tag:blogger.com,1999:blog-3122059630211703908.post7992452836183323694..comments2023-10-21T21:07:53.254+08:00Comments on Dr Siti Mariah Mahmud: Respon Pengarah JPP berkaitan kajian "makmal pemuda BN"Dr. Siti Mariah Mahmudhttp://www.blogger.com/profile/03641662124086488326noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-3122059630211703908.post-69885119010270416212010-07-28T00:54:02.211+08:002010-07-28T00:54:02.211+08:00Baru sahaja balik minum-minum bercerita hal undi a...Baru sahaja balik minum-minum bercerita hal undi atas pagar ini. Benar, angka yang diberikan mungkin betul. Cuma satu sahaja yang harus diberi perhatian. Persepsi terhadap golongan atas pagar ini sebenarnya harus diubah.

Golongan atas pagar kalau dulu dikatogerikan oleh sesetengah pihak sebagai tidak berprinsip. Tanggapan ini dibuat hanya kerana melihat golongan berkenaan tidak menunjukkan sikap berpihak pada zahirnya. Maka adalah juga pandangan yang mengatakan golongan ini sukar dibaca. Sebenarnya ini kurang tepat.

Ini kerana saya melihat golongan atas pagar adalah golongan yang lebih baik daripada sesetengah golongan yang secara jelas menunjukkan sikap berpihak. Rasionalnya ialah, sebahagian daripada golongan atas pagar adalah generasi muda yang berpelajaran. Sebenarnya mereka berada di atas pagar sambil membiarkan akal mereka melihat dan membuat pilihan.

Sebenarnya mereka ini akan menyokong pihak yang memiliki prinsip perjuangan dilihat mampu melindungi kepentingan mereka (golongan muda). Maka ketika ini, iaitu ketika golongan atas pagar itu sedang memerhatikan kita, harus kita tunjukkan kesungguhan kita terutama dalam cara membela nasib dan masa depan mereka. Mereka juga ada akal untuk membuat keputusan. Kalau PR mampu menunjukkan kesungguhan dalam perjuangan membela nasib mereka, mereka akan membantu dan menyokong PR. Jangan dikhuatiri, kecuali kita tidak mampu menunjukkan komitmen dalam perjuangan. Maka ketika itu mereka akan lari dan menyerahkan sokongan kepada pihak lawan.

Selagi kita sanggup menumpahkan keringat dan sanggup bersama ketika mereka susah dan kecewa, InsyaAllah golongan atas pagar ini akan tetap menyokong.SINGALAUTMETROhttps://www.blogger.com/profile/01095502909101361248noreply@blogger.com