Monday, January 19, 2009

KPP Kota Raja & Selangor bantu kempen PRK KT





Ponggel Festival 2009

Sri Muda ~ Ahad, 18.01.2009 ... Kelab Penyokong PAS Sri Muda telah menganjurkan program ini bermula jam 8 pagi di kawasan lapang berhampiran Kuil Sri Muda. Pesta ini merupakan pesta menuai bagi masyarakat India (bukan perayaan agama).

Sebelum program ini di adakan Lajnah Perpaduan Nasional telah mengmbil pendekatan baru dengan berbincang bersama KPP Sri Muda terdiri dari Sdr Segar, Muthu dan Jaya. Perbincangan ini bagi mengelak salah faham tentang program ini.

Ketibaan YB disambut oleh pemimpin masyarakat India Sri Muda

Memberikan ucapan didalam majlis tersebut sebagai satu usaha mendekati kaum India, Disebelah beliau ialah Sdr Segar dari KPP Sri Muda

Ponggel bermakna air buih nasi yang ditanak dalam periuk tanah dan dan kayu api


Antara AJK Lajnah Perpaduan Nasional yang hadir dalam program tersebut bersama seorang penyokong kuat dari KPP, tengok topi dia pakai.

Tuesday, January 13, 2009

TIPS MENJADI PELAJAR CEMERLANG

Semasa saya menjadi pelajar
1-Mengulangkaji pelajaran untuk seminggu yang telah kita belajar.
2-Belajar terlebih dahulu sebelum cikgu ajar dalam kelas.Bila cikgu mengajar kita cuma
fahamkan sahaja.
3-Tandakan bahagian yang kita tidak faham dan tanya pada kawan atau guru.
4-Banyakkan buat latihan
5-Banyakkan doa dan solat jangan tinggal.
6-Minta restu daripada ayah dan ibu.

Semasa saya bergelar IBU
1-Berikan masa bersama dengan anak untuk ulangkaji.
2-Pastikan waktu malam anak-anak mesti berada dalam rumah.
(Kalau anak nak keluar kena tau kemana dan berapa lama,kalau boleh kita ikut bersama)
3-Buat ulangkaji bersama dan tunjukajar yang mana kita tahu.
4-Korbankan masa tengok tv.Tutup tv.
5-Pastikan juga anak-anak kita mengaji setiap hari.
6-Banyakkan solat hajat untuk mereka dan berdoa.
7-Selalu menjaga kesempurnaan anak kita dan sediakan suasana selesa sekiranya ada
kemampuan.
--Ucapan semasa majlis perasmian Tuisyen Rakyat DunSri Muda pada 11.Januri.2009. di Pusat Khidmat Masyarakat Sri Muda.
ucapan ini telah menjdai motivasi kepada ibubapa serta pelajar yang hadir pada petang tersebut.

Thursday, January 8, 2009

URGENT! CERAMAH ISU PALESTIN MALAM INI

CERAMAH YB KHALID SAMAD , YB DR MARIAH DLL - ISU PALESTIN / P036 KT & KUTIP DERMA
DI MARKAZ BUKIT NAGA, KLANG
MALAM INI 8.1.09
9 MALAM.
JEMPUT HADIR DAN SEBARKAN

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts