Tuesday, February 28, 2012

Perpecahan Melayu bukan dosa

Pengarah penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad perpecahan di kalangan orang Melayu tidak dapat dinafikan apabila wujud dua parti utama dari kalangan anggota masyarakat tersebut -- PAS dan Umno.

Katanya, perpecahan itu juga tidak harus dilihat sebagai satu masalah sebaliknya sebagai keuntungan kepada rakyat.

"Itu bukan dosa tetapi wajar untuk selamatkan orang Melayu," katanya dalam satu program wacana di Shah Alam hari ini.

Katanya, keadaan itu sendiri boleh dilihat dalam sejarah apabila para ulama dalam Umno bertindak keluar daripada pergerakan itu dan membentuk PAS.

Para ulama berkenaan bertindak demikian sebagai membantah tindakan kerajaan pada masa itu berhubung isu melibatkan umat Islam termasuk "isu loteri," katanya.

Keuntungan itu juga boleh dilihat hari ini apabila PAS kini semakin berpengaruh bersama anggota Pakatan Rakyat di Parlimen untuk menjalankan fungsi semak dan imbang.

Tambahnya, isu perpaduan Melayu itu juga timbul memandangkan Umno kini berada dalam keadaan lemah, seperti ketika selepas pilihan raya 1969.

Katanya lagi, PAS lebih mudah untuk bersama dengan DAP berbanding Umno kerana asas kerjasama tersebut adalah untuk kebaikan bersama.

Transformasi PAS

SHAH ALAM, 28 Feb – PAS bersedia untuk mengisi jawatan timbalan presiden parti itu daripada kalangan bukan Islam sekiranya keadaan memerlukan, berikutan dasar parti itu yang mengalami transformasi yang lebih terbuka.

“Islam membenarkan berlakunya perubahan dalam politik. Ada ijtihad yang boleh berubah dan tidak boleh berubah. Kami bersedia menerima jawatan timbalan presiden daripada kalangan bukan Islam sekiranya keadaan memerlukan.
“Perkara urus tadbir dalam Islam sangat terbuka dan PAS menegaskan, kami masih parti yang berteraskan agama dan sedang mengalami transformasi yang besar, PAS bukan sahaja menampilkan bangsa Melayu, tapi sesuai untuk semua bangsa,” kata Ketua Pegawai Penyelidikan PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad ketika Wacana Sinar Harian yang bertajuk “Kenapa Undi Melayu Pecah?” di sini.
Tambah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ini lagi, Umno tidak dapat menerima transformasi yang ditonjolkan parti itu kerana Islam Umno adalah berdasarkan kaum.
“Islam menurut amalan Umno adalah Islam berteraskan perkauman. Islam Umno adalah Melayu, sedangkan PAS bersedia menerima pemimpin yang bukan Islam dan kami membawa penampilan Islam untuk semua,” katanya lagi.
“PAS bukanlah terlalu taksub,” tegas Ahli Parlimen Kuala Selangor ini lagi.
Tambah Dzulkefly, berdasarkan transformasi itu, PAS juga berjaya menubuhkan Kelab Penyokong PAS yang terdiri daripada kalangan rakyat bukan Islam.
“Buktinya sudah jelas, PAS bukanlah bersifat rigid, sebaliknya rakyat bukan Islam juga turut memahami matlamat dan perjuangan kami yang berteraskan keadilan dan mengamalkan dasar Islam yang lebih terbuka,” tambahnya lagi.
Wacana ke-11 hari ini turut dihadiri oleh Ketua Penerangan Perkasa Ruslan Kasim, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat, dan Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng.

Sunday, February 26, 2012

Kemarahan akan diterjemah dalam PRU nanti

KUALA LUMPUR, 26 Feb:Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan segala kemarahan rakyat yang hadir pada Himpunan Hijau 2.0  membantah Lynas di seluruh negara hari ini akan diterjemaahkan pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Tambahnya, segala balasan yang diberikan oleh rakyat itu akan ditanggung oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana keangkuhan beliau dan Kerajaan Persekutuan enggan mendengar rintihan rakyat terhadap bencana yang bakal menimpa apabila loji tersebut beroperasi.

"Rakyat sekarang sudah cerdik dan boleh menilai setiap apa kelemahan yang dilakukan oleh kerajaan terutamanya yang membabitkan bencana alam sekitar serta nyawa manusia dalam jangka masa yang panjang," jelasnya sewaktu menghadiri Himpunan Hijau 2.0 di hadapan bangunan Maju Junction, di sini pagi tadi.

Beliau yang turut memberi ucapan di hadapan ratusan rakyat yang berhimpun itu menjelaskan himpunan hari ini menyaksikan penampilan demostrasi yang tidak pernah disaksikan sebelum ini kerana ia melibatkan pelbagai kaum  dan juga peringkat umur.

"Tahniah kerana hari ini rakyat berbilang kaum turut hadir menyatakan sokongan mereka terhadap membantah pembinaan loji Lynas itu, dan saya pasti mereka ini hadir buka atas dasar parti tetapi atas rasa tanggungjawab mereka.
"Saya melihat lebih kurang 50 peratus mereka berumur 30 tahun ke bawah dan ini satu yang mengejutkan kerana mereka inilah merupakan golongan pengundi muda yang boleh menentukan siapa yang mereka ini pilih pada pilihan raya nanti," ulasnya.

Dr Dzulkefly berpendapat, golongan pertengah inilah merupakan undi penentu dan pada masa ini ia merupakan isyarat awal kepada Barisan Nasional terhadap apa yang bakal mereka hadapi nanti.

"Mereka hadir kerana rasa tanggungjawab mereka kepada negara ini dan juga kepada generasi yang akan datang, sudah pasti apabila bantahan mereka tidak didengari oleh kerajaan maka undi protes akan berlaku secara senyap," sambung beliau lagi.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu juga menyatakan tidak ada apa-apa yang diperolehi oleh negara ini walaupun Lynas menyatakan akan untung RM8 bilion setahun dengan modal permulaan sebanyak RM700 juta kerana sikap murah hati kerajaan memberi pelepasan cukai hampir 10 tahun.

"Apa yang rakyat perolehi adalah kesan radioaktif serta malapetaka dan bencana alam sekitar yang akan ditanggung selama-lamanya, malah ia mengambil masa yang lama untuk ditangani secara selamat," kata beliau.

Himpunan aman yang bermula pada jam 9 pagi itu berakhir sekitar pukul 12 tengah hari.

Saturday, February 25, 2012

Perak mufti draws flak for remarks on jihad, PAS

Perak mufti Harussani Zakaria’s recent remarks criticising a requirement by PAS to have its candidates take an oath of loyalty, as well as his definition of the concept of jihad in Islam to include struggle for one's race, drew the ire of PAS leaders.

Information chief Tuan Ibrahim Tuan Man said Harussani should first get his sources right before commenting on certain issues, and pointed out that the practice of oath-taking, or bay'ah, were a practice endorsed in Islam.

He cited the historic events during the life of Prophet Muhammad, such as the pledge taken by Muslims at al-Aqabah and the Hudaybiyah agreement which the Prophet entered into with his Makkan enemies. 

“PAS imposes bay'ah on candidates representing the party so that they will not betray the people’s trust, especially when faced with UMNO's tactics of using money,” he explained. 

PAS candidates, said the Pahang PAS commissioner, were always reminded to respect the trust placed on them by voters.

“If they are offered millions of ringgit to defect, leading to the fall of an elected government, is such an action acceptable under principle of Islam?

"In the Perak power grab, does Harussani condone the act?” he asked, referring to the coup in Perak in 2009 following a string of defections involving PKR and DAP elected state representatives.

PAS vice president Husam Musa meanwhile took Harussani to task for equating the Islamic notion of 'holy struggle', or jihad, with the struggle based on race.

“Islam transcends racial lines and is not limited to any community. Islam brings the agenda of justice, unity, fairness and welfare above racial considerations. UMNO only embraces Islam when it needs to,” said Husam, referring to Harussani's remarks made during his speech at the launch of Jalur Tiga, a new group formed by sacked PAS state assemblyman Dr Hasan Ali.

Husam opined that such views were proof of UMNO's failure to develop the Malay community. "It is wrong to put a racist Malay agenda above Islam,” he stressed.

Meanwhile, Tuan Ibrahim also questioned Harussani’s consistency in advising the government on Islam, and cited his recent about-turn over his criticism against prime minister Najib Razak's presence at Thaipusam celebrations.

Harussani had earlier spoken out against Najib for “selling out his faith” by attending Thaipusam celebrations, only to retract it later following a conversation with the UMNO president.

“This is why many Muslims consider muftis like him... are merely tools for the leaders to justify their actions, even when they are against Islamic principles,” added Tuan Ibrahim.

Wednesday, February 22, 2012

Penerangan yang sangat jelas. Kalau tak terima juga kemungkinan hati sudah tertutup. Na'uzubillah

Apakah Islam dan Nabi Islam Muhammad s.a.w menggalakkan perjuangan yang bersifat perkauman? Islam agama universal ini wajarkah dikaitkan dengan “jihad perkauman” yang telah mencetuskan pelbagai perbalahan sepanjang sejarah?
Wajarkah Islam dikaitkan dengan perjuangan perkauman? Sehingga semasa saya di Malaysia baru-baru ini, dalam seminar bersama para penulis maya, seorang tokoh agama berjawatan tinggi dalam forum melahirkan rasa tidak puas hati kerana di Tanah Melayu ini ada masjid India, Benggali dan Cina. Kelihatan, begitu sekali Islam itu diacuankan secara perkauman sehingga menafikan hak budaya muslim kaum lain. Untuk menjawab persoalan ini, saya ingin sebutkan beberapa noktah berikut:
1. Tiada siapa yang mampu menentukan bangsanya sebelum dia lahir samada untuk dia menjadi Arab, atau Melayu, atau Inggeris atau India atau selain itu. Ia adalah ketentuan Allah, bukan atas usaha atau kejayaan seseorang. Maka hakikat ini mestilah difahami supaya kita tidak menyalahkan atau menghina seseorang atas sebab bangsa atau keturunannya kerana itu bukan pilihan atau kesalahannya. Sebaliknya kita menilai seseorang berdasarkan perbuatan dan akhlaknya. Inilah sikap yang adil. Dosa keturunan tidak ditanggung oleh anak cucu. Dosa seseorang tidak boleh dibebankan atas orang lain yang sebangsa dengannya yang tidak terlibat dengan kesalahan itu. Allah menjelaskan prinsip ini dalam al-Quran: (maksudnya) “dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain. dan tiadalah Kami (Allah) mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (Surah al-Isra, ayat 15).
2. Maka, perjuangan apapun yang mahu ditegakkan, hendaklah menilai setiap insan berdasarkan kepada akhlaknya, bukan titih keturunannya. Keadilan dalam Islam buta warna bangsa dan agama sekalipun. Keadilan untuk semua. Sabda Nabi s.a.w: “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas “ajam (yang bukan arab), atau “ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).
Jika hal ini tidak dihayati, perkauman atau racism akan berlaku. Akan ada pihak yang teraniaya hanya kerana keturunannya walaupun mungkin dia tidak bersalah. Diskriminasi seperti ini pernah berlaku di Amerika, sehingga Martin Luther King dalam pidatonya yang terkenal “I have a dream” menyebut: “I have a dream that my four little children one day live in a nation where they will not be judged by the colour of their skin but by the content of their character”. Maka, berdasar dua asas di atas, apa-apa sahaja tindakan atau pembahagian ekonomi dan social yang berasaskan bangsa terdedah kepada unsur-unsur ketidakadilan disebabkan faktor di atas. Hakikatnya, menilai berdasarkan agama lebih luas dari berasaskan bangsa. Kemudian, menilai keperluan kehidupan berdasarkan latar ekonomi seseorang lebih luas dari penilaian berdasarkan agama atau bangsa.
3. Tujuan Allah menciptakan berpuak dan berbangsa agar saling kenal mengenali antara satu sama lain. Firman Allah: (maksudnya) “Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13). Lihat dalam ayat ini, Allah memanggil “Wahai manusia!”. Panggilan yang sangat adil merangkumi setiap bangsa dan puak. Bukan panggil perkauman atau fanatik keturunan. Kata Sayyid Qutb dalam menafsirkan ayat ini: “Penciptaan manusia berbagai bangsa dan suku puak bukan untuk berperang dan bergaduh, tetapi untuk berkenalan dan bermuwafakat. Perbezaan bahasa, warna kulit, tabiat, perangai, kelebihan dan kemampuan adalah kepelbagaian yang bukan bertujuan untuk perbalahan dan perkelahian. Sebaliknya, untuk bantu membantu dalam menunai tanggungjawab dan keperluan. Tiada bagi warna kulit, jenis bangsa, bahasa, negara segalanya itu nilai dalam timbangan Allah. Sebaliknya, di sana hanya satu timbangan yang menentukan nilai dan kelebihan manusia, iaitu “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu”. (Fi Zilal al-Quran 6/3348. Cairo: Dar al-Syuruq). Maka, apa-apa sahaja tindakan atau peraturan yang boleh membawa permusuhan kaum, atau permusuhan atas dasar bangsa dan etnik, maka ia menjurus kepada unsur ketidakadilan yang ditolak oleh prinsip asas Islam.
4. Tiada kaum yang boleh menganggap mereka “lebih tuan” dalam ertikata racial supremacy. Adapun hadis Nabi s.a.w: “Para pemimpin dari Quraish” (Hadis sahih riwayat Ahmad, al-Tabarani, al-Baihaqi dll) tidak boleh dijadikan hujah ketuanan sesuatu bangsa. Hadis ini bukan soal ketuanan, tetapi soalan kemampuan dan pengaruh politik diambil kira dalam perlantikan pemimpin. Oleh kerana Quraish mempunyai pengaruh dan kemampuan politik dalam kalangan Arab ketika itu, maka mereka paling layak. Dalam masa yang sama Nabi s.a.w bersabda: “Sekalipun jika memerintah kamu seorang hamba habsyi, jika dia memimpin kamu dengan Kitab Allah, maka dengar dan taatlah” (Riwayat Muslim).
Hadis ini menafikan ketuanan kaum (racial supremacy) tertentu.
5. Di samping itu, kita hendaklah tahu bahawa setiap mukmin itu bersaudara tanpa mengira bangsa dan puak. Hak-hak persaudaraan Islam telah ditentukan oleh Allah dan rasulNya. Nilai persaudaraan ini hendaklah sentiasa kita pegang. Perbezaan keturunan dan bangsa tidak boleh menjejaskan hal ini. Inilah asas perpaduan yang terpenting. Inilah perpaduan yang menyelamatkan kita dunia dan akhirat. Firman Allah: (maksudnya) “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (Islam), dan janganlah kamu berpecah-belah; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulunya bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara jantung hati kamu, maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara (persaudaraan Islam). Dan kamu dahulunya berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu darinya (disebabkan nikmat Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. (Surah Ali “Imran ayat 103).
Menolong seseorang berdasarkan agama memberikan ruang yang lebih terbuka daripada menolong seseorang berdasarkan bangsa. Ini kerana seseorang boleh memilih agamanya, tetapi tidak boleh memilih bangsanya.
Menolong kaum dalam Islam
Setelah kita faham dan beriman dengan asas-asas yang disebutkan di atas. Bertindak berteraskan asas ini, maka tidaklah menjadi kesalahan jika kita dalam masa yang sama berusaha memajukan bangsa atau keturunan kita dengan syarat kita tidak menzalimi dan menghina kaum yang lain.
Dalam Islam pun, harta pusaka juga diwarisi oleh kaum keluarga. Kita juga disuruh menghubungkan silaturrahim sesama keluarga dan al-Quran juga menyuruh kita membantu keluarga di sudut harta.
Firman Allah: (maksudnya) “Maka (sebagai tanda syukur) berikanlah kepada kaum kerabatmu, miskin dan orang musafir akan haknya masing-masing; pemberian yang demikian adalah baik bagi orang-orang yang bertujuan memperoleh keredhaan Allah dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. (Surah al-Rum, ayat 37)
Nabi s.a.w juga memuji sikap tolong menolong dalam memajukan atau membantu kaum atau puak sendiri, dengan syarat tidak menzalimi puak yang lain. Sabda Nabi s.a.w: “Sesungguhnya kaum al-`Asy`ariyin apabila habis bekalan mereka dalam peperangan, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ertinya, walaupun Islam menentang “asabiyyah namun Islam tidak menentang usaha membantu dan memartabatkan kaum sendiri, jika ada keperluan ke arah itu dan tidak membawa kepada pemusuhan antara puak dan kaum. Adapun asabiyyah sebenarnya adalah sikap berpuak yang membawa kepada membelakangkan kebenaran dan kezaliman kepada kepada pihak lain. Sikap fanatik puak itu mungkin menjelma dalam bentuk bangsa, ataupun parti politik, atau mazhab, atau kumpulan atau apa sahaja yang fanatik dan menolak kebenaran orang lain.
Sabda Nabi s.a.w: “Sesiapa yang berperang di bawah rayah “immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada “asabiyyah atau marah kerana “asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah”. (Riwayat Muslim). Rayah “immiyyah (bendera kebutaan) adalah kiasan kepada suatu puak yang berhimpun atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil, namun membela atas dasar ketaksuban. Ertinya, jika ada ciri demikian maka itu “asabiyyah yang dilarang; samada perjuangan parti atau perjuangan kaum.
Maka, bukan sahaja perjuangan politik bangsa boleh menjadi “asabiyyah, perjuangan atas nama Islam jika fanatik dan menolak kebenaran hanya kerana keputusan parti juga boleh dinamakan “asabiyyah.
Usaha memartabatkan kaum bukan prinsip perjuangan tetapi boleh menjadi keperluan sementara yang dilakukan apabila keadaan mendesak seperti yang berlaku kepada kabilah al-Asy’ariyyin dalam hadis di atas.
Sebab itu al-Quran bukan sahaja menyebut membantu kaum kerabat yang susah, tetapi juga membantu golongan miskin, orang musafir yang kesusahan tanpa dikaitkan dengan kaum kerabat atau bangsa.
Ertinya; prinsip Islam mengatasi segalanya termasuk isu bangsa. Perjuangan bangsa jika bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam yang disebutkan tadi adalah diharamkan. Namun, usaha memartabatkan bangsa jika tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam seperti prinsip persaudaraan Islam, keadilan untuk semua dan tidak menghina bangsa lain, maka ia diizinkan, bahkan terpuji.
Namun, berjihad menentang kaum lain atas nama bangsa, bukan ajaran Islam.
* Dr Mohd Asri Zainul Abidin ialah bekas Mufti Perlis

Monday, February 20, 2012

DAP and the PAS Islamic Agenda

One of the most contentious issues that MCA president Chua Soi Lek raised at last weekend’s great debate is the so-called PAS Islamic agenda, and the alleged failure of his opponent DAP secretary-general Lim Guan Eng to make a public stand on the matter.

Soi Lek and his MCA have been harping on this PAS issue consistently, persistently, and tediously since early 2011, trying to score political points rhetorically to undermine the credibility of Guan Eng and the DAP, using in particular the party-owned newspaper The Star 

But does Soi Lek truly understand what the whole matter of the Islamic agenda is all about?

PAS, like any other political party all over the world is founded on a political idealogy, in its case the Islamic theocratic ideology. The raison d’ĂȘtre for the founding of PAS is the promotion, advancement and establishment of an Islamic theocratic society. Without this mandate, PAS has no legitimate purpose to continue its existence.

Hence, like the communist ideological platform, the liberal social political philosophy, the capitalism system, the authoritarian right-wing fascism, the democratic securalism of the DAP, the open laissez-faire free society concept, and even the contemporary green movement, PAS has a very social, civil, human and constitutional right to promote and advance its Islamic agenda, more so when our country is a Muslim-majority state.


The problem is not the PAS Islamic agenda per se, but the stupidity of its leaders, who are not too intelligent, let alone intellectual.

Despite so many of them having purported doctorate degrees, they are going about promoting their PAS Islamic ideology the wrong way, by stressing and emphasizing on petty irrelevant matters of non substance such as protesting against concerts by foreign artistes, moral policing of personal behaviour, banning of Valentine celebration, objection to even healthy entertainment joints like cinemas, enforcing dress code on the women folks, and going on witch-hunting at Christian churches for so-called apostates, etc. In the process of such silly and senseless practices, they frighten off the non-Muslims and brought about a lot of ill-wills and caused a lot of anger among the non-Muslims.

What the Muslim party should stress on is the fundamental goodness of Islam in the areas of truth, righteousness, justice, fairness, and human rights, to win the hearts and minds of both the Muslims and non-Muslims, not to put them off with all those nonsense propagated and perpetuated by the likes of Hasan Ali and the Bangi state assembly member Shafie Abu Bakar.

Being a Christian, whose religion also teaches the exclusiveness of the faith, I can understand the stand of my Muslim sisters and brothers in PAS who insist on and stand firm on the exclusiveness of their religion.

From the strictly theological perspective, PAS is right. Islam, like Christianity, is certainly an exclusive religious faith, claiming in the Shahada (Declaration of Faith) that “There is no god, but Allah” (La ilah illa Ilah) and Muhammad is Allah’s messenger (Wa Muhammad rasul u’llah). The PAS position is certainly consistently with the fundamental doctrine of Islam.


Like Christianity, Islam also claims exclusivity to its beliefs and teachings. A Muslim’s faith is firmly based on the belief that the source of his religion Islam is God and Muhammad is the only and last and final prophet and spokesman for God on the Earth. A true Muslim holds that Islam is not just one of the many religions, but the religion per se, the only true religion of God, the religion of the created natural order (din-al-fitrah).


The religion is called Islam because Allah had decreed it in the Quran: “Lo the religion with God is Al Islam to His will and guidance” (3:19) and “I have chosen for you as religion Al Islam” (5:3). 

Islam, an Arab word, means submission, total surrender and obedience, and that is the practical implications for Muslims. There are several greetings based on the word Islam, such as “Peace be upon you” (salamalek) and “Go in peace” (bissalma, masalma).

Thus, the teaching of Islam is about a life of faith and peace through submission to the one and only true God Allah. The word “Muslim” means a person who has totally surrendered his whole life to Allah.

The Islamic faith is not just purely an organized ritualistic religion, but a complete way of life, covering every area of life and thoughts, including politics.

Hence, the PAS claim to exclusivity for Islam is not without theological merit.


As I said earlier, as a Christian, I can understand the PAS position, since my faith is also an exclusive one. No Christian will dispute or challenge my contention that Christianity also claims exclusivity to be the only way of salvation for mankind, and that the Lord Jesus Christ is “the way, the truth, and the life” and “No one comes to the Father (God) except through me (Jesus)”. (John 14:6), and that “Salvation is found in no one else, for there is no other name under heaven given to men by which we must be saved” (Acts 4:12).

The issue before us, therefore, is not the question of theological belief per se, but how to relate an exclusive faith to other religions in a multi-racial, multi-religious, multi-cultural, and multi-lingual society like Malaysia.

This is where many PAS leaders lack the wisdom and intelligence to understand and articulate the relationship of Muslims with people of other faith the the plural society like Malaysia.

The word “pluralism” has been used unilaterally by almost everyone – religious leaders, politicians, journalists – without fully understanding what the concept actually means and implies.

The Oxford Dictionary defines “pluralism” as “a condition or system in which two or more states, groups, principles, etc co-exist.

The keyword, I believe, is “co-exist”. The context in which pluralism exists and practiced is the widely diverse and varied range of religious faiths in a given society, such as Malaysia which has Islam as its official religion and other faiths being part of the scenario.


The fundamental issue we face in a plural society like Malaysia is the matter of peaceful and harmonious co-existence among the people of various races and religious beliefs.

Although I believe that PAS is theologically consistent with the teaching of Islam, its leaders’ stated public stand that Islam rejects religious pluralism that claims all religions to be equally good and truthful is certainly not politically correct in the context of the Malaysian plural society.

I believe PAS should look at the issue of pluralism from two broad perspectives, before making a sweeping dismissal of pluralism per se.

First, there is the pluralistic perspective that all religions are equal and “all roads lead to God”. Obviously, Islam, and, for that matter Christianity, will never endorse such a view. Islam and Christianity both teach and propagate that their respective faith is the only true religion, with all other religious systems and faiths being considered “pagan”.

Hence, it is simply impossible for a true Muslim or an honest Christian to agree to inter-faith “spiritual activities”. For a Muslim or Christian to participate, for example, in an inter-faith “worship” or prayer is to acknowledge that his faith is just one among many others, to place his God on equal standing with the deities of other religious faiths.

This is what justifies the PAS position in relationship to other faiths. And I will say that the PAS concern is valid and theologically consistent with the Islamic teaching. As a Christian, I take a similar stand that I cannot participate in an inter-religious worship service or other inter-faith spirituality activities, without dishonouring and betraying my Lord Jesus.

But, there is another perspective of pluralism which does not involve the matter of spiritual compromise, and that is the common universal moral values among all peoples of the world. And it is this common earthly destiny of all peoples that PAS should consider the vital role of Muslims to help promote peace and harmony among the people, who are the vice-regents of Allah (khalifa Allah) on Earth.

As I said before, as a Christian, I will not participate in an inter-faith worship service which will place my Lord Jesus as being among one of the gods, on equal standing with them. If I do, it will mean I am not consistent with my faith in the Lord Jesus as the only way, the truth, and the life. Such a compromise in matters of spirituality is surely not correct and honest.

My Muslim friends, too, are correct in taking a similar stand, or else their Shahada becomes a vain recitation, rendering their faith to be meaningless. Hence, PAS is theologically correct in its stand.


However, in the matters of truth, morality, justice, righteousness, equality, freedom, human, civil and constitutional rights, I will endorse and support any inter-faith “dialogue” and joint stand and actions.

This is the other perspective of pluralism that I believe PAS should seriously study and evaluate, before dismissing the whole concept of pluralism per se.

Although the people of Malaysia are adherents of various faiths and religious systems, they are united for the common purpose of nation-building, and are jointly dealing with many fundamental civil, social, constitutional and human rights issues relating their role as citizens. Hence, the need to come together to talk and compromise.


There is an urgent need for inter-faith dialogues on matters such as the freedom to worship, teach and propagate each other’s religion, the matter of land for places of worship and burial, the right to use the national language Bahasa Malaysia without restriction in worship and religious education, the legal disputes over the conversion of individuals, particularly children, and the vital matter of co-existence.


PAS and all the responsible Muslim leaders should be willing to participate in such inter-faith dialogues as the common-interest issues need not involve doctrinal compromise or theological dispute.

I hope all parties concerned with the dispute over pluralism will understand and accept that the fundamental matter is the peaceful and harmonious co-existence of all persons or all faiths, with each practicing his faith with full sensitivity and due respect to people of other faiths.


What we want is not a theological war, but a channel for inter-faith dialogues and a medium for communication on issues of universal common interests.

That, I believe, is what Lim Guan Eng and the DAP stand for....Harakahdaily senghock48@gmail.com

Sunday, February 19, 2012

Simpanan Selangor meningkat 25%

Geran ‘Selangorku' yang berjumlah RM300juta akan dilaksanakan dengan penekanan nilai kepada wang, pendekatan rakyat terbanyak dan kecekapan, kata menteri besar.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, geran tersebut, yang diselenggarakan oleh Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) akan mula dibelanjakan pada bulan Mac dengan proses yang telus dan bertanggungjawab.

"Geran ini akan dirasai oleh rakyat sepenuhnya dalam tempoh tujuh bulan dan kerajaan negeri komited untuk memberi penambaikan kepada rakyat kerana geran ini adalah tambahan kepada bajet negeri sebanyak RM1.6 bilion," kata menteri besar.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan permukiman exco selama tiga hari di Melaka yang berakhir hari ini bagi memperincikan mekanisme pelaksanaan dan pemantauan Geran Selangorku.

Ketika pemukiman tersebut, menteri besar diberi taklimat oleh bendahari negeri yang memaklumkan bahawa simpanan kerajaan telah meningkat sebanyak 25 peratus.

"Dari segi angka dan data menunjukkan prestasi kewangan adalah melebihi tahap biasa.

"Ini menunjukkan kerajaan negeri dan bukan sahaja mengawal perbelanjaan dengan baik tetapi juga menjaga sumber negeri," katanya.

PRU13 : Muslimat kemuka senarai calun

Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) telah mengemukakan senarai nama calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kepada PAS Pusat.


Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, lebih 30 orang muslimat dari seluruh negara dicalonkan untuk bertanding bagi kerusi Dun dan Parlimen.

"Muslimat sudah bersedia (menghadapi PRU13) dan senarai nama calon telah siap diserahkan kepada pimpinan PAS Pusat. 

"Kita serahlah kepada pimpinan untuk memilih mana calon yang lebih layak dan sesuai mengikut kawasan untuk bertanding," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Ahli Parlimen Rantau Panjang itu turut membayangkan separuh daripada calon yang tersenarai terdiri daripada muka baru.

"Muslimat ada ramai calon yang berwibawa dan senarai yang kita kemukakan ini, muka baru dan muka lama bergabung. Ada calon berpengalaman, ada muslimat muda," katanya.

Menurutnya juga, persiapan calon di kalangan DMPP itu sebagai menyahut saranan Buku Jingga yang memperuntukkan 30 peratus perwakilan wanita dalam semua barisan pimpinan politik dan kerajaan.

"DMPP memandang positif kandungan Buku Jingga yang mengiktiraf golongan wanita dan kita berusaha mencapai sasaran 30 peratus itu," katanya.

Pada PRU12, seramai 13 muslimat bertanding iaitu lima di kerusi Dun manakala 8 di kerusi Parlimen.

Lima kerusi Dun dan tiga kerusi Parlimen berjaya dimenangi.

Kerusi Dun yang menang ialah N.06 Jitra, Kedah N.33 Merbau Pulas, Kedah N.24 Selat Klang, Selangor, Dun Tanjong Mas, dan Dun Kijang, Kelantan (menang tanpa bertanding).

Manakala kerusi Parlimen pula ialah P.23 Rantau Panjang, Kelantan P.119 Titiwangsa, Wilayah Persekutuan dan P.111 Kota Raja, Selangor.

Menyentuh mengenai persiapan menghadapi PRU yang dijangka akan berlaku pada bila-bila masa dari sekarang, Siti Zailah berkata, jentera muslimat sudah bergerak kerja mengikut bilik gerakan Unit Pusat Mengundi (UPU) selain turun ke kawasan yang disasarkan untuk bertanding.

"Muslimat memang sudah bersiap sedia dengan kekuatan yang ada dan kita juga telah menurunkan bakal-bakal calon ke kawasan yang dijangka bertanding supaya masyarakat setempat kenal mereka," katanya.

Saturday, February 18, 2012

Sidang Akhbar YB Dr Mariah

Sidang akhbar bersama YB Dr Siti Mariah dan YDP PAS kOTA RAJA Cikgu Jaafar Shamsudin membantah UMNO menggunakan Sekolah atas nama MUBARAK dan berceramah di Sekolah Menengah Andalas pada 15.2.2012.


Friday, February 17, 2012

Siapa Mr. Parasit?

Live : inginkan penjelasan dan maklumat mutakhir berkenaan isu Parasit? Anda perlu hadir

Bagi pihak penganjur : Sila hadir beramai-ramai dan mohon untuk tolong sebarkan, Terima kasih


yang ni untuk Ahli PAS Kota Raja sahaja

Thursday, February 16, 2012

Calun bukan Islam PAS

Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat kini sedang menunggu senarai calon dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) negeri-negeri untuk pencalonan ahli-ahli dewan itu, bagi mewakili PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi. 


Pengerusinya, Dr Mujahid Yusof Rawa menjelaskan, sehingga kini pihaknya masih lagi menunggu senarai tersebut dari DHPP negeri-negeri yang masih lagi belum diserahkan kepadanya.  

Menurutnya, sepatutnya senarai tersebut telah diserahkan oleh dewan-dewan penyokong PAS di seluruh negara sehingga akhir bulan lalu.

Katanya, namun sehingga akhir bulan lalu, dewan-dewan berkenaan masih juga belum berbuat demikian sehingga menyebabkan pihaknya masih lagi menunggu sehingga sekarang. 

"Mengikut prosedur, senarai pencalonan itu hendaklah diserahkan oleh dewan-dewan penyokong PAS kepada Jabatan Pilihanraya PAS Pusat (JPP) yang dipengerusikan oleh Dr Mohd Hatta Ramli yang kemudiannya akan dimaklumkan kepada saya. 

"Tetapi sehingga sekarang, saya masih belum dimaklumkan lagi tentang senarai itu. Ini menunjukkan senarai itu masih belum diserahkan lagi oleh dewan-dewan penyokong PAS kepada JPP," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, menurutnya, satu kerusi dari DPP kini telah ditetapkan oleh PAS khususnya di Dun Tiram yang terletak dalam Parlimen Johor Bahru, Johor yang akan diwakili oleh Kumutha Rahman. 

"Dalam PRU Ke-12 pada tahun 2008 lalu, Kumutha yang mewakili Kelab Penyokong PAS bagi kaum India telah bertanding atas tiket PKR, tetapi pada PRU Ke-13 nanti, beliau akan bertanding atas tiket PAS," jelasnya. 

Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berharap agar dewan-dewan penyokong PAS di seluruh negara segera menyerahkan senarai pencalonan masing-masing kepada JPP bagi memudahkan urusan selanjutnya. 

"Sebagai Pengerusi Lajnah Perpaduan PAS Pusat, saya sememangnya bertanggungjawab atas DHPP. Jadi saya berharap agar ahli-ahli DHPP akan diberikan peluang oleh PAS untuk menjadi calon yang akan bertanding mewakili PAS dalam PRU Ke-13 akan datang," katanya. 

Sungguhpun begitu, tambah beliau, ia tidaklah pula semestinya semua negeri mesti mempunyai calon dari DPP untuk bertanding dalam pilihanraya umum.  

Katanya, perkara paling asas berhubung pencalonan DPP, kebenaran untuk ahli-ahli DPP bertanding atas tiket PAS telah diputuskan oleh Majlis Syura, manakala penubuhan dewan itu pula telah dilancarkan secara rasmi oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada tahun 2010 lalu di Klang, Selangor.

Sekiranya terdapat senarai calon dari DPP negeri-negeri, jelasnya, PAS akan meneliti kawasan-kawasan yang sesuai untuk ditandingi oleh ahli DPP terbabit yang kemudiannya akan dibawa oleh pihak PAS kepada perbincangan dengan Majlis Pakatan Rakyat agar tidak berlaku pertindihan kerusi yang ditandingi oleh Pakatan Rakyat.

"Itu dari segi konsepnya dalam Pakatan Rakyat, manakala dari segi persetujuan politik dengan PAS pula, kebenaran yang diberikan oleh PAS kepada DPP itu setelah disepakati oleh pemimpin-pemimpin PAS dan pemimpin-pemimpin DPP sendiri," katanya.

Saturday, February 11, 2012

Peristiwa Jalan Kebun berulang di Kpg Idaman

Ini lah keadaan di Dewan Kampung Idaman Pelabuhan Klang sebentar tadi.

Anda lihatlah sendiri gangguan dan kekacauan yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu ini




Wednesday, February 8, 2012

PAKATAN MENANG, MELAYU HILANG KUASA?

Seorang pengundi di DUN Sri Andalas minta satu ceramah penerangan diadakan dengan tajuk PAKATAN MENANG MELAYU HILANG KUASA?. 

Insyaallah kita sedang aturkan. 

Sementara itu saya hendak membuat beberapa catatan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan kuasa Melayu. 

Tohmahan terkini yang hangat dilaungkan di ceramah-ceramah HIMPUN ialah sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam PRU13 nanti, maka DAP akan membawa Malaysia bercantum dengan Singapura dan menjadikan Malaysia sebuah republik. 

Tohmahan ini datang dari tidak lain daripada mantan naib presiden PAS dan juga mantan PJ Selangor, pakar motivasi terulung Malaysia - DHA. Dia juga mendakwa DAP juga akan memansuhkan perkara 153 dalam perlembagaan Malaysia. Perkara atau artikel 153 inilah yang meletakkan kedudukan istimewa orang-orang Melayu di dalam perlembagaan Malaysia.

Saya pun agak hairan fakta apa yang digunapakai oleh DHA dan UMNO/BN bila membuat dakwaan tersebut guna untuk menakutkan orang Melayu. Semasa BN memerintah di Pulau Pinang selama 54 tahun, UMNO tidak pula bising yang Cina memerintah Pulau Pinang (menjadi Ketua Menteri) walaupun UMNO mempunyai lebih banyak kerusi dari Gerakan! Masa itu tidak pula UMNO khuatir menjadi tunggangan GERAKAN (baca Cina). 

Sekarang bila Pakatan menang di Pulau Pinang dan DAP memegang Ketua Menteri, mulalah orang Melayu dikatakan dipinggirkan walaupun banyak perkara yang YAB LGE untuk lakukan orang Melayu. 

Bila DAP menang kerusi terbanyak di Perak (18 kerusi) dalam PRU 12 yang lalu berbanding dengan PAS (6) dan PKR (7), tetapi yang menjadi MB Perak ialah seorang Melayu Islam dari PAS, UMNO/BN buat tohmahan pula kata PAS ditunggang DAP! Itulah mainan UMNO/BN bila mereka tidak memegang tampuk kuasa. 

Kalau parti Melayu lain memegang kuasa selain dari UMNO/BN maka Melayu akan hilang kuasa. Ini logik songsang UMNO. Mereka sahaja yang Melayunya. Mereka sahaja yang sayang bangsa.

Pakatan Rakyat di dalam Buku Jingga telah memberi jaminan yang 4 perkara didalam perlembagaan tetap dijunjung PR. Islam sebagai agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan, Kedudukan istimewa orang Melayu (artikel 153) dan Institusi raja Berpelembagaan. 

Jadi bagaimana boleh negara ini hendak dijadikan negara Republik atau hendak menghapuskan perkara 153. 

Untuk menjadi sebuah negara Republik, kedudukan Raja-raja Melayu perlu dilucutkan. Mustahil untuk meminda perlembagaan tanpa 2/3 majoriti. Dengan 2/3 majoriti inilah dahulu UMNO/BN telah berjaya melemahkan kuasa raja-raja semasa zaman Tun Dr Mahathir. 

Nampaknya kalau JATI nak perjuangkan IMR (Islam. Melayu, Raja) , Pakatan Rakyat ada satu perkara yang lebih untuk kita pertahankan iaitu Bahasa.

Jadi DHA bercakap tidak guna fakta tetapi hati yang penuh kebencian kepada DAP. Lagipun DAP tidak mungkin dapat menguasai kerajaan kerana jumlah kerusi mereka bertanding pun pada PRU12 dahulu hanya 49 kerusi dan mereka menang 28 kerusi. 

Kalaulah dalam PRU 13 ini mereka bertanding tidak lebih 60 kerusi (status quo ialah 49 kerusi, dan katakan lah ada tambahan 10 kerusi lagi) dan ditakdirkan mereka menang semua, jumlah kerusi mereka diparlimen masih kurang dari satu pertiga (jumlah kerusi parlimen ialah 222). 

DAP bertanding di kerusi-kerusi majoriti Cina dan calon lawan hanya dari MCA atau Gerakan atau parti-parti komponen BN yang lain di Sabah dan Sarawak. 

Jadi kalau calon DAP Cina, maka ia akan mengalahkan calon MCA/Gerakan Cina bukan calon Melayu UMNO. UMNO tidak pernah meletakkan calonnya di kawasan majoriti Cina -tentu kalah punya! Tapi MCA banyak jugalah calon mereka bertanding dikawasan majoriti Melayu yang tegar penyokon atau ahli UMNO. 

Di Perlis, Di Perak dan di Johor calon MCA menang di kawasan majoriti Melayu. Belum masuk calon MIC yang tiada kawasan majoriti India, semua mereka bertanding di kawasan majoriti Melayu. Eh, eh, eh..... siapa tunggang siapa ye?

Bukan niat saya hendak menonjolkan perkauman di sini. Calon mengikut kaum sepatutnya tidak menjadi faktor utama lagi di kebanyakan tempat di Malaysia kalau pemimpin tidak mainkan sentimen kaum. Namun realiti di Malaysia kita sudah lama diperkotakkan, maka ramai yang masih berfikir mengikut jalur kaum.

Jadi di mana kebenarannya dakwaan Malaysia akan direpublikkan sekiranya Pakatan menang.? Bukan mudah mana-mana parti nak dapat 2/3 majoriti sekarang ini. Rakyat sudah cerdik sangat. Bodoh sangatlah ahli parlimen Melayu (dari kedua-dua belah pihak-kerajaan dan pembangkang) kalau hendak menghapuskan institusi Raja Berpelembagaan kita. 

Kalau tak ada raja atau sultan siapa nak anugerah segala gelaran yang menjadi status simbol pembesar negara!. Tidak sama anugerah dari Sultan dengan anugerah dari Yang di Pertua negeri-negeri yang tidak tiada daulat seperti di Melaka atau Pulau Pinang dan lain-lain negeri..

Yang penting Raja-rajalah yang menjadi payung kepada pentadbiran agama Islam walaupun ada kalanya sesetengah mereka memberi sedikit cabaran kepad PM atau MB negeri masing-masing. Itu perkara biasa. Raja dan Sultan-sultan pun semakin hari semakin terpelajar dan semakin memahami peranan mereka di dalam institusi Raja Berpelembagaan ini.

Corak perwakilan mengikut bangsa di dalam parlimen tidak akan banyak berubah. Melayu UMNO tetap akan bertanding melawan calon Melayu PAS atau calon Melayu PKR atau calon Melayu DAP. Melayu UMNO kalah ganti dengan Melayu PAS/PKR. Melayu tetap akan menjadi majoriti juga di parlimen.

Ahli Parlimen mengikut bangsa (PRU 13)

MELAYU
UMNO =78
PAS =23
PBB =14
PKR =15
KATAK =4
JUMLAH =134

BUKAN MELAYU
MCA =15
MIC =3
GERAKAN  =2
DAP =29
PKR =11
KATAK =1
JUMLAH = 61

BUKAN MELAYU lain-lain* =27

JUMLAH AHLI PARLIMEN=222
MELAYU = 134
BUKAN MELAYU (CINA DAN INDIA) = 61
BUKAN MELAYU (LAIN-LAIN) =27

Kesimpulannya dengan jumlah orang Melayu di pihak kerajaan maupun pembangkang, Melayu masih majoriti. 

Jika perlu pengundian yang membabitkan kepentingan orang Melayu Islam, maka sepatutnya ada kesatuan fikiran di sini dan kedudukan dan hak orang Melayu akan terbela. Malah bangsa-bangsa lain juga memerlukan sokongan orang Melayu untuk memperjuangkan kepentingan mereka. 

Tidak timbul Melayu hilang kuasa sekiranya apa yang dibawa ke parlimen untuk dibahaskan maka Melayu atau Bukan Melayu dalam pembangkang tidak akan menyokong. Bergantung kepada isu, selagi membela rakyat terbanyak sudah tentulah akan mendapat sokongan dari semua pihak. 

Tapi kalau yang dibawa bertujuan melindungi atau memberi keuntungan kepada golongan tertentu sahaja dan menafikan hak orang lain, maka ianya tidak wajar disokong.

KALAU di dalam PRU 13, PAS boleh memenangi 60 kerusi yang sudah pasti perlu datang dari UMNO/BN maka PAS lah akan menjadi komponen terkuat Pakatan Rakyat. Tidak timbul isu di dalam Pakatan Rakyat,PAS seperti melukut ditepi gantang. 

Untuk PAS memainkan peranan yang penting orang Melayulah yang perlu memberi sokongan. Jika PAS tidak diberi kepercayaan oleh orang Melayu maka jumlah kerusi Melayu di dalam Pakatan dalam lingkungan yang ada sekarang. 

Adat berpolitik, siapa mempunyai kerusi yang tertinggi maka dialah yang dominan. Kalau di Selangor PAS menang 8 kerusi DUN, DAP 13, dan PKR 15 maka kerusi MB tentulah milik PKR. Begitu juga di Kedah dan Kelantan, kerusi PAS terbanyak maka PAS pegang kerusi MB.

Kebimbangan saya jika PAS tidak disokong Melayu (kerana kebanyakan kerusi PAS di kawasan majoriti Melayu), dan orang Melayu beri sokongan kepada UMNO/BN, maka keputusan PRU13 akan menunjukkan rakyat negara ini terbelah dua ( majoriti bukan Melayu beri undi pada Pakatan Rakyat). 

Maka politik negara akan terus tegang kerana Pakatan dan BN tidak boleh bersetuju dalam banyak perkara. Kalau orang Melayu tidak faham sifir ini, maka kerajaan yang dibentuk tidaklah kuat. Cabaran kepada orang Melayu ialah memilih kombinasi terbaik demi masa depan negara. 

UMNO/BN sudah memrintah begitu lama dan amat susah dan payah mereka hendak membuat perubahan kerana banyak perkara negatif telah menjadi budaya parti UMNO. 

Mereka perlu dikalahkan supaya mereka boleh mengislahkan diri untuk berjuang pada landasan asal mereka dan tidak menjadikan materialisme atau maddiyah motivasi perjuangan mereka.

Rakyat tidak perlu bimbang kerana jika betul Pakatan Rakyat tidak boleh "deliver" maka pada PRU 14 nanti boleh buat perubahan lagi.

*(parti-parti sabah dan sarawak - pelbagai bangsa yang belum dapat perincikan bangsa dan agama)

Dr Siti Mariah Mahmud

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts