Wednesday, March 31, 2010

KE ARAH PINDAAN UNDANG-UNDANG NEGARA BERSABIT DENGAN KAWALAN ARAK

Ucapan yang diposkan di blog ini merupakan ucapan persediaan. Namun seperti biasa, bila membahas saya tidaklah terikat sepenuhnya dengannya. Jadi penyampaian sebenarnya adalah seperti dalam hansard (Insyaallah akan di kepilkan nanti bila dikeluarkan)

Dalam masa 20 minit, banyak yang belum sempat dikemukakan di dalam Dewan Rakyat. Insyaallah akan disambungkan bila berpeluang. 

Saya tidak berhasrat untuk mencadangkan yang arak diharamkan terus di Malaysia kerana hak bangsa-bangsa lain perlu diberi pertimbangan. Walaupun kesemua agama lain sependapat dengan  Islam yang arak tidak baik untuk penganut mereka ianya setakat nasihat dan bukan hukum atau larangan mutlak seperti dalam agama kita.

Apa yang saya hendak perjuangkan ialah kawalan ketat supaya ianya tidak terdapat dengan begitu mudah di kedai-kedai runcit atau kedai-kedai kopi atau diminum ditempat-tempat awam dan penguatkuasaan had umur untuk rakyat umum dan supaya undang-undang syariah yang melarang orang Islam dari terlibat dengan pegilangan, pengangkutan, pengedaran, penjualan dan pengambilan arak  diserap masuk ke Akta Eksais atau mana-mana akta yang relevan. Akta ini perlu dipinda supaya selaras dengan enakmen syariah negeri-negeri. 

Sebenarnya banyak lagi yang perlu dilakukan dan kita perlu membawanya secara berperingkat.

Saya mengharapkan kepada pemimpin dan ahli PAS tidak secara melulu meminta arak diharamkan terus dari bumi Malaysia dalam konteks realiti kemajmukan pelbagai bangsa, adat dan agama. Di Kelantan pun tidak di haramkan terus. Orang bukan Islam dan bukan Melayu tidak boleh menerima hukum Islam ke atas mereka dan kita pun tidak boleh memaksa agama kita ke atas orang bukan Islam.

Saya sudah mula beberapa perbincangan  dengan beberapa pihak  dari kalangan bukan Islam untuk mendapat maklum balas mereka. Setakat ini mereka positif  cuma mereka tidak setuju  menidakkan hak pengambilan arak secara total. Saya tidak mahu kenyataan yang tidak berhikmah dan tidak berstrategi akan menyebabkan pintu dakwah kepada bukan Islam tertutup bila kita dituduh ekstrim lagi.

Untuk makluman, kajian saya di dalam perkara-perkara yang membabitkan perkara-perkara maksiat, di seluruh dunia, pengharaman mutlak tidak berjaya mengawal serta membenteras perbuatan haram (pelacuran, arak, judi, homoseksual, dadah) malah aktiviti tersebut beralih kepada  aktiviti bawah tanah yang semakin sukar untuk dipantau dan dikawal. 

Bila menjadi aktiviti bawah tanah maka ia membuka pintu kepada rasuah, pasaran gelap, penyeludupan, eksploitasi mangsa, penyakit serta pembenterasan secara mendidik dan dakwah. Maka kita lihat dalam usaha mengurangkan gejala-gejala negatif seperti pengambilan dadah dan pencegahan AIDS/HIV, program-program "harm reduction" atau "mengekang kemudaratan" di mana penagih dadah digalakkan menukar jarum dan picagari (syringe). 

Kita tidak semestinya bersetuju tetapi kita perlu mengemukakan penyelesaian alternatif.

Jangan salah tafsir yang saya menolak hukum Islam. Sesungguhnya hukum Allah SWT adalah yang terbaik dan tidak dapat disangkal oleh sesiapa. Wallahua'lam

Tuesday, March 30, 2010

MEMERANGI KETAGIHAN ARAK MENEGAKKAN HUKUM ISLAM

Teks ucapan penuh Yb Dr Siti Mariah Mahmud, MP Kota Raja dalam sessi perbahasan di Parlimen petang semalam.

Tuan Yang Di Pertua, terima kasih kerana memberi peluang saya menyampaikan ucapan menjunjung kasih kepada SPB diatas ucapan baginda. Baginda sungguh prihatin dengan pembangunan  modal insan Negara yang tercinta ini. Tidak dapat dinafikan yang kelangsungan atau dengan izin, survival, Malaysia bergantung kepada Modal Insan yang bukan sahaja berpengetahuan tinggi, berkemahiran dan  berakhlak mulia tetapi juga mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang mantap. Itulah sebabnya maka Kerajaan memperuntukkan wang yang banyak untuk menjaga kesihatan rakyat dan membasmi segala macam jenis penyakit yang menggugat kesejahteraan rakyat.

Namun bukan sahaja saya tetapi ramai lagi rakyat di luar sana dan di dalam dewan ini  mengeluh kenapa kerajaan telah sekian lama mengabaikan satu unsur penyakit ia itu ketagihan arak atau dengan izin, alcoholism. Arak, dadah dan rokok adalah tiga dadah merbahaya. Satu dunia tidak dapat menyangkalnya lagi. Bukti saintifik sudah lebih daripada mencukupi untuk membuktikan ke-3 bahan ini merosakkan akal dan jasad manusia, namun undang-undang membezakan di antara ke-3 bahan ini. 

Sementara dadah di sebut sebagai najis dan diharamkan dan boleh dihukum mati jika mengedarnya, rokok pula dikenakan cukai yang tinggi dan ada usaha (walaupun pada saya, ianya tidak memadai) untuk memberi amaran kepada perokok tentang bahayanya pada kotak-kotak rokok. Tapi apa sudah jadi dengan minuman keras? Kenapa minuman keras mendapat layanan istimewa? Alkohol diklasifikasikan sebagai dadah psikoaktif mempunyai cirri-ciri “depressant/kemurungan”, ketagihan dan menyebabkan daya tumpuan berkurang. Dadah-dadah lain yang mempunyai kesan ini memerlukan preskripsi doktor untuk membelinya.

Walaupun seksyen 2(1) Akta Kastan 1967, mentakrifkan  “liquor” yang memabukkan (intoxicating liquor)  termasuklah apa-apa alkohol atau apa-apa cecair yang mengandungi lebih dari 2% spirit pruf (saya difahamkan ialah alkohol mutlak/ethyl alcohol) , yang sesuai, atau bermaksud untuk, atau yang boleh dengan apa-apa cara di ubah lagi bagi, digunakan sebagai minuman , Akta Eksais (Akta 176) pula dalam seksyen 32 (1) telah memberi pengecualian kepada penjualan minuman beralkohol seperti bir (ale, stout, porter)  atau todi atau arak natif (sabah) ianya kesemua jenis arak tapaian atau yang di hasilkan oleh proses pemeraman. Ini bermakna penjualan runcit kecil-kecilan tidak melebihi kuantiti yang ditetapkan boleh dijual di kedai-kedai tanpa perlesenan.

Bir dan todi mengandungi alkohol melebihi 2%.  Saya diberitahu yang bir mengandungi dalam sekitar 5-8% kandungan alkohol. Sudah tentu boleh memabukkan. Dalam Seksyen 32 (3) pula memberi kuasa mutlak kepada Menteri (Kewangan) untuk membenarkan sesiapa sahaja menjual secara runcit apa-apa liquor yang memabukkan!  Sungguhpun Peraturan Eksais 7A untuk penjualan apa-apa liquor telah menghadkan jualan kepada seseorang berumur bawah 18 tahun, kadar pematuhan dan penguatkuasaan amatlah mengecewakan.

Disebabkan pengecualian ini bir mudah didapati di merata-rata tempat di seluruh Malaysia. Dengan pengecualian ini juga pihak PBT tidak boleh menghadkan penjualan bir dan minuman seangkatan dengannya sekiranya kedai menjual secara runcit mengikut takrifan undang-undang. Saya kira, hanya kerajaan Kelantan yang  berani membuat keputusan menghadkan penjualan arak di premis-premis tertentu.

Kerajaan Kedah pula tidak mampu membuat perubahan di Langkawi kerana seksyen 32(1) (c) memberi pengecualian kepada kedai runcit bebas duti yang dilesenkan dibawah seksyen 65(D) Akta Kastan 1967.

Tuan Yang di Pertua,
Saya meneruskan hujjah saya kenapa kerajaan perlu serius melihat isu arak ini dengan lebih mendalam dan diakhir hujjah ini saya akan mengutarakan beberapa cadangan kepada kerajaan hari (the government of the day). Sekiranya saya memerlukan masa yang lebih, dengan izin, please be lenient with me, only this time.

 Saya mahu pihak kerajaan tahu yang rakyat, yang Islam dan bukan Islam sebenarnya  akan berada dibelakang kerajaan untuk kerajaan mengorak langkah membuat satu polisi minuman keras yang melindungi rakyat terbanyak dan tidak hanya membuka peluang yang begitu luas kepada perusahaan minuman keras. PAS sudah tentu akan menyokong apa-apa pindaan kepada undang-undang untuk mengawal lebih ketat penjualan dan pengambilan arak dan menangkis sanggahan yang mengatakan pengawalan penjualan arak menafikan hak asasi manusia dan hak bukan Islam.

Tuan Yang di Pertua,
Untuk sedikit makluman Dewan, Minuman keras terbahagi kepada 3 kategori besar. Bir, Wain dan Spirits – klasifikasi dibuat bergantung kepada kandungan alkohol atau alcohol by volume (ABV). Spirit mengandungi kandungan alkohol yang tinggi bermula dari  20%  dihasilkan dari proses penyulingan dan penuaan. Sementara bir dan wain yang dihasilkan melalui proses pemeraman atau penapaian mengandungi ABV dari 1% ke 20%. Kesemuanya cecair memabukkan mengikut takrifan di dalam Akta Kastan 1967.

Tuan Yang di Pertua,
Tidak ramai rakyat Malaysia tahu yang kita menduduki tangga ke-10 tertinggi/terbesar dalam pengambilan alkohol di dunia, walaupun Negara kita mempunyai hanya 26  juta orang penduduk dan sebuah Negara yang kecil.   

Setiap tahun, rakyat Malaysia membelanjakan USD 500 juta membeli alkohol. Walaupun secara purata pengambilan  alcohol jatuh sebanyak 7 L per kapita, mereka yang mengambil alcohol sebenarnya adalah peminum tegar. Dikalangan rakyat Malaysia, kaum India walaupun 8% daripada kependudukan Negara ini merupakan peminum alcohol berat dengan kadar melebihi 14 L alcohol mutlak setahun. 

Kerajaan mungkin menganggap ketagihan arak di kalangan kaum India sebagai satu masalah unik kaum India dan tidak memberi perhatian langsung kepada masalah ini dan meninggalkan isu ini ditangani oleh NGO. Di sebalik ketagihan arak kaum India  ialah masalah kemiskinan dan kemelaratan hidup. Saya tidak berniat untuk mengupas isu ketagihan arak dikalangan kaum India sekarang  Cuma ingin berkongsi pengalaman dengan Dewan ini. 

Setelah saya memenangi parlimen Kota Raja dalam PRU lepas, saya di datangi beberapa kumpulan yang terdiri dari kaum India meminta saya menangani masalah ketagihan arak dikalangan kaum India di dalam kawasan. 

Mereka meminta PAS mengawal jualan arak di kawasan yang saya menangi sepertimana dilakukan di Kelantan. Mereka menjamin, kaum wanita India akan meneruskan sokongan sekiranya perkara ini boleh dilakukan kerana kaum wanita dan anak-anak menjadi mangsa penderaan apabila sang suami mabuk.

Kadar pengambilan bir di Malaysia pula menyamai Negara-negara Eropah ia itu 11 L per kapita. Umur purata ketagihan arak ialah 22 tahun dan umur pertama rakyat mula terdedah kepada pengambilan alkohol semakin awal dalam kehidupan.

Apa akan jadi kepada modal insan Negara apabila belia dan remaja menjadi peminum arak dan kemudiannya menagih arak. Pengiklanan dan promosi agresif syarikat-syarikat minuman keras seperti Carlsberg dan Guiness menggunakan pendekatan penajaan sukan tertentu  dan mengeksploitasi wanita muda seksi untuk mendedahkan orang-orang muda kepada minuman syaitan ini. 

Carlsberg telah menjadi penjadi penaja utama Maybank Malaysian Open Golf 2010. Dalam  satu kenyataan Pengarah Urusan Carlsberg Malaysia, di antaranya, “ We wanted to treat our consumers to an exclusive experience of Maybank Malaysia Open…….There was an abundant flow of Carlsberg beer throughout throughout the day” dan seterusnya. Ia nya satu kenyataan terbuka yang mahu menggalakkan orang muda golongan atasan dan berada untuk mencuba minuman syaitan ini. Yang berhormat sekelian boleh melayari internet sendiri untuk mendapat maklumat selanjutnya.

 Jumlah rakyat yang mengambil alkohol juga kian bertambah saban hari. Namun tiada statistic resmi dari pihak kerajaan. Saya harap satu kajian menyeluruh dibuat untuk mengetahui status sebenar permasalahan ini. Para pemimpin perlu juga tahu Malaysia sekarang menjadi hub arak ke Negara-negara Asia. Pemasaran arak di Eropah dan Amerika sekarang sudah tepu, maka mereka menoroka pasaran baru di rantau ini. 

Maka kita tidak hairan syarikat-syarikat besar seperti Carlsberg dan Guiness sanggup menanam modal berjuat-juta di Negara kita tetapi sanggupkah rakyat Malaysia melihat Negara kita satu hari dikutuk dan dilabel sebagai Negara Islam yang bersubahat dengan kesengsaraan beribu-ribu nyawa di rantau ini. Sekarang ini pun Malaysia sudah terpalit dengan label pusat pemerdagangan manusia terutama wanita dan kerajaan berhempas pulas untuk membersihkan nama Malaysia. Kita tidak akan terdaya membersihkan nama sekiranya perusahaan arak digalakkan dan ada  facts and figures untuk membuktikannya.

Kesan Alkohol
Kesan negatif pengambilan alkohol terhadap otak melebihi kesan positif yang bersifat sementara. Kesan utama ke atas otak manusia menyebabkan proses kognitif iaitu di antaranya persepsi, tumpuan, kesedaran, keupayaan berfikir, kecerdasan dan banyak lagi fungsi otak terganggu yang sering disebut sebagai keadaan mabuk. 

Akibat daripada gangguan fungsi normal otak ini menyebabkan fungsi akal yang waras terganggu dan maka berlakulah kemalangan jalan raya, penderaan isteri dan anak, pergaduhan serta banyak lagi kesan negatif ke atas diri peminum, keluarga dan masyarakat yang ahli yang berhormat semua sedia maklum. Kesan jangka panjang menyebabkan kerosakan organ tubuh termasuk hati dan otak sudah memang diketahui dalam dunia perubatan. Ketagihan arak atau alkohol tidak jauh bezanya dari ketagihan najis dadah.  
Saya tidak akan mampu menceritakan tentang kesan alkohol dalam Dewan ini. Saya harap Ahli-ahli yang berhormat dapat membaca satu artikel yang di tulis oleh Prof Madya Dr Azizi Yahya, Fakulti Pendidikan, UITM yang menyerlahkan kesan negatif  alkohol secara ilmiah.

Nilai Ekonomi Perniagaan Arak
Kutipan cukai dari perniagaan arak meningkat kepada RM 817 juta pada tahun 1996 dari  RM 769 juta pada tahun 1994. Berapakah nilai kutipan cukai minuman keras agaknya sekarang?  Menteri Kewangan di dalam jawapan bertulis mengenai nilai cukai import minuman keras  dari tahun 2004 ke 2008  menyatakan nilai cukai import masa itu ialah RM442.6 juta. Nilai eksport minuman keras pula RM1.1 billion.

Pada tahun 1995 terdapat 2,360 premis awam yang dilesenkan menjual minuman keras.  Angka ini dikatakan telah berganda pada tahun berikutnya (1996). Ini tidak termasuk premis atau kedai-kedai runcit yang menjual minuman beralkohol dalam tin (beer, stout, shandy) yang tidak memerlukan perlesenan.  Saya minta Menteri Kewangan menyatakan berapa premis atau jumlah lesen yang dikeluarkan  menjual arak di seluruh Negara pada ketika ini.

Perusahaan arak tempatan atau samsu kita begitu aktif dan dianggarkan menghasilkan samsu USD43.4 juta (RM180 juta)  pada tahun 2006. Samsu boleh mengandungi alkohol setinggi 38% dan boleh terdapat dengan mudah di kedai-kedai runcit dan tempat-tempat kediaman. Ianya boleh didapati semurah RM2 dalam botol kecil atau di isi dalam palstik sahaja. Mungkin Menteri Kewangan dapat memberitahu Dewan yang mulia ini berapa jumlah setahun penghasilan arak di dua kilang pemeraman arak (Guiness dan Carlsberg) yang dilesenkan kerajaan di KL ini. 

Dan dari jumlah ini penghasilan ini berapa peratus yang dipasarkan di dalam Negara dan berapa banyak pula yang dieksport?  Akhbar The STAR melapurkan yang kilang arak di Malaysia nilai perniagaan bird an stout di Malaysia ialah RM 4.77 billion . Walaupun kadar eksais dikatakan tertinggi di Asia, dan nombor dua tertinggi di dunia selepas Norway, nampaknya semakin ramai yang mampu membeli.

Mungkin angka di atas tidak menjadi persoalan malah menjadi kebanggaan sesetengah pihak kerana Negara mendapat keuntungan dan secara tidak langsung rakyat turut mendapat manafaat. Tetapi bagaimana pula kalau dibentangkan yang anggaran perbelanjaan rakyat Malaysia membeli arak ialah USD500juta (RM1750,000,000 atau RM1.75 billion) pada tahun 2006? Nilai import pula minuman keras dari tahun 2004 ke 2008 ialah RM212 juta. Secara relatif tidaklah sebanyak nilai eksport.

Sebagai Negara Islam, berapa ramai pula rakyat Malaysia yang beragama Islam yang terlibat di dalam industri arak ini? Dari pengilangan, pengangkutan, penjualan? Pernahkan kerajaan membuat kajian, berapa ramai pula rakyat beragama Islam minum arak ? Berapa ramai peminum sosial dan  berapa ramai pula yang ketagihan arak? 

Kerajaan mempunyai statistik mengenai jumlah penagih dadah , jumlah pengidap HIV/AIDS, jumlah kematian akibat kemalangan dan banyak lagi statistik. Kerajaan adakah angka untuk jumlah rakyat Malaysia yang terjebak dalam ketagihan arak (chronic alcoholism) mengikut kaum dan jantina? Kalau ada saya minta diberi jawapan, kalau tiada, kenapa tidak? Tidak kah Menteri Kesihatan tahu yang ketagihan arak ialah satu penyakit yang merbahaya?

PERSPEKTIF AGAMA-AGAMA
Saya mengajak Yang Berhormat sekelian terutamanya yang beragama Islam, Hindu, Kristian dan Budha merujuk kepada agama masing-masing tentang larangan arak yang jelas.

Di dalam agama Islam, surah Al Maidah ayat 90-91, Allah SWT berfirman: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semuanya kotor/keji dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebenciaan di antara  kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati allah dan daripada mengerjakan sembahyang. oleh itu mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara2 yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)


Rukun Agama Budha yang ke-8 dengan jelas menyatakan “ Budhists should abstain from liquor”. Budha juga menolak menjual arak sebagai sumber pendapatan.

Dalam Bible, The Book of Proverbs Bab 23:29-33 memberi nasihat ini “ Do not look at wine when it is red, when it sparkles in the cup and goes down smoothly. At the last it bites like a serpent, and stings like an adder. Your eyes will see strange things. And your nind will utter perverse things”.

Dalam agama Hindu, tujuan utama penganut Hindu ialah untuk bersatu dengan Tuhan. Ianya hanya boleh tercapai melalui badan dan akal yang sihat. Seorang agamawan Hindu Thiruvalluvar mengatakan “ Mereka yang minum arak tidak berbeza dengan mereka yang meminum racun, maka mereka tiada bezanya dengan orang yang sudah mati”

Pada 30hb Oktober 2009, Institut Kefahaman Islam Malaysia, IKIM telah mengadakan satu muzakarah “pakar arak dan permasalahannya”. Ahli panel dan peserta terdiri dari pelbagai profesyen , agama dan bangsa. Mereka telah membuat rumusan dan beberapa cadangan kepada pihak berkuasa (mungkin kepada Jabatan Perdana Menteri) untuk membuat pindaan-pindaan kepada beberapa undang-undang.  Soalan saya adakah pihak Jabatan Perdana Menteri menerimanya dan apakah tindakan susulan pihak menteri berkenaan?

Mengharamkan minum arak tidak bercanggah dengan agama-agama besar dunia. Ia hanya  bercanggah dengan nafsu manusia atas nama hak kebebasan asasi manusi untuk memilih. Saya tidak mencadangkan pengharaman terus tetapi menyemak semula supaya masalah pengambilan arak  tidak begitu berleluasa dan tidak terkawal

Malaysian Hindu Sangan (MHS) telah mengistiharkan peperangan terhadap ketagihan arak / alcoholism kerana kesannya terhadap generasi muda Negara. Mereka telah mencadangkan supaya penalti atau hukuman dikenakan kepada peminum bawah umur dengan 2 hari dalam penjara,. 

Cadangan lain ialah mengenakan cukai berperingkat (TIERED BASED TAX) berasaskan kandungan alkohol minuman bukan satu kadar rata 10% untuk semua jenis minuman dan menubuhkan satu pusat untuk menangani permasalahan penagihan arak untuk jangka panjang yang merancang langlah-langkah pencegahan, penyelidikan dan rehabilitasi.

 UNDANG-UNDANG PERSEKUTUAN DENGAN ENAKMEN SYARIAH- SATU KONFLIK

Tuan Yang di Pertua,
Malaysia sekali lagi menjadi perhatian dunia apabila menjatuhkan hukuman sebat ke atas seorang wanita, Kartika Sari, kerana kesalahan meminum arak. Pengambilan arak tidak menjadi satu kesalahan dalam undang-undang sivil walaupun sampai kepada tahap mabuk melampau sekiranya tidak mencederakan sesiapa atau tidak memandu. Hatta sehingga memukul anak dan isteri pun boleh dimaafkan lagi kerana dianggap masaalah domestik. 

Namun di dalam Islam, ianya satu kesalahan jenayah serta telah termaktub dalam enakmen syariah negeri-negeri serta Wilayah Persekutuan . Seksyen 19 (1)  Akta Kesalahan Jenayah Syariah (WP) 1977 Akta 559 menyatakan  mana-mana orang yang, dimana mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 19(2) Akta yang sama pula menjadikan kesalahan pada sesiapa yang membuat, menjual, menawarkan atau mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan. Enakmen ini jelas berkonflik dengan Seksyen 35 Akta Eksais. 

Ketiadaan penyelarasan atau konflik di antara undang-undang sivil dan enakmen syariah telah menjadikan hukuman Islam ditertawakan dan dimomokkan. Setiap kali alasan diberi adalah kerana undang-undang syariah di bawah kuasa negeri dan lebih spesifik di bawah sultan-sultan dan agung. Cukuplah meletakkan tanggung jawabnya di atas sultan dan agung. Bukan kah agung dan sultan bertindak atas nasihat majlis agama masing-masing. Tengoklah dalam enakmen syariah negeri Pahang, salah satu hukuman minum arak ialah sebatan tetapi tiada pula dalam enakmen syaraiah WP.

Bagaimana enakmen syariah hendak dilaksanakan dan dipandang sebagai perkara yang betul apabila Akta Eksais tidak diselaraskan dengan Hukum Syariah. Bagaimana kedudukan pekerja-pekerja Islam di dalam kilang arak, di kedai-kedai runcit seperti 7-11, bagaimana pula kedudukan pramugari dan pramugara kita yang menghidangkan arak, bar tender yang mencampur minuman keras untuk pelanggan. Adakah kita redha melihat saudara-saudara seIslam melakukan dosa. Betul kah mereka dalam keadaan darurat dan berhak mengambil rukshah atau keringanan dalam hal ini? Bukankah di antara maqasid syariah pemerintahan Islam Hadari salah satu tanggung jawab pemerintah adalah menjaga agama rakyat.

Saya merayu bersungguh-sungguh supaya Kerajaan mengambil langkah serius untuk menyelaras undang-undang di mana boleh untuk menepati hukum Islam.


Saya tahu amat berat Kementerian Kewangan membuat pindaan-pindaan dan pengawalan yang lebih ketat terhadap perusahaan arak. Boleh kah Dewan ini tahu berapa peratus kah pendapatan Negara disumbang oleh perusahaan arak? 

Ahli Parlimen PAS telah beberapa kali meminta di dalam Dewan ini hasil kerajaan dari pencukaian perusahaan haram (di antaranya judi, arak dan riba)  atau sin tax ini di asingkan daripada akaun atau dana terkumpul Negara. Tujuan pengasingan  Sin tax ini ialah supaya ianya tidak digunakan  untuk mambayar gaji atau menjadi punca dana yang membawa kepada makanan rakyat  dan menjadi darah dan daging rakyat atau dana untuk kebajikan atau membina masjid. Ianya boleh digunakan untuk infrastruktur dan perkara-perkara yang dibolehkan oleh syariat. Menteri Agama kita tentu lebih mafhum daripada saya perkara ini.

Saya terlalu bimbang yang gaji dan elaun kakitangan awam termasuk elaun kami sebagai ahli yang berhormat, menteri-menteri  juga subahah kerana ada pencampuran sumber halal dan haram. Tidak susah mengasingkannya pendapatan haram dari yang halal kerana ianya cuma memerlukan satu usaha teknikal perakaunan. 

Tidak kah terlintas di hati Menteri-menteri kewangan Malaysia dulu dan kini yang terdiri daripada orang Islam (kecuali Mendiang Tun Tan Siew Sin) untuk menyelamatkan ummah daripada kemelut ini. Perkara haram dan halal dalam Islam adalah teras di dalam akidah Islam. Mungkin kerana kita tidak memahami konsep BARAKAH dalam agama kita maka ramai yang memandang enteng tentang perkara ini. Islam memberatkan kualiti sumber rezeki yang kita dapat dan tidak semestinya kuantiti rezeki. 

Adakah kemelut gejala sosial  umat Islam di Negara kita berbanding dengan bangsa dan agama lain berpunca sumber rezeki yang subahah maka hilang keberkatannya?. Maka ini menyebabkan hidayah Allah SWT kepada rakyat terbanyak dan generasi muda bermasalah. Rahmat Allah SWT seolah-olah tertutup kepada umat Islam walaupun kerajaan merasakan telah mencurah begitu banyak bantuan untuk pendidikan. 

Lihat surah Al-A’raf , ayat 96 – “Dan Tuhan berfirman, SEKIRANYA PENDUDUK NEGERI ITU, BERIMAN SERTA BERTAQWA, TENTULAH KAMI  AKAN MEMBUKA KEPADA MEREKA (PINTU PENGURNIAAN) YANG MELIMPAH-LIMPAH BERKATNYA, DARI LANGIT DAN BUMI. TETAPI MEREKA MENDUSTAKAN (RASUL KAMI) LALU KAMI TIMPAKAN MEREKA DENGAN AZAB SEKSA DISEBABKAN APA YANG MEREKA TELAH USAHAKAN”

Kerajaan hendak menjadikan Negara ini BALDATUN TAYIBBUN WA RABBUN GHAFUR.  Mulakanlah dengan langkah yang mudah ini – bersihkan pendapatan Negara - asingkan pendapatan haram dari pendapatan yang diselaputi dosa.

Akhirnya Tuan Yang di Pertua,
Saya mencadangkan kerajaan menubuhkan satu JK bersama atau satu kaukus di peringkat parlimen untuk mengkaji semua aspek isu arak untuk merangka polisi minuman keras negara pencukaian, pengilangan, pelesenan, pengiklanan dan promosi, penjualan dan lain-lain lagi yang sentuh tadi, menyemak undang-undang yang berkaitan dengan alcohol bertujuan untuk membendung pengambilan minuman keras di kalangan rakyat terutama golongan muda. 

Arak di Malaysia semudah membeli air minuman
 

Monday, March 29, 2010

RM 1.75 bilion untuk arak

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Biarpun mempunyai bilangan rakyat hampir 26 juta sahaja, namun Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi dalam pengambilan arak di dunia, kata Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud (gambar).
 
Mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat lewat petang ini, beliau berkata, rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras.

"Penjualan beer berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun," dedahnya lagi sewaktu membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun semakin meningkat iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan.

Antara faktor peningkatan itu, jelasnya kerana mungkin arak jenis beer sangat mudah diperolehi di kedai-kedai.

Lebih membimbangkan apabila pendedahan arak dibuat di peringkat umur yang lebih awal.

Beliau sewaktu mengemukakan satu kajian, 19 peratus di kalangan pelajar sekolah menengah mengaku pernah meminum arak, manakala 1 peratus mengaku mengambilnya secara berterusan.

"Dalam satu kajian yang dilakukan ke atas pesakit yang dimasukkan ke hospital KL pada tahun 1993, 48 peratus daripada yang ditanya mengaku minum arak.

"Satu pertiga ketagih arak, 61 peratus adalah Cina, 60 peratus India dan 30 peratus Melayu,” katanya lagi.
Jelasnya lagi, kerajaan dilihat tidak memberi perhatian sewajarnya kepada isu ketagihan arak dan sering mengatakan ianya isu kaum India.

Arak juga jelasnya, dibuktikan bukan sahaja membahayakan kesihatan dan menyebabkan gejala sosial, namun kos rawatan penyakit disebabkan arak juga lebih tinggi berbanding pendapatan penjualannya.

"Negara kita dalam fasa lima mengaku bahawa Islama adalah agama Persekutuan, apakah menyebabkan dadah kita panggil najis dan sekiranya didapati mengedar dadah boleh dihukum gantung sampai mati.

"Tapi minuman keras, nikotin pada rokok, diberi layanan yang lain dan boleh didapati dengan berleluasa. Atas alasan apakah minuman keras tidak dimasukkan sekali dalam akta dadah merbahaya sedangkan kesannya atas kehidupan rakyat begitu meluas sekali," soalnya lagi.

Trend di Asia, katanya menunjukkan peningkatan ketara setiap tahun berbanding trend di negara Eropah yang semakin menunjukkan penurunan akibat kempen mereka yang agresif.

Peningkatan di negara ini juga, jelasnya akibat undang-undang terlalu longgar seperti Akta Aksais Seksyen 32 (1)(a) dan (b) mengecualikan penjualan todi dan beer dalam tin dan botol.

"Apabila saya menang di Kota Raja, saya didatangi sekumpulan India dari golongan pertengahan dan rendah.

"Mereka meminta tolong saya supaya memastikan arak dan todi tidak dijual secara mudah di kedai-kedai runcit," katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, arak dan todi di kedai-kedai runcit pada waktu ini boleh diperolehi dalam plastik dengan harga RM2 atau RM3.

AMANAT BAGINDA SULTAN SELANGOR

Pagi ini DYMM Sultan Selangor telah merasmi Kompleks Pejabat Daerah/Tanah Klang. Alhamdulillah saya dapat hadir untuk mendengar amanah DYMM Sultan. 

Sungguh sebagai dikata DYMM Sultan berjiwa rakyat kerana baginda memahami keluhan rakyat terbanyak. 

Baginda telah memberi pesan kepada semua pihak. Kepada kakitangan Pejabat Daerah/Tanah baginda berpesan supaya memberi layanan mesra kepada rakyat serta bersungguh-sungguh dalam membantu rakyat menyelesaikan masalah mereka. 

Baginda juga meminta pegawai-pegawai pejabat daerah turun padang dan tidak hanya cuba menyelesaikan masalah dari kerusi pejabat sahaja. 

Baginda juga mengingati pegawai pejabat daerah yang merekalah yang bertanggung jawab  melaksanakan dasar-dasar kerajaan negeri.

Kepada wakil rakyat pula, baginda memesan supaya mendekati rakyat dan membantu rakyat menyelesaikan masalah mereka. Baginda mengingati para wakil rakyat yang rakyat mempunyai harapan yang tinggi terhadap mereka dan mereka mewakili suara rakyat.

Kepada rakyat, baginda memesan supaya bekerjasama dengan pihak kerajaan. Rakyat juga diingatkan tentang tanggungjawab  mereka  menjaga kebersihan negeri Selangor.

Sunday, March 28, 2010

Menjelang PRK HS : Musim orang keluar parti telah bermula

Macam biasa, berita copy paste kerajaan Barisan Nasional, menjelang PRK Hulu Selangor, UBN telah memulakan perang psikologi dengan pemberitaan media mereka bahawa (Bernama melapurkan) lebih 700 anggota Pemuda PKR Cabang Ipoh Barat hari ini mengisytiharkan keluar parti, menyebabkan 12 cawangan Pemuda dalam cabang itu lumpuh.

Ramainya ahli PKR Cabang tersebut? Kita tunggu kenyataan balas dari PKR cabang tersebut betul lumpuh atau jadi semakin kuat.

Wakil kumpulan itu yang merupakan ketua Pemuda cabang itu sebelum ini, V Subramaniam berkata mereka mengambil keputusan berkenaan berikutan kecewa dengan kepimpinan peringkat cabang, negeri dan pusat yang tidak berpegang kepada prinsip perjuangan parti.

Dengan mengatakan kepimpinan tidak berpegang kepada prinsip perjuangan parti, wakil kumpulan tersebut pula berpegang kepada prinsip perjuangan apa?

"Keputusan ini diambil setelah memikirkan semasak-masaknya kedudukan kami di dalam parti yang mengamalkan corak kepimpinan yang sering menabur fitnah bagi menguntungkan parti...sebanyak 12 cawangan akan ditutup," katanya dalam sidang akhbar di Ipoh.

Teringat kata Anwar, PKR bukan lubuk mengumpul harta.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah ADUN Manjoi dari BN Datuk Mohd Nadzri Ismail.

Eh !!! eh !!!! sahlah ada sponsor & dalang disebaliknya.

Saturday, March 27, 2010

Live (3) :Umnolah punca terhakisnya kuasa politik Melayu : Dr Mohd Zuhdi


    1. Pindaan Undang-Undang persempadanan semula pilihanraya lah punca utama terhakisnya kuasa politik Melayu.

    2.  Disebabkan pindaan inilah UBN kalah teruk dalam PRU 12 yang lalu.

    3. Mana orang Melayu ketika itu yang melalak kini (Perkasa) yang bertindak mepertahan kuasa politik orang Melayu.

    4. Dalam Pakatan Rakyat,  PAS melihat kesempatan berdakwah menerangkan kebaikkan Islam dibuka seluas-luasnya. Cukai yang dikutip dari orang bukan Islam yang dipanggil "diziah" boleh dikembalikan kepada orang bukan Islam, manakala zakat yang dikutip dari orang Islam dikembalikan kepada orang Islam.

    Kenapa banyak sangat CERAMAH di Kota Raja?

    Ada orang menghantar email dan sms kepada kami (Sektretariat Parlimen Kota Raja), bila buka blog ini dan http://p111kotaraja.blogspot.com/ suasananya mengambarkan seakan musim PRK bila mana terlalu banyak dan kerap Lajnah Penerangan dan Dakwah, PAS Kawasan Kota Raja menganjurkan ceramah dan ianya berlaku hampir setiap bulan.

    "Ia memang agak kerap kami mengnjurkan ceramah-ceramah seperti ini kerana kami mengambil sikap offensive dalam menghadapi tohmahan dan berita-berita palsu yang disebarkan oleh media arus perdana untuk memburuk-burukkan kerajaan Pakatan Rakyat dan pemimpin Pakatan Rakyat", kata En Jaafar Shamsuddin selaku Yang Di Pertua PAS Kawasan Kota Raja.

    "Ini saja medan untuk kita memberitahu rakyat perkara sebenar tentang kezaliman kerajaan Barisan Nasional menindas rakyat, selain portal-portal berita (bloggers) yang ditulis oleh penulis bukan upahan yang tidak dibayar sebarang imbuhan tetapi terus bekerja menulis dan memberitahu rakyat perkara sebenar demi mempertahan kan ketiga-tiga parti yang bergabung dalam Pakatan Rayat iaitu memperjuangkan Islam (PAS), Keadilan (PKR) dan Demokrasi (DAP)" tambah beliau lagi.

    Justru beliau mewakili semua kepimpinan PAS Kawasan dan YB Dr Siti Mariah Mahmud yang merupakan Ahli Parlimen Kota Raja meminta kepada semua pengundi serta rakyat Kota Raja daan kawasan-kawasan yang berhampiran agar menghadirkan diri dalam setiap Ceramah yang diadakan supaya bila pulang dari ceramah tersebut kita akan menjadi orang yang mengetahui dan berpengetahuan untuk menyebarkan kebenaran kepada rakyat yang tidak upaya untuk datang keprogram ini.

    Thursday, March 25, 2010

    Perginya seorang pejuang keadilan.

    Ucapan Takziah buat keluarga Ahli parlimen Hulu Selangor, Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak , Allahyarham berumur 71 adalah juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.

    Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor, Zainal merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun sebelum meninggalkan Umno dan menyertai PKR pada tahun 2005.

    Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon BN dari pari MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu.

    Semuga Allah mencucuri rahmatNya terhadap pejuang keadilan ini.

    Wednesday, March 24, 2010

    Penipu

    Ahli Parlimen Kalabakan dari UMNO, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Ahli Parlimen Bebas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mengatakan beliau adalah salah seorang yang akan melompat keluar dari Barisan Nasional (BN) pada peristiwa 16 September 2008 lalu.

    Beliau turut menuntut Zahrain menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf kepadanya selain mencabar Zahrain mendedahkan semua 30 ahli parlimen dan bukannya setakat 8 nama yang didedahkan sebelum ini.

    “Setakat 8 orang mahu menubuhkan Kerajaan Pusat boleh masuk akal ke? Sedangkan Pakatan Rakyat (PR) memerlukan 30 ahli parlimen untuk menubuhkan Kerajaan Pusat.

    “Jadi perkara ini adalah tuduhan dan fitnah, bila beliau mahu luahkan, beliau patut luahkan semuanya, bukan setakat main tuduh-tuduh,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

    Ditanya sama ada pernah dipujuk wakil PR, Ghapur menjelaskan beliau langsung tidak pernah didekati mahupun dihubungi untuk menyertai pakatan pembangkang itu.

    “Saya hanya akan melompat parti jika saya hilang keyakinan terhadap kepimpinan, saya tidak akan melompat jika saya dibeli,” katanya.

    Terdahulu, dalam Dewan Rakyat, Ghapur mempertikaikan kenyataan Zahrain dengan menggunakan fakta yang salah selain membohongi Dewan Rakyat. Beliau turut tidak memberi peluang kepada Zahrain mencelah untuk menjelaskan persoalan yang ditujukan.

    “Kalau beliau (Zahrain) berkata perkara itu semua adalah pembohongan Ketua Pembangkang, beliau sepatutnya jangan pula luahkan pembohongan beliau di Parlimen,” katanya.

    Beliau juga memberi amaran kepada UMNO agar tidak menerima Zahrain sebagai ahlinya.

    Selain Ghapur, MP dari Sabah yang dinamakan oleh Zahrain ialah Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis), Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), Datuk Chua Soon Bui (Bebas-Tawau) dan Datuk Eric Majimbun (Bebas-Sepanggar).

    Nama lain yang disebut ialah Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat), Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (BN-Jerantut) dan Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang).

    Tuesday, March 23, 2010

    Tup-tup ada pilihanraya kecil pulak

    Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Tinggi, Perlis Yip Sun Onn dari MCA-BN meletakkan kerusinya berkuat kuasa serta-merta.

    Beliau merupakan wakil rakyat pertama dari BN berbuat demikian sejak pilihan raya umum ke-12.

    Bagaimanapun The Malaysian Insider difahamkan usaha sedang dibuat untuk memujuk beliau daripada melepaskan kerusi itu ketika ini dan mengubah keputusannya bagi mengelakkan pilihan raya kecil.

    Keputusannya, dikatakan ada kaitan dengan rombakan exco Kerajaan Negeri minggu lalu.

    Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya tidak boleh memutuskan apa-apa selagi tidak menerima surat kekosongan daripada Speaker.

    “Setakat ini kami belum menerima apa-apa surat lagi,” katanya ketika dihubungi laman web The Malaysian Insider.

    Ketua MCA Perlis Datin Paduka Chew Mei Fun pula memberitahu keputusan Yip meletak jawatan yang mengejutkan ramai belum dapat disahkan.

    “Ia belum muktamad lagi... apa yang beliau lakukan ialah hanya melahirkan hasrat mahu letak jawatan.

    “Saya hanya baru menerima satu SMS daripada beliau dan kelihatan keadaan OK. Saya tidak fikir beliau akan berbuat demikian,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider kira-kira 3.30 petang tadi.

    “Saya berharap dan saya percaya beliau tidak akan berbuat demikian tetapi kini perkara pertama yang perlu dilakukan ialah duduk dan berbincang,” katanya.
    Beliau tidak pasti sebab Adun itu meletakkan jawatan.

     “Saya ingin tahu apa masalah dia yang sebenar; sama ada disebabkan jawatan exco atau masalah peribadi beliau yang lain,” katanya.

    Yip digugurkan sebagai exco kerajaan negeri dan digantikan dengan Adun Indera Kayangan Dr Por Choo Chor Jumaat lalu.

    Menteri Besar Perlis Datuk Seri Mohd Isa Sabu mengesahkan beliau sudah menerima surat letak jawatan daripada Yip tetapi sedang berusaha memujuknya agar mempertimbangkan keputusan beliau.

    “Kami tidak melihat akan ada pilihan raya kecil,” katanya.

    MCA memenangi dua kerusi DUN di Perlis.

    Saturday, March 20, 2010

    Demi laba politik

    Demi laba politik, kerajaan Datuk Seri Najib Razak menyimpang dari matlamat membantu negeri-negeri miskin di pantai timur melalui hasil khazanah petroleum seperti yang dirancang oleh bapanya Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak.

    Hakikat ini didedahkan dalam Forum Royalti Minyak Hak Perlembagaan? hari ini oleh Pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah yang  membentangkan bagaimana Tun Abdul Razak mahu Petronas dituibuhkan demi  membangunkan Pantai Timur.

    "Tun Razak berkata, walau apapun, kita perlu wang minyak itu untuk Pantai Timur. Jadi saya pun cuba lakukan apa yang dianggap mustahil dan saya siapkan draf (undang-undang Petronas) dan menhantarnya ke Jabatan Perdana Menteri untuk dinilai," katanya.

    Beliau menerangkan konsep asas perjanjian minyak antara Petronas dan kerajaan negeri ialah pemberian royalti 5 % kepada kerajaan negeri kerana menyerahkan hak pengurusan hasil minyak kepada Petronas.
    Malah Akta Pembangungan Petroleum 1974 ditulis sebegitu rupa untuk memberikan lebih peluang kepada anak-anak negeri di pantai timur mendapat manfaat hasil bumi negeri mereka.

    Tengku Razaleigh berkata, pada semangatnya amalan pengagihan hasil petroleum di Terengganu sebelum ini tidak menghadapi sebarang masalah ketika di bawah pentadbiran Umno-BN.

    "Akhirnya semua negeri bersetuju memberi hak petroleum kepada kita tetapi sebagai ganti mereka dapat 5% atas hak untuk petroleum di luar pantai yang mereka beri kepada Petronas . Mudah. Saya tak faham kontroversi ini kerana berdasarkan keadaan ini, Terengganu dibayar berbillion dollar. Tetapi bila tahun 99, PAS menang, bayaran dihentikan. Kerajaan Negeri diberi wang ehsan duit itu disalurkan pada agensi kerajaan. Saya pelik kerana tiada apa dalam peruntukkan undang-undang ini yang megatakan kerajaan Persekutuan boleh campur isu negeri," jelas beliau.

    Cubaan Kerajaan Umno BN ini dilihat sebagai tindakan menghalang usaha pembangunan kerajaan Negeri yang tidak ‘sehaluan politik’ dengan mereka.

    Tengku Razaleigh juga mempertikaikan mekanisme kewangan yang cuba digunapakai di Kelantan berhubung isu royalti petroleum kerana  ketelusan dan keberkesanannya seperti apa yang berlaku dalam amalan  ‘wang ehsan’ di Terengganu.

    "Tapi kita lihat apa yang berlaku di Terengganu, penyalahgunaan, korupsi, kerana ia tidak bertanggungjawab. Hampir 20 bilion dibelanjakan dalam wang ehsan. Kerajaan Negeri Terengganu walau telah disambung pemberian wang ehsan tidak bersetuju memerima baki royallti kerana tidak mahu bertanggungjawab dengan penyalahgunaan wang ehsan selama 5 tahun ini. Buat stadium, runtuh, bus stop, runtuh, swimming pool, bocor," katanya.

    Seorang lagi ahii Panel, Tommy Thomas, yang juga peguam dalam kes royalti minyak Terengganu mendedahkan bahawa perkara ini hanyalah penderaan politik oleh kerajaan Barisan Nasional dengan memberi contoh pengalaman Terengganu.

    "Nov 99, selepas pilihanraya umum, Pas telah menang di Terengganu tapi selepas Mac 2000, tiada bayaran royalti diberikan. Kita boleh pergi kepada September 2000. Tiada asas undang-undang untuk hentikan bayaran tetapi ia keputusan politikal yang dibuat oleh Mahathir sebelum itu untuk halang PAS dari dapat bayaran," jelasnya.

    Monday, March 15, 2010

    Penggal Ke 3 Persidangan Parlimen

    Salam semua.
    .
    Rasanya dah lama kita tak bersidang.Alhamdulillah kita dipertemukan sekali lagi untuk duduk bersama membincangkan segala kepentingan dalam negara kita demi kepentingan rakyat dan negara kita.Kami Ahli Parlimen Muslimat PAS telah bersedia memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat untuk di bawa segala masalah bagi di bahaskan dalam Dewan Ini.

    Setelah bersama turun padang selama Parlimen tidak bersidang ini banyak isu yang hendak dibawakan dan kami dah bagi-bagi tugas supaya persedian kami lebih baik untuk perbahasan nanti.Selain itu tak juga kami lupa membawa isu-isu dalm kawasan masing-masing.

    InsyaAllah doakan kami agar diberi kesihatan dan dipermudahkan segala gerakkerja agar masalah dapat diselesaikan.Sama-sama lah kita berdoa agar semua keputusan dalam penggal ketiga ini dapat memberi kebaikkan kepada rakyat khasnya dan kepada negara amnya.

    Jumpa lagi dalam seisi perbahasan dan selalu ikuti TV PAS On line untuk mengikuti siasan secara langsung persidangan parlimen.

    Sekian...
    Wassalam..

    Friday, March 12, 2010

    Cadangan kepada PAS

    Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang, Saari Sungib mencadangkan agar PAS turut menetapkan kuota 30 peratus golongan wanita untuk memegang jawatan di peringkat tertinggi parti.

    Bercakap dalam satu Wacana Pemberdayaan Wanita anjuran Pusat Komuniti Wanita Hulu Kelang baru-baru ini, Saari juga berkata, adalah sesuatu yang baik jika 30 peratus daripada ahli Majlis Syura Ulama PAS terdiri daripada golongan wanita.

    Sambil mengakui sesetengah pandangan dalam Islam bahawa wanita tidak boleh menduduki jawatan pertama dalam negara, namun beliau menyeru agar ulama Islam khususnya dalam PAS menilai semula pandangan itu.

    “Walaupun kadang-kadang saya tersekat dengan pandangan dalam Islam bahawa wanita tidak boleh menduduki jawatan pertama ketua pemimpin negara,  tapi hari ini dengan pandangan-pandangan yang telah saya semak,  saya menyeru agar ulama Islam khususnya dalam parti yang saya dokong, iaitu PAS, menilai semula keputusan dan kedudukan yang mengatakan wanita boleh memimpin dan membuat keputusan, terlibat dalam proses syura dan dalam proses membuat keputusan, tetapi tidak boleh memegang jawatan nombor satu dalam negara atau organisasi.

    “Oleh itu saya menyeru bukan sahaja dalam PKR dan DAP, tetapi dalam PAS supaya pelaksanaan 30 peratus ini berakar umbi daripada cawangan, kawasan, dan negeri sehinggalah membolehkan wanita-wanita menduduki pimpinan PAS di pusat sebanyak 30 peratus.

    “Saya mencadangkan  alangkah cantiknya sekiranya 30 peratus daripada Ahli Majlis Syura Ulama PAS  terdiri daripada ulama wanita,” katanya.

    Beliau berkata, sekiranya semua parti dalam Pakatan Rakyat berjaya menghidupkan budaya itu, politik baru boleh disuburkan dengan meneruskan komitmen untuk melaksanakan perubahan  di negara ini.

    “Kalau budaya ini dapat kita hidupkan, maka kita boleh membawa satu politik baru sekiranya kita berjaya ke Putrajaya. Kita akan terus mempunyai keupayaan dan komitmen untuk menggerakkan satu perubahan di negara Malaysia kerana kita bukan hanya bercakap tetapi beramal dengan memperkasakan dan memberdayakan wanita dalam proses membuat keputusan dan terlibat secara langsung dalam proses membuat keputusan yang kritikal dalam pentadbiran parti,masyarakat, negeri dan negara,” tegasnya.

    Sementara itu, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin berkata, amat penting untuk golongan wanita memegang jawatan tertinggi di setiap kementerian memandangkan jumlah wanita yang ramai di negara ini.

     “Kenapa pentingnya ada wanita yang ramai dalam kementerian atau sebagainya, kerana semua aspek dalam kerajaan kita ini memerlukan pertimbangan ataupun perancangan yang melibatkan orang perempuan.

     “Dalam banyak aspek, golongan wanita lebih teliti dan memahami  keperluan wanita dalam membuat keputusan. Contohnya dari segi kebajikan dan keselamatan wanita. Pemikiran seperti ini tidak ada dalam kerajaan kita sekarang. Mereka tidak memikirkan tentang keperluan orang perempuan itu,” katanya yang juga Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat.

    Seorang lagi panelis, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Haniza Talha pula berkata, masyarakat khususnya kaum lelaki tidak perlu risau apabila Pakatan Rakyat meletakkan 30 peratus golongan wanita untuk menduduki kedudukan di peringkat pembuat dasar dan keputusan kerana ia sebenarnya ia adalah hak wanita yang belum dipenuhi.

    Wanita pula, ujar Adun Taman Medan itu,  harus lebih bersedia untuk menghadapi situasi demikian dengan memberikan kesedaran kepada golongan lelaki berhubung peranan wanita dalam pembangunan negara.

    “Kebanyakan lelaki merasakan apabila kita menyatakan 30 wanita di peringkat membuat keputusan, kit amengambil tempat mereka. Sebenarnya tidak.

    “Kita meminta apa yang kita tidak pernah dapat, bukan mengambil hak lelaki. Kita meminta hak kita yang memang ada. Kita bukan minta 100 pertaus, tapi cuma 30 peratus sahaja. Itu pun sudah bergegar dan dianggap menggugat kedudukan lelaki.

    “Ini situasi yang kita kena hadapi dan kita kena berusaha menjelaskan kepada masyarakat rasionalnya 30 peratus golongan wanita di peringkat tertinggi ini,” katanya.

    Thursday, March 11, 2010

    Indian communitty leaders

    The Selangor government has appointed 45 people, including a woman, as community leaders to represent the Indian community in the state.

    Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim said they were interviewed and selected from 93 shortlisted candidates for absorption into the Village Development and Security Committee.

    "Their appointments were approved at the state executive council meeting today and they need to undergo several training sessions as preparations to discharge their entrusted duties," he told reporters after chairing the meeting in Shah Alam today.

    Abdul Khalid said, each of them would also receive monthly allowance of RM300.

    "We want these community leaders to play the role of mediator between the government and the people to tackle issues and problems involving the Indian community," he added. (Bernama)

    Monday, March 8, 2010

    Pastikan Pakatan pertahankan Selangor

    Harakahdaily   

    RAWANG, 8 Mac: Para ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat diberikan amaran jika mereka gagal mempertahankan Selangor dalam pilihan raya umum akan datang ini, mereka tidak akan berjaya mendapatkan negeri ini sekurang-kurangnya 50 tahun lagi.

    Untuk itu, menjadi tanggungjawab para ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat bagi memastikan Pakatan kekal mentadbir Selangor selepas pilihan raya umum ke 13 nanti.

    Amaran ini diberikan oleh AJK PAS Pusat yang juga anggota Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud ketika merasmikan mesyuarat agung PAS Cawangan Bandar Tasik Puteri Sabtu lepas.

    Kini, semua cawangan PAS di seluruh negara sedang sibuk bermesyuarat agung. Muktamar Tahunan PAS dijangka akan diadakan pertengahan tahun ini.

    "Tahu tak kenapa Umno berusaha keras untuk membeli seramai mungkin anggota Parlimen kita sekarang...kerana mereka mahukan kuasa 2/3 dalam Dewan Rakyat.

    "Dengan kuasa 2/3 ini, mereka boleh pinda perlembagaan termasuk meminda persempadanan kawasan pilihan raya ala gerymendaring yang membolehkan mereka menyusun penduduk dan pengundi ikut kehendak mereka," kata Dr Mariah.

    Dr Mariah yang juga Timbalan Pengarah III Jabatan Pilihanraya PAS Pusat berkata, Umno juga sedang berusaha keras untuk mendaftarkan seramai mungkin pengundi menjelang pilihan raya umum nanti.


    "Sehingga kini, 80 peratus pengundi baru yang didaftarkan di Selangor adalah dibuat oleh Umno melalui agen-agennya. Di mana petugas pilihan raya kita?" soal Dr Mariah.


    Sehubungan dengan itu, beliau meminta semua pihak bekerja keras untuk mendaftarkan seramai mungkin pengundi baru bagi membolehkan mereka mengundi Pakatan dalam pilihan raya umum akan datang.

    Bagi beliau, adalah malang bagi rakyat negara ini jika Umno terus berkuasa di negara ini.

    "Lihat apa yang berlaku sekarang, antara 40 terkaya, adik PM dan anak bekas PM. Menteri Dalam Negeri sepupu PM. Bagi saya ini adalah kolonialisme bentuk baru...apakah kita nak biarkan perkara ini," kata Dr Mariah dalam ucapannya itu.

    Bagi memastikan kekuatan PAS terus berkembang, beliau mencadangkan agar cawangan-cawangan PAS di perbanyakkan di samping ahli-ahli PAS diramaikan.

    "Satu cawangan PAS perlukan 25 orang sahaja ahli. Kalau satu cawangan sudah 100 ahli, pecahkan ke beberapa cawangan. Ini kerana, bila banyak cawangan ramailah pemimpin yang dilahirkan. Kalau tidak hanya beberapa kerat pemimpin yang sama sahaja yang aktif," kata beliau.

    Di majlis itu, Dr Mariah (Gambar atas) menerima borang permohonan menjadi ahli dari 15 ahli yang baru mendaftar. Kebanyakan mereka adalah bekas ahli-ahli Umno dan yang masih belum menyertai mana-mana parti politik.

    Sunday, March 7, 2010

    MP Kulim-Bandar Baru tidak diperlukan

    SHAH ALAM, 7 Mac: “Mungkin dia (Tuan Ibrahim) berniat dakwah, tapi saya anggap kenyataan itu masih bersifat peribadi yang tidak perlu dipolemikkan,” kata Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS petang tadi selepas menghadiri Konvensyen Pakatan Rakyat Selangor.

    Sehubungan itu, Mahfuz berkata, keterbukaan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempelawa Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru Zulkifli Nordin menyertai PAS seperti yang dilaporkan akhbar elektronik mStar hari ini wajar diteliti terlebih dahulu oleh kepemimpinan tertinggi PAS.

    Menurut Mahfuz, PAS seharusnya mengormati etika kepartian yang dipegang secara bersama-sama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

    "Kita tak boleh ambil ahli-ahli yang ditolak oleh parti kawan-kawan kita, apatah lagi kalau seseorang itu ditolak disebabkan mengganggu muafakat Pakatan Rakyat, kerana ini etika yang dipegang bersama," jelasnya.

    Sekiranya PAS menerima Zulkifli, Mahfuz berkata, PAS boleh dilihat tidak menghormati ketetapan berupa disiplin yang ditetapkan oleh PKR sendiri.

    Ini kerana, dengan penyertaan Zulkifli ke dalam PAS, menurut Mahfuz boleh mengakibatkan isu disiplin yang dialami oleh PKR mungkin berpindah pada PAS pula.

    "Selepas PKR, mungkin PAS pula berdepan dengan ahli-ahli yang tidak disiplin, yang akhirnya tidak juga menyelesai masalah pokok (disiplin) dalam Pakatan Rakyat sendiri.

    “Orang yang tidak ada disiplin dalam parti kawan kita, tiba-tiba kita (PAS) pula atas nama 'terbuka' nak ambil orang itu masuk ke dalam parti kita,” jelasnya.

    Sekiranya Zulkifli dibawa menyertai PAS, Mahfuz menjangkakan bahawa PAS sendiri bakal dilihat serong oleh para pemimpin Pakatan Rakyat serta rakyat sendiri.

    Tambahnya lagi, Zulkifli yang dilihat acapkali bersikap provokasi, tidak beretika menurut prinsip organisasi serta tidak dilihat bersikap toleransi dengan penganut agama-agama lain sebelum ini, membolehkan PAS sendiri dilihat serong kelak.

    “Dia dilihat cukup provokatif dalam isu kalimah ‘Allah’ umpamanya, kadang-kadang dilihat begitu 'mengganggu' muafakat Pakatan Rakyat (atas nama) Melayu, sedangkan Islam tidak mengajar sedemikian (dan) PAS pula adalah parti yang toleransi lagi (bersikap) sederhana dengan semua kaum dan penganut agama sebagaimana yang ditunjukkan (oleh) Nabi Muhammad s.a.w.”

    Sebab itu, Mahfuz berkata, PAS seharusnya membuat pertimbangan yang sewajarnya mengikut kaedah yang disarankan menurut disiplin ilmu Islam.

    “Seingat saya, Islam ada ajar kita ‘menolak kemudharatan itu lebih baik dari mengambil maslahah (kebaikan)’ (maka) kalau dia (Zulkifli) ini kita boleh anggap sebagai suatu mudharat (disebabkan) tidak disiplin dalam PKR, apakah jaminan kebaikan yang PAS akan dapat kalau dia sertai kita (PAS),” soal Mahfuz lagi.

    “Kita (PAS) dalam Pakatan Rakyat sedikit sebanyak pun turut terganggu dari segi organisasi walaupun dia (Zulkifli) sebelum ini bermasalah dalam PKR, kalau dia duduk dalam PAS (maka) lebih-lebih lagilah,” jelasnya.

    Pun begitu, beliau menganggap masalah disiplin Zulkifli hanya masalah berkaitan organisasi parti semata-mata.
    “Masalah dia ini (adalah) masalah berkaitan organisasi parti, maka saya anggap masalah disiplin dia setakat itu saja, tak lebih dari itu.

    “Etika dalam parti penting bagi saya, (maka) elok PAS menerima pemimpin yang berdisiplin saja,” ujarnya.

    Pandangan TGNA : Keluar Parti?

    KOTA BARU, 7 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan wakil-wakil rakyat yang keluar parti sekadar meratib palsu bagi menghalalkan tindakan mereka.

    Katanya, bermacam-macam alasan diberi mereka untuk meninggalkan parti kononnya demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

    “Namun ia hanyalah ratib palsu. Langsung tidak logik alasan mereka demi menjaga kepentingan agama dan bangsa tiba-tiba menyerahkan diri kepada Umno.

    “Sedangkan Umno sebuah parti yang tidak pernah menjaga agama dan bangsa,” katanya pada kenyataan media di sini semalam.

    Baru-baru ini tiga anggota parlimen (MP) Parti Keadilan Rakyat iaitu Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim (Bayam Baru), Tan Tee Beng (Nibung Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) mengumumkan keluar parti.

    Manakala anggota parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin dipecat kerana melanggar disiplin parti.

    Menteri Besar Kelantan itu berkata, wakil-wakil rakyat terbabit enggan meletak jawatan untuk bertanding semula dengan dengan kekuatan peribadi sendiri.

    “Jika persoalan bertanding semula menjadi isu, ini bermakna pemimpin terbabit hanya memikirkan kepentingan diri dan bukannya kepentingan rakyat.

    “Bimbang sangat jika tidak dapat bertanding. Jelas dan terang mereka hanya menjaga kepentingan diri. Syak saya dan juga orang lain semakin kuat, apatah lagi jika benar didorong oleh imbuhan berjuta-juta,” katanya.
    Beliau juga berharap PKR tidak mudah berputus asa dengan perkembangan yang berlaku sekarang memandangkan parti itu masih lagi muda dalam gelanggang politik negara.

    Menurutnya, PAS sewaktu zaman mudanya dulu juga diancam amalan lompat parti.

    Beliau berkata, di Terengganu pernah PAS tersungkur kerana ada yang melompat parti.

    “Di zaman Allahyarham Daud Samad dan Allahyarham Datuk Asri Muda, berlaku juga kes lompat parti. Hari ini, PAS sudah dewasa dan matang, tidak lagi kedengaran pimpinan yang melompat seperti dahulu.

    “Bahkan Kelantan pernah diperintah dengan kelebihan satu kerusi dengan dua undi. Alhamdulillah, tidak ada yang melompat,” katanya.

    Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

    Recent Post

    Popular Posts