Sunday, March 20, 2011

JOM Pekena KOPI bersama MP Kota Raja

Apa khabar YB? 
JOM pekena kopi sekali dengan kami? 
YB nak kemana pagi-pagi buta ni? 
YB nak roti canai tak? Kalau nak kami belanja, No hal
Dr. saya nak jemput, anak saya nak kahwin minggu depan, tapi kad tak ada bawak, maaflah Dr ye.
Dr. saya nak mintak tolong ni bla bla .....

dan banyak lagi teguran yang diterima dan bual bicara yang terpaksa dilayan oleh YB sepanjang berada dikedai kopi. Yang pastinya beliau tak mudah untuk minum dan makan pun pada ketika itu.

Ini adalah keadaan biasa dalam program santai setiap hujung minggu oleh MP Kota Raja yang disusun untuk beliau mendampingi masyarakat di Parlimen Kota Raja. Program yang dinamakan JOM Pekena Kopi bersama YB ini adalah program tidak resmi dimana YB rombongan akan menerjah mana-mana kedai kopi yang terpilih.

Sebagaimana biasa setiap hari ahad YB akan meluangkan masa untuk minum pagi dikedai-kedai kopi terpilih diseluruh Kota Raja.

Pagi ini kedai kopi di Kampung Jawa telah dipilih oleh Dr Mariah bersama suami beliau Dr Hakim, Pegawai khas Sdr Azmi serta beberapa Sekretariat Parlimen Kota Raja termasuk Sdr Syed Malek, Tn Hj Bahaudin (jurugambar kami), Tn Ikhsan & Pn Azimah.

Simple, santai dan meriah mencapai objektif program ini.

 Santai sahaja Dr Mariah dan suami melayan tetamu kedai kopi yang duduk semeja dengan beliau.
 Sibuk tokeh kadai ni melayan pelanggan yang datang pada pagi tadi.
 Ada pulak yang minta bergambar ... ah layan aje lah.
 Biasalah otai-otai ni mengopi sambai baca paper
 Borak santai nampaknya mereka semua ni

1 comment:

  1. "alhamdullillah...program santai "bersarapan pagi" bersama yb ahli Parlimen Kota raja...suksess....n pagi kita menerima tetamu...iaitu sahabat kita ketua wanita cabang Tanjung Malim Puan Illa Nur....yg hadir menghadiri program MAP Kota Raja.."

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts