Tuesday, July 5, 2011

SPR masih kental dengan "belum bercadang"

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilaporkan oleh media arus pedana hari ini bahawa ia belum bercadang untuk melaksanakan daftar pemilih secara automatik bagi rakyat Malaysia yang telah mencapai umur 21 tahun.

SPR masih dengan alasan bahawa cadangan itu akan menimbulkan kesulitan kepada pemilih kerana sebahagian besar rakyat Malaysia ketika ini tidak tinggal di alamat yang tercatat dalam kad pengenalan mereka.

Jelas, walau pun Yang di-Pertuan Agong telah melahirkan hasrat untuk melihat perubahan dalam sistem demokrasi negara, SPR masih kental dengan “belum bercadang”.

Bolehkah kita bayangkan, semenjak 2007 lagi Bersih mendesak SPR untuk merombak kembali sistem pilihan raya kita, tetapi hingga kini SPR masih “belum bercadang”. Malah cadangan Bersih 2007 adalah lanjutan daripada tuntutan masyarakat madani sejak lebih sedekad yang lalu.

Di peringkat ‘cadangan’ pun belum berlaku!

Bagaimana mungkin Bersih 2.0 dikatakan mengemukakan tuntutan yang tidak logik?

Kita ingin cuba memahami alasan SPR ini, mereka mendakwa akan berlaku kesulitan yakni pertindihan nama dan status (alamat pemilih).

Ini bermakna wujudnya satu kelemahan yang berkait rapat dengan sistem dan teknologi yang sedang diguna pakai oleh organisasi seperti SPR ini, iaitu iaitu,sistem komputer yang tidak berintegrasi di antara Jabatan Pendaftaran Negara, Polis dan SPR itu sendiri.

Maka, kelemahan dan tanggungjawab siapa untuk menyelesaikannya? Adakah Ibrahim Ali? Perkasa? atau Pakatan Rakyat?

Nampaknya ramai pihak mahu berusaha memulihkan sistem pilihan raya kita tetapi SPR nampaknya ada agenda lain yang tidak ada kena-mengena dengan pilihan raya yang bersih dan adil.

Jika permasalahan integrasi sistem maklumat seperti ini kita selidiki, ia akan terkait dengan dasar dan polisi yang digunakan selama ini oleh kerajaan.

Malaysia kan ada Multimedia Super Corridor (MSC). Soalannya, bagaimana mungkin MSC , satu projek mega ciptaan mantan Perdana Menteri Tun Mahatihr yang sudah beroperasi lebih dari 10 tahun tetapi tidak memberi apa-apa kesan positif terhadap sistem yang digunakan oleh badan seperti SPR ini.

Adakah MSC yang ditubuhkan itu tidak efektif?

Jika ya, maka MSC itu satu projek yang sia-sia dan merugikan sahaja. Atau jika MSC itu memang baik, maka jabatan kerajaan seperti SPR inilah yang tidak baik, rendah mutu dan tidak profesional. Makanya, mana satu yang betul?

Risiko pertindihan nama, alamat atau status hidup mati seseorang itu bukan masalah rakyat, dalam kes ini ia masalah dan tanggungjawab JPN dan SPR.

Maka selesaikanlah, jika perlu pembaharuan, maka segeralah sarankan kepada kementerian yang sepatutnya. Mustahil sejak dahulu lagi, masalah ini tidak pernah dikesan.

Saranan telah dikemukakan, permohonan telah dibuat, tetapi alasan yang sama berulang kali diputar-putar. Akibat dari pelbagai alasan SPR inilah maka Bersih 2.0 perlu dijayakan, sama ada di stadium atau tersemat dalam hati pengundi-pengundi yang mahu membuat perubahan besar dalam PRU ke-13 nanti.

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts