengikut syarat-syarat tertentu iaitu sifat amanah dan kemampuan yang dimiliki oleh calon-calon kepimpinan.Tujuan perlantikan ketua negara pula adalah untuk (1) Melaksanakan syariat Islam dan (2) Membimbing manusia untuk mematuhinya.
Bernegara mengikut islam termasuklah di dalam jalinan perhubungan antara (1) Manusia dengan Tuhannya, (2) Manusia dengan manusi, (3) Manusia dengan makhluk selain manusia, (4) Individu dengan organisasi, (5) Organisasi dengan organisasi yang lain.
Individu dan masyarakat mempunyai peranan yang penting dalam sebuah negara Islam di mana pandangan dan pendapat mereka diambil kira sebagai 'check and balance' dengan pengawasan, pemberi nasihat dan cadangan dan kebebasan mengkritik. Sebaliknya bagi pihak negara serta kepimpinannya wajib bertanggungjawab terhadap setiap individu anggota masyarakat di dalam memberi jaminan kesejahteraan dunia dan akhirat.

Kesimpulan; (1) Kefahaman dan kesedaran Islam penting bagi setiap individu muslim, (2) Wujudnya masyarakat muslim pemangkin kepada kewujudan sebuah Negara Islam, (3) Syarat asas kepimpinan Islam adalah sifat amanah serta berkemampuan, (4) Perlantikan kepimpinan bukan berdasarkan suara majoriti tetapi Majlis Syura yang dianggotai oleh Khalifah dan cerdik pandai di dalam pelbagai jurusan dan bidang, (5) Undang-undang dan perlembagaan adalah berdasarkan al-Quran, al-Sunnah, ijmak dan Qiyas. (6) Keadilan menjadi teras kepada perlaksanaan undang-undang dan hukuman berdasarkan syariat.

Wallahu'alam
kota raja

Tuesday, November 25, 2008

Kelab Penyokong PAS akan jadi Dewan


Kelab Penyokong PAS (KPP) akan diangkat menjadi satu dewan yang setaraf dengan Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat dalam organisasi parti tersebut, kata Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof Rawa.

"Sudah tentu, kerana itu asas kita. Hampir semua negeri dan kawasan ada kelab penyokong PAS," katanya ketika mengulas mengenai langkah PAS berhubung dengan keahlian bukan Islam.

Beliau berkata, kelab tersebut terletak di bawah lajnah yang dipengerusikannya itu dan keahliannya hingga kini mencecah antara 15,000 hingga 20,000 orangi. Menurut Dr Mujahid lagi, kesediaan PAS untuk membuka keahlian kepada bukan Islam adalah rentetan daripada sokongan yang tinggi dan memberansangkan dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

"Memandangkan bilangan sokongan (mereka) tinggi dan terlibat dengan formal dalam PAS, lebih baik kita buka keahlian dan menjadi sebahagian daripada organisasi PAS," tambahnya.
Bagaimanapun, kata beliau, nama dewan tersebut belum ditentukan lagi.Idea membuka keahlian bukan Islam menjadi sebuah dewan adalah reaksi daripada kertas kerja yang beliau bentangkan sewaktu permukiman PAS di Langkawi minggu lalu dibawa ke muktamar.

Kertas kerja tersebut menyentuh tentang keahlian bukan Islam dalam organisasi PAS dan masa depan tanahair.Ditanya bagaimana reaksi pimpinan PAS terhadap idea tersebut, beliau berkata secara umumnya, mereka bersetuju dan mahu ia disegerakan.

Sehubungan itu, kata Dr Mujahid, beliau akan menyediakan satu kertas kerja yang akan memperincikan aspek perlaksanaan teknikal sebelum ia diluluskan dalam muktamar tahun hadapan.Katanya, ini kerana ia melibatkan pindaan perlembagaan parti, terutama tentang fasal keahlian.

"Ia juga termasuklah urusan pembudayaan ahli dan pengurusan organisasi. Tidak mudah untuk menjadikan ia satu budaya dan suasana baru dalam PAS."Saya berharap transisi membuka pintu kepada bukan Islam (menjadi ahli PAS) berlaku dengan teratur, terang dan lancar."Usul yang datang daripada PAS Pusat itu diharap akan diluluskan," katanya.

MASALAH BANJIR DALAM PARLIMEN KOTA RAJA

Masalah banjir yang melanda dalam Kawasan Parlimen Kota Raja pada setiap kali hujan lebat yang luar biasa telah menyebabkan Ahli Parlimen ini terpaksa turun padang dan terpaksa meminta pihak berkuasa tempatan mengadakan satu rundingan dengan pihak JPS Selangor.
Pertemuan ini bagi membincangkan satu penyelarasan semua jabatan supaya tindakan yang diambil adalah selari dan sama serta memberikan tindakan yang lebih berkesan dan keuntungan semua pihak.
Dalam pertemuan antara semua wakil rakyat,ahli parlimen,ahli majlis,jabatan kejuruteraan mbsa dan JPS Selangor yang mengambil masa selama 2 jam Yb DR.Maria telah meminta semua jabatan perlu selalu duduk semeja membincangkan tindakan dan langkah pencegahan yang diambil mestilah memberikan keuntungan kepada penduduk yang mengalami banjir tersebut.
Semua pihak samada diperingkat persekutuan dan negeri akhirnya bersetuju pertemuan tersebut selalul diadakan bagi mempastikan segala tindakan yang diambil tidak membazirkan wang rakyat dan seterusnya memberi keuntungan kepada rakyat.

Pertemuan telah diaturkan oleh Pihak MBSA pada 24.November.2008.
========================================
Gambar diambil pada 10 March 2008.

Sunday, November 23, 2008

PAS berdakwah di Parlimen

" Mengikuti perbahasan parlimen sejak awal, dapat dilihat beberapa perkembangan yang memberangsangkan dari sudut kualiti perbahasan dan suasana kekeluargaan yang dipupuk di kalangan ahli parlimen. Satu ketika dulu, ramai pernah menyuarakan kekecewaan apabila mendengar hujah budak tadika dari MP kerajaan, tetapi perkembangnan muktakhir ini melihat peningkatan dari sudut kualiti dan suasana mesra di kalangan MP.

Ibrahim Ali juga kelihatan berubah dengan sikap rendah dirinya yang berbeza daripada awal persidangan dulu di mana beliau kelihatan sombong dan angkuh dengan kedudukannya.

Kini satu era baru dapat dilihat di parlimen sehinggakan speaker turut berseloroh dengan MP dan kelihatan lebih tenang mengendalikan sidang.Apakah sebenarnya berlaku di parlimen sehingga mengubah keadaan yang satu ketika dulu kelihatan panas?

Antara yang bolih dilihat ialah kesan 916 yang memungkinkan parlimen berubah.Ahli parlimen dari BN kelihatan banyak berubah sesudah kembali dari Taiwan.Hujah hujah mereka sudah mula mengandungi unsur membina malah ada ketika MP BN kedengaran menyokong ketua pembangkang serta banyak kali kedengaran sokongan sokongan diberi kepada hujah pembangkang.

MP BN akhir akhir ini kedengaran banyak berseloroh dengan MP PR terutama dari Batu Gajah yang comel dan manja itu.JJ yang baru sahaja mengemparkan masjid di kratong 4 juga kelihatan berubah bila mana beliau kedengaran menyokong hujah pembangkang.Begitu juga KJ yang bertaraf budak tadika diawal bersidangan dulu juga kedengaran lebih matang dalam hujahnya serta kelihatan membina hubungan baik dengan ketua pemuda PAS.

Di tengah perubahan ini, ana perasan satu perkara yang menarik untuk dikongsikan.Ia itu sikap lemah lembut dan berhemat MP PAS ketika berhujah.Ketika Najib menggulung bajet dulu,beberapa kali dato KJ(PAS Tumpat) bangun menegur sikapnyan yang enggan memberi laluan kepada celahan.Dengan penuh hemat beliau berhujah sekalipun hujahnya telah membawa MP PR keluar dewan.

Dalam hujah para MP PAS,terutama hujah Tok Guru presiden,sering kali kita mendengar selitan ayat quran dan kisah kisah kejayaan silam kerajaan Islam.Hal ini sedikit sebanyak mempengaruhi dewan untuk kelihatan seperti parlimen sebenarnya dan tidak seperti penggal yang lepas bilamana para MP bersikap kurang ajar dan sambil lewa dalam berhujah.Nazri racist sudah nyata berubah, Bung Mokhtar yang lucah itu juga turut berusaha untuk berubah.

lebih menarik apabila terdapat beberapa MP dari DAP turut mengikut standard yang dibawa oleh MP PAS ini.MP perempuan DAP kelihatan cuba mengikut rentak DR lo lo Dan DR Mariah serta MP dari Rantau Panjang sambil Yb Gobalakrisnan( PKR padang serai) kelihatan beberapa kali merujuk kepada pengajaran TGNA dalam hujahnya.

Sedar tak sedar,kewibawaan Tok Guru Presiden diakui oleh semua MP termasuk dari BN dan apa yang disampaikan oleh Tok Guru didengari semua.Pada ana, ini petanda baik dan tanpa disedari MP PAS sekarang sedang berdakwah di parlimen.Makin ramai MP sudah mula menunjukkan minat kepada Islam walaupun karpal pernah mengatakan "langkah mayatnya dulu kalau nak tubuh negara Islam".

MP Rasah(DAP) antara yang paling menonjol menunjukkan nada rendah diri ikut standard Tok Guru dalam setiap hujahnya.dan paling menarik ialah MP Pasir Salak yang mula menunjukkan sikap lebih profesional dalam perbahasan walaupun sesekali kedengaran juga suara budak budak daripadanya.

Kini parlimen Malaysia sedang menuju kearah yang lebih profesional dan lebih berdisplin.Dan mungkin lebih banyak suara suara Islam akan kedengaran dan mula diterima oleh MP bukan Islam terutama dari DAP yang sebelum ini dianggap chauvanist dan anti Islam.Kredit kepada MP PAS."

EPF 8% Means Paying More Income Tax

Assume monthly basic salary is RM4000.

If your monthly EPF contribution is 11% ( RM440 ), taxable income = RM3560, income tax payable = RM77.

If your monthly EPF contribution is 8% ( RM320 ), taxable income = RM3680, income tax payable = RM109.

Conclusion

If you choose to contribute 8%, you will end up paying more income tax to the government, which will make the government richer. Finance Minister Najib said this measure is meant to boost up the slow-down market, but from this example wee see that the money does not go into the market. Instead the money goes direct into the government's pocket through the greater amount of income tax that we will have to pay. Obviously this measure does not help the market at all.

Monday, November 17, 2008

Pemuda PAS lancar Kelab Penyokong Muda PAS

Pemuda PAS melangkah setapak lagi dalam arena politik semasa apabila melancarkan Kelab Penyokong Muda PAS, di pejabat parti itu, semalam.



Kelab tersebut ditubuhkan sebagai penghubung di antara PAS dengan masyarakat bukan Islam khususnya serta menambahkan kesedaran dan pemahaman terhadap peranan Pakatan Rakyat.

Kelab yang ditubuhkan melalui Lajnah Perpaduan Nasional Pemuda PAS Pusat ini meletakkan syarat hanya mereka yang berumur 40 tahun ke bawah layak menyertai kelab ini.

Pengerusi Kelab Penaja Kelab Penyokong Muda PAS, Vincent Lee berkata, kelab ini ditubuhkan memandangkan PAS menerima permintaan daripada golongan muda, khususnya mereka yang bukan Islam.

"Melalui kelab ini, kita akan mengadakan 'roadshow' di setiap negeri bagi Imagekempen mengumpulkan ahli menjelang 27 Nov ini, di mana kita mensasarkan sebanyak 100,000 ahli akan menyertai kelab ini," kata beliau.

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, kelab ini bersifat lebih muda, berbanding Kelab Penyokong PAS yang ditubuhkan pada 2004 lebih menekankan aspek politik.

Katanya, melalui kelab ini, pelbagai program akan diadakan bagi mendapatkan lebih ramai ahli muda, selain meningkatkan tahap pemahaman golongan itu terhadap PAS.

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub, yang merasmikan kelab itu pula menyatakan bahawa kelab ini bakal memberi sumbangan besar kepada PAS sebagai pemangkin masa depan PAS.

Image"PAS serius dengan golongan bukan Islam, di mana PAS akan terus berhadapan dan menyelesaikan permasalahan orang bukan Islam memandangkan Islam memberi hak kepada semua, tanpa mengira kaum," tegas beliau.

Tambah beliau, penubuhan Kelab Penyokong Muda ini akan diberikan peranan sewajarnya di bawah Lajnah Perpaduan, selain PAS akan sentiasa bersama mereka di saat susah dan senang.

Sementara itu, pada majlis pelancaran yang disempurnakan Salahuddin, para tetamu yang menghadiri majlis itu disajikan dengan tarian singa dan paluan Urumi Melam, satu muzik tradisional klasik kaum India.

ImageSuasana meriah pada pelancaran itu menggamit minat dan menjadi tumpuan ramai pengguna jalan raya yang melalui Jalan Raja Laut untuk berhenti merakamkan gambar serta menerima informasi mengenai kelab berkenaan.

Turut hadir dalam majlis pelancaran kelab itu ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Hassan; Naib Ketua Pemuda, Azman Shapawi; Setiausaha, Sabky Yusof dan anggota exco Pemuda PAS Pusat dan ahli Kelab Penyokong PAS. - mns_


Saturday, November 1, 2008

Sekitar Majlis Perasmian PKM Parlimen Kota Raja












MAJLIS PERASMIAN PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT KOTA RAJA OLEH TGNA


YB Dr Mariah merakamkan jutaan terima kasiH kepada semua petugas termasuk YDP, AJK PAS Kawasan Kota, Pengarah Program dan semua ahli jawatankuasa kecil sambutan program yang bertungkus lumus menjayakan majlis diatas.

Persiapan yang hanya memakan masa selama 2 minggu dan ditambah dgn pertindihan cuti Deepavali benar-benar mencabar tugas petugas yang bertungkus lumus setiap masa bagi memastikan kejayaan majlis tersebut. Berkat kesungguhan semua akhirnya majlis yang dinanti-nanti itu berjaya dianjurkan dgn penuh kegembiraan oleh semua petugas dan semua hadirin juga semua jemputan yg hadir.

Majlis yang gilang gemilang tersebut dihadiri oleh YAB Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantar merangkap Mursidur Am PAS, YB Hj Abd Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam, YB Dr Halimah Ali Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar, Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB Tn Shuhaimi Shafie ADUN Sri Mudan dan semua pimpinan Pakatan Rakyat serta Pengerusi-Pengerusi Kelab Penyokong PAS Sri Andalas En. Letchumanan, Sri Muda En. Segar serta Klang Jaya En. Gunalan serta lebih 2000 penyokong Pakatan Rakyat termasuk kira-kira 500 orang non-muslim.

Istimewa majlis ini menurut TGNA Aziz ialah terlalu ramai masyarakat India dari Kota Raja yang menyambut beliau karana tidak pernah berlaku, termasuk disambut oleh 4 orang tok sami dari kuel sekitar Kota Raja.

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts