Sunday, May 31, 2009

YB Shuhaimi & Dr Mariah, buktikan mereka petani

Malam semalam ketika kami sibuk membuat persediaan expotani selepas Isya di Pejabat YB Dr Siti Mariah kami dijemput oleh YB dan suami tersayangnya Dr Hakim untuk menikmati makan malam yang disediakan sendiri oleh YB Dr Mariah. Perut lapar, YDP, Shamsul, Adam. Azman MH, Askolan, Jalil dan saya belasah saja lah apa yang dimasak oleh YB. Masa tu YB bagi tahu bayam yang dimasak tumis itu adalah dari Laman Dapur rumah beliau. Sedap ..... belasah ajelah 2 pinggan seorang.

Pagi ini sempena expotani alhamdulillah program ini mencapai sasaran sehinggakan kehadiran pengunjung yang diluar dugaan menyebabkan pendaftaran untuk mendapatkan starter KIT pertanian yang disediakan sebanyak 800 terpaksa dihentikan sekitar jam 11.30 pagi.

Perasmian majlis dilakukan oleh ADUN Sri Muda, YB Tuan Shuhaimi Shafie dan menceritikan juga bahawa beliau memang handal bercucuk tanam dan itulah aktiviti beliau walau pun dalam keadaan sibak.

YB Shuhaimi juga menerangkan bahawa Kerajaan Negeri ada menyediakan pinjaman pertanian berjumlah RM 10000 dalam bentuk peralatan pertanian.

Sementara itu dalam ucapan alu-aluan nya YB Dr Siti Mariah mahu menjadi kan Parlimen Kota Raja yang termasuk didalamnya DUN Sri Muda sebagai 'Kota Limau Kasturi' dimana setiap keluarga menanam limau kasturi. 'Dengan perancangan yang rapi dan teratur saya percaya Limau Kasturi akan menjadi tanaman yang berjaya di Kota Raja seterusnya dipasarkan secara sistematik nanti', katanya.

EXPOTANI Parlimen Kota Raja

Dengan tema ' Pertanian menjana ekonomi keluarga' bermula jam 8.00 pagi ini hingga jam 2.00 petang bertempat di Perkarangan Pusat Khitmat Masyarakat Ahli Parlimen Kota Raja akan berlansung majlis Expotani Parlimen Kota Raja.

Antara objektif program adalah :-

1. Meningkatkan taraf ekonomi terutama golongan miskin dan ibu tunggal dalam kawasan Parlimen Kota Raja.
2. Menjadikan pertanian sebagai alat untuk menambahkan pendapatan keluarga walau pun secara kecil-kecilan.
3. Memupuk semangat memaksimumkan penggunaan ruang dalam kawasan rumah dan lain.

Menurut Sdr Azmi Jusoh selaku Pengarah Program antara program yang dilangsungkan pada pagi ini adalah Jualan pokok-pokok, Jualan buah-buahan, sayur segar dan barangan IKS, Demontrasi membuat Taufu Fa dan menyemai benih dan pelancaran kebun liamau kasturi berkelompok.

Majlis hari ini adalah dengan kerjasama Jabatan Pertanian. Semua di jemput hadir

Saturday, May 30, 2009

PAS sedia terima KPP sebagai sayap parti

Saidah Hairan Sat May 30, 09 5:23:33 pm MYT

KLANG, 30 Mei (Hrkh) - PAS sedia menerima Kelab Penyokong PAS sebagai sayap parti memandangkan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada pelbagai kaum terutama Cina dan India. Mursyidul Am PAS, Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sepatutya kelab Penyokong PAS itu sudah lama dijadikan sayap parti.

"Saya kata terlewat, patut lama jadi Dewan. Umno selalu ganggu akhir sekali atas kesedaran rakyat Umno telah digulingkan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Kelab Penyokong PAS Nasional 2009, di Dewan Majlis Daerah Klang.

Program anjuran Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat itu dihadiri lebih 600 anggota Kelab Penyokong PAS.Turut hadir pengerusi Kelab Penyokong PAS Nasional bagi kaum Cina, Vincent Lee dan pengerusi Kelab Penyokong PAS Nasional bagi kaum India, N.Balasubramaniam.
Beliau bersyukur kerana diberi peluang merasmikan Konvensyen itu menambah, Kelab Penyokong PAS bukan kelab Penyokong Melayu.

Katanya, PAS telah wujud pada tahun 1951 dan rakyat Malaysia melihat bagaimana PAS mengendalikan negeri Kelantan tanpa mengira bangsa dan agama.

Misalnya tambah beliau, kerajaan Kelantan tanpa mengira bangsa dan agama telah memberi bantuan kepada pelajar cemerlang sebanyak RM500 tanpa mengira bangsa dan agama.
"Melayu, Cina, India, Siam, Umno semua diberi kerana Islam mengajar kita supaya baik kepada semua manusia," jelasnya.

Beliau berkata, oleh kerana manusia dijadikan Allah maka sebagai orang Islam perlu mengendalikan manusia tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama. Hasil daripada pentadbiran kerajaan Kelantan yang adil terhadap semua bangsa maka mereka terbuka pintu hati untuk menyokong Islam, tegasnya.

Dalam sidang media yang sama, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa menjelaskan satu jawatankuasa teknikal telah ditubuhkan bagi melihat aspek yang memungkinkan kelab itu diserap sebagai sayap parti dalam tempoh setahun.

Beliau berkata, memandangkan ia melibatkan pindaan terhadap Perlembagaan parti satu muktamar khas akan diadakan manakala Majlis Syura secara asasnya tiada masalah.
Mujahid yang juga ahli Parlimen Parit Buntar telah diamanahkan menjadi Pengerusi Kelab Penyokong selama lima tahun dan telah berjaya mengumpulkan ahli Kelab seramai 20,000 orang.

Wednesday, May 27, 2009

Konvensyen KPP jadi landasan PAS jadi parti arus Perdana

Cuma tinggal 3 hari menjelang Himpunan dan Konvensyen bersejarah Kelab Penyokong PAS Nasional 2009. PAS Kota Raja masih dan terus bertungkus lumus siang malam memastikan program ini menemui kejayaan dan mencipta satu sejarah bahawa Perpaduan Nasional dapat dicipta bila mana PAS bakal menjadi Parti Arus Perdana selepas ini bila mana semua kaum menerima konsep PAS sepertimana yang ditunjukkan oleh 85% pengundi non-muslim diBukit Gantang baru-baru ini.

Esok bermula jam 9.00 malam bandar Di Raja Klang bakal dihias indah dengan pemasangan 300 Bunting, bendera dan banner bagi menyambut kehadiran tetamu istimewa khususnya dari Kelab Penyokong PAS seluruh negara.

Berbekalkan keinginan untuk menjadikan perhimpunan ini satu sejarah baru PAS di cipta dimana Bandar Di Raja Klang dan Kota Raja akan menjadi saksi kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa Perpaduan Nasional melalui PAS akan dicipta disini.

Dengan konvensyen ini merupakan program terbesar LPN PAS Pusat menjelang Muktamar nanti semoga segala resolosi yang dikeluarkan nanti bakal menjadi perdebatan utama dalam muktamar nanti tentang menentukan hala tuju dan kedudukan KPP dalam parti selepas ini. Kita tunggu.

Monday, May 25, 2009

PAS serious tarik bukan Islam

PAS mengorak selangkah lagi dalam usaha menggalakkan penyertaan bukan Islam dalam satu sayap utama – seperti Dewan Pemuda – dengan menganjurkan konvensyen Kelab Penyokong PAS (KPP).

Program anjuran lajnah perpaduan antara lain bertujuan mengumpul syor daripada pemimpin akar umbi KPP sebagai usaha untuk menjadikan KPP menjadi sebuah dewan.

"Saya berharap mereka dapat memberi cadangan dan resolusi (konvensyen) akan dibawa kepada jawatankuasa PAS (untuk pertimbangan)," kata timbalan pengerusi biro tersebut Dr Halimah Ali.

pas for all campaign launch 110907 indian tablaBercakap di sidang media hari ini bagi mengumumkan program tersebut, beliau berkata ia dijadual diadakan di sebuah dewan di Pejabat Tanah Klang, Sabtu ini.

Perasmiannya disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat jam 8 pagi.

Kira-kira 500 pemimpin bukan Islam di peringkat kawasan akan diberikan taklimat perkembangan terbaru usaha PAS memajukan KPP dan perbahasan bertemakan "Berdiri Teguh Menempuh Cabaran".

Satu jawatankuasa khas dibentuk bulan lalu untuk meneliti lebih serius pembabitan ahli bukan Islam dalam PAS selepas permukiman parti itu November lalu meluluskan usaha menaik taraf KPP.

Walaupun dibentuk sejak 2004, langkah terbaru ini dibuat susulan penerimaan positif penyokong bukan Islam terhadap parti itu, kata Dr Halimah, yang juga exco kerajaan Selangor.

Jawatankuasa teknikal yang diketuai bekas timbalan presiden PAS Hassan Shukri ditubuhkan untuk mengkaji kemungkinan meminda perlembagaan parti dan ia mengambil masa antara tiga hingga enam bulan sebelum rumusan dicapai.

Kira-kira 30,000 ahli bukan Islam menyertai kelab tersebut.

Hari Sukan sekolah Pra Jais Klang

Hadiah disampaikan kepada anak - anak yang masih mentah ini yang memerlukan perhatian sepenuhnya.

Masa dialam Tadika anak-anak kita memakai Tudung dan nampak comel belaka,saya harap apabila dah meningkat remaja atau sudah bekerja nanti kekalkan lah imej hari ini dimana semua yang bersukan pun mampu memakai tudung. Sungguh seronok tengok gelagat yang sebaya dengan cucu-cucu saya.

Alhamdullillah dapat tengok rakyat Kota Raja pun lega juga kerana semua gembira pada hari itu.
Gambar dirakamkan pada 23.5.2009.jam 10.pagi di Sekolah Tadika Pra Jais Klang. Tahniah diucapkan kepada pihak sekolah kerana berjaya menganjurkan sukan ini.

Thursday, May 21, 2009

Mursyidul Am rasmi Konvensyen Kelab Penyokong PAS

Thu | May 21, 09 | 4:03:23 pm MYT

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Hrkh) - Konvensyen Kelab Penyokong PAS Nasional akan berlangsung pada 30 Mei ini bertempat di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Klang bermula jam 8.00 pagi.

Menurut Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof berkata majlis itu akan dirasmikan Mursyidul Am Pas merangkap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sehubungan itu beliau memohon kerjasama Perhubungan PAS negeri-negeri supaya menghantar wakil dari Kelab Penyokong PAS seperti mana yang ditetapkan dalam surat Lujnah Perpaduan Nasional.

"Penyertaan semua negeri adalah penting bagi menjayakan program bersejarah ini kerana ia akan menunjukkan tahap sokongan orang bukan Islam kepada perjuangan PAS.

"Surat-surat telah dikirimkan dan diharap mendapat respon segera dari pihak negeri," katanya.

Konvensyen bertemakan "Berdiri Teguh Menempuh Cabaran" (Stand United, Brave the Challenges) itu, tambahnya adalah kemuncak siri Konvensyen yang telah diadakan di peringkat negeri.

"Selain daripada matlamat mengumpulkan semua ahli Kelab dari seluruh negara, konvensyen ini juga mengharapkan penstrukturan jawatankuasa di peringkat negeri-negeri dapat dilaksanakan segera bagi melicinkan lagi perjalanan Kelab Penyokong PAS di semua peringkat," jelas beliau.

Selain ucapan perasmian Tuan Guru Nik Abdul Aziz, ucaptama Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional yang menggariskan hala tuju kelab juga dinanti-nantikan peserta konvensyen.

"Pencapaian Kelab Penyokong PAS yang ahlinya kini di sekitar 20,000 orang telah membawa PAS ke persada politik berbagai kaum yang mula menjadi popular di kalangan masyarakat India dan Cina.

"Selain daripada itu, Selangor dipilih menjadi tuan rumah kerana menjadi antara negeri yang paling aktif kegiatan Kelab Penyokong PAS selain daripada Perak dan Kedah," kenyataan beliau dipetik.

Mujahid juga berharap konvensyen itu dapat dijayakan sebagai kemuncak kepada aktiviti Kelab yang akan turut hadir sebagai pemerhati dan tetamu khas Muktamar PAS Pusat yang bakal berlangsung awal bulan hadapan.

"Sekali lagi saya menyeru pihak negeri supaya mengambil serius penglibatan ahli kelab di negeri masing-masing dan membantu kami memudahkan urusan penyertaan konvensyen," katanya.

Sebarang masalah atau pertanyaan sila hubungi Sekretariat Konvensyen, Kamarisah Naris no tel 016 3226159 atau Khairul Faizi 019 7701830.- tajdid _

PRU 13 mungkin lebih awal

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, beliau menjangka tiga lagi negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan dan Melaka akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, jangkaan itu adalah berdasarkan kemenangan Pakatan pada siri pilihan raya kecil sebelum ini iaitu di Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.

"Ia menandakan lonjakan dan sokongan kepada kita dan ia akan menjalar pada pilihan raya umum ke-13.

"Saya dah nampak-nampak Johor mungkin jatuh, Negeri Sembilan mungkin jatuh dan Selangor akan jatuh. Ini adalah mimpi ngeri kepada Umno dan Barisan Nasional," katanya semasa sidang media berhubung Muktamar PAS ke-55 di sini.

Muktamar Tahunan PAS ke-55 yang bakal menyaksikan pemilihan bagi kepimpinan pusat dan sayap parti akan berlangsung dari 5 hingga 7 Jun di Stadium Malawati di sini.

Hasan berkata, beliau menjangka pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal daripada tahun 2013 atas alasan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pasti mahukan mandat baru daripada rakyat selepas mengambil alih kepimpinan negara April lalu.

"Kita menjangka pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal sebab saya rasa Perdana Menteri baru mahukan mandat baru kerana kalau beliau jadi Perdana Menteri dengan mandat Datuk Abdullah, saya rasa tidak mantap.

"Beliau perlu dapat mandat sendiri daripada rakyat tentang kepimpinannya," katanya.

Hasan berkata, isu pilihan raya umum ke-13 akan disentuh dalam perdebatan pada Muktamar bulan depan termasuk persediaan dan strategi yang akan dilakukan PAS sama ada dalam parti serta kerjasama dengan dua lagi parti sekutu dalam Pakatan iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Selain itu katanya, antara isu lain yang mungkin akan diperdebatkan adalah pencapaian ahli-ahli PAS yang diberi tanggungjawab dalam pentadbiran terutama di lima negeri yang dikuasai Pakatan iaitu Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Perak.

Monday, May 18, 2009

Tema Konvensyen KPP Peringkat Kebangsaan 2009

'BERDIRI TEGUH MENEMPUH CABARAN' - 'STAY UNITED, BRAVE THE CHALLENGES'

Inilah tema yang dipilih oleh Yang Berhormat AF Uztaz Dr Mujahid Yusof Rawa, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat sempena Himpunan dan Konvensyen Kelab Penyokong PAS Peringkat Kebangsaan tahun 2009 yang akan diadakan pada 30hb Mei 2009 di Dewan Sebaguna Majlis Daerah Klang nanti

Diharap semua AJK Lajnah Perpaduan PAS Kawasan dan Negeri serta KPP negeri bersiap sedia untuk hadir pada Konvensyen ini yang akan diresmikan oleh YAB Tuan Guru Dotuk Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan merangkap Mursidur Am PAS.

Keterangan lanjut hubungi PIC disebelah.

Tidak benar

Malaysiakini ~ PAS tidak melewat-lewatkan penyertaan bukan Islam sebagai ahli seperti didakwa oleh kelab penyokong parti itu kerana satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan bulan lalu untuk meneliti lebih serius perkara tersebut.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Mujahid Yusof Rawa memberitahu Malaysiakini hari ini, jawatankuasa teknikal itu bertujuan mengkaji kemungkinan meminda perlembagaan parti bagi membolehkan kelab tersebut dijadikan satu sayap utama parti bertaraf dewan.

"Mesyuarat AJK PAS pusat pada April memutuskan satu jawatankuasa ditubuhkan dengan fokus mengemukakan cadangan teknikal untuk kita menyegerakan keahlian mereka dalam parti," katanya.

Tambahnya, jawatankuasa tersebut yang diketuai oleh bekas timbalan presiden PAS Hassan Shukri dijangka mengambil masa antara tiga hingga enam bulan sebelum rumusan dibawa kepada jawatankuasa pusat parti.

nik aziz and hu pang chow 140509Mujahid, yang juga ahli parlimen Parit Buntar, diminta mengulas pengerusi Kelab Penyokong PAS (KPP) Hu Pang Chow yang menggesa ia disegerakan demi memastikan parti itu terus mendapat sokongan pengundi bukan Melayu, khususnya dalam pilihanraya umum depan.

Jawatankuasa itu disertai kira-kira enam orang pemimpin PAS, termasuk beliau sendiri dan ahli-ahli jawatankuasa pusat parti.

Mengulas lanjut isu-isu teknikal yang dibincangkan oleh jawatankuasa kecil tersebut, Mujahid berkata, ia melibatkan beberapa perkara asas dalam perlembagaan parti itu.

Sambil memberi contoh syarat-syarat keahlian PAS seperti harus seseorang yang Islam, akil baligh dan rakyat Malaysia, beliau berkata:

"Kalau nak bentuk keahlian (kepada bukan Islam), kita perlu pinda (syarat) yang asas."

Turut dibincangkan, tambah Mujahid, kedudukan anggota bukan Islam dari sudut jumlah perwakilan ke muktamar dan keanggotaan mereka dalam jawatankuasa pusat PAS.

"Jawatankuasa (teknikal) akan menyegerakan perkara ini. Apabila kita bersedia dengan cadangan teknikal ini, ia akan dibawa ke (jawatankuasa) PAS Pusat.

"PAS Pusat akan berbincang dengan lebih serius dan Majlis Syura Ulama akan berbincang dari sudut sama ada bertentangan dengan syarak atau tidak.

"Selepas itu, baru kemukakan usul kepada ahli-ahli dalam muktamar khas dan bahas perkara ini," katanya.

Diminta mengulas kenyataan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menangguhkan penyertaan anggota bukan Islam, Mujahid berkata, setakat kefahamannya, mursyidul am PAS tidak bermaksud "untuk KIV" atau diperap tetapi memberikan penjelasan kepada perwakilan-perwakilan di muktamar PAS, awal bulan depan.

Tambahnya, Nik Aziz mungkin bermaksud penangguhan itu hanya buat seketika, sementara menunggu penjelasan dan reaksi perwakilan di muktamar ke-55 di Shah Alam.

Menurut Mujahid lagi, peranan bukan Islam dalam parti itu akan turut diulas dalam ucapan dasar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di pembukaan muktamar supaya dibahaskan oleh para perwakilan.

"Salah satu unsur ucapan dasar beliau menyebut hal ini. Saya telah memberi input kepadanya untuk menjelaskan isu ini dengan lebih terang, jelas dan nyata.

"Oleh kerana sokongan bukan Islam terhadap PAS menjadi satu fenomena, apabila disentuh oleh presiden, mungkin akan dibahas," katanya.

Terdapat kira-kira 30,000 ahli bukan Islam dalam kelab tersebut, tambah Mujahid.

Sunday, May 17, 2009

Hari ini MB berda di Tmn Setia Klang

Pada pagi ini kira-kira jam 10 pagi YAB Menteri Besar Selangor Tan Sri Abd Khalid bi Ibrahim akan hadir ke Karnival Mesra Perpaduan Rakyat DUN Sri Muda untuk meresmikan majlis ini. Menteri Besar yang baru tiba dari US malam semalam dalam rangka lawatan menziarahi Sultan Selangor yang mendapatkan rawatan di sebuah hospital disana.

Tahniah kepada En Adam dari Persatuan Penduduk Taman Setia serta AJKnya yang berjaya selaku penganjur utama karnival selama 2 hari ini. Kemuncaknya hari ini adalah semua pertandingan akhir acara sukan, sukan rakyat bersama MB, Auto Show dan Driff Impak Maksima. Selamat mengunjungi Karnival Mesra Perpaduan Rakyat DUN Sri Muda yang akan berkahir dan majlis penutup dan penyampaiam hadiah oleh YB Shuhaimi jam 5 ptg ini.

Saturday, May 16, 2009

Hadi kekal No 1

Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan presiden PAS tanpa bertanding, manakala lima orang dicalonkan untuk bertanding timbalan presiden dan 16 lagi untuk jawatan naib presiden.

Manakala 86 orang lagi dicalonkan untuk bertanding jawatan ahli jawatankuasa pusat PAS.

Datuk Seri Abdul Hadi mengekalkan jawatannya selepas menerima pencalonan 136 daripada 137 PAS kawasan.

Satu lagi kawasan - Bukit Bintang di Wilayah Persekutuan - mencalonkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk bertanding presiden.Untuk layak bertanding bagi semua jawatan parti, setiap calon perlu mendapatkan sekurang-kurangnya dua pencalonan.

Bagi jawatan timbalan presiden, lima orang yang dicalonkan termasuklah penyandangnya, Nasaruddin Mat Isa. Empat lagi yang dicalonkan untuk jawatan timbalan presiden ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din; Naib-naib presiden - Datuk Husam Musa dan Mohammad Sabu.

Nasaruddin, Abdul Razak, Dr Harun turut dicalonkan untuk bertanding jawatan naib presiden, bersama-sama tiga lagi penyandangnya, Husam, Mohd Sabu dan Ahmad Awang.

Pertandingan adalah untuk merebut jawatan naib presiden dalam pemilihan PAS bulan depan. Sepuluh lagi calon naib presiden ialah:

1. Datuk Hasan Ali
2. Idris Ahmad
3. Datuk Kamaruddin Jaffar
4. Datuk Mahfuz Omar (ahli Parlimen Pokok Sena)
5. Nik Mohd Amar Nik Abdullah (exco kerajaan negeri Kelantan)
6. Mujahid Yusof Rawa (MP Parit Buntar).
7. Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin (Menteri Besar Pakatan Perak)
8. Salahuddin Ayub (MP Kubang Krian)
9. Taib Azamuddin (MP Baling)
10. Datuk Ibrahim Tuan Man

Pertandingan bagi jawatan AJK pusat adalah untuk 18 kerusi, manakala enam lagi kerusi AJK dilantik oleh parti.

Thursday, May 14, 2009

Konvensyen KPP Kebangsaan 2009

Assalamulaikum wbth

Sila copy dan pamerkan dalam website rakan-rakan bloggers semua, terima kasih. Infomasi LPN PAS Pusat bagi pihak YB Dr. Mujahid Yusoff Rawa .... Khairul Faizi (Pengarah program) 019-770 1830, Hajjah Kamariah (Setiausaha LPN PAS Pusat) 016-322 6159 & Razif (Timb. Pengarah b/p Tuan Rumah : Kota Raja) 013-361 0603

Monday, May 11, 2009

Umno dimalukan lagi & lagi

Kerja gila segelintir pimpinan Umno membuatkan parti pemerintah ini menanggung malu yang besar. Sikap tamak, gila kuasa dan tidak berpandukan peraturan sedia ada menyebabkan umno terus diaibkan dan dimalukan lagi dan lagi sepanjang setahun selepas 8 mac 2008 yang lalu. Rakyat yang terdiri dari penyokong dan penentang parti ini terus dihidangkan dengan pelbagai isu yang berpanjangan yang menunjukkan umno sudah semakin tidak diyakini oleh rakyat pada masa kini.

Keputusan Mahkamah Tinggi petang tadi yang membuat keputusan bahawa YAB DS Nizar masih sebagai MB Perak yang sah memperlihatkan bahawa umno tidak mempunyai penasihat undang-undang yang berkelayakkan dan mahir bagi memastikan tindakkan rampasan kuasa yang mereka ambil tidak boleh dicabar. Kecuaian dan kegopohan ini memperlihatkan bahawa umno sebagai tunjang pemerintahan negera ini sudah hilang kredibiliti.

Keputusan Mahkamah hari ini bukanlah sesuatu yang luar biasa atau luar jangkaan. Kita telah mendengar hampir semua pengamal undang-undang dan penganalisa politik dengan jelas menyatakan bahawa Nizar is the right MB. Keputusan hari ini hanya pengesahan sahaja - tiada yang pelik. Kepada penyokong PR yang beragama Islam lakukan sujud syukur sebagai menunjukkan kekerdilan kita dihadapan Allah SWT, kerana semua yang berlaku hari ini adalah dengan izinNya jua.

Sunday, May 10, 2009

Tuanku Puteri Mencemar Duli

Tunku Puteri Arafiah binti Almarhum Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah dan Tuanku Puteri berjiwa Rakyat yang amat dikenali dengan panggilan mesra 'Ku Yah' hadir dalam majlis ini sebagai tetamu kehormat.
Sebentar tadi bertempat di Dewan Banquet SUK berlangsung Majlis Hi Tea Apresiasi Ibu sempena Hari Ibu 2009. Saya mengucap syukur tahniah dan terima kasih diatas diatas kejayaan majlis ini yang dianjurkankan oleh Wanita Pakatan Kota Raja bersama Perwanis. Dalam ucapan alu-aluan tadi saya sempat memberitahu hadirin bahawa walau pun perayaan hari Ibu bermula dari barat tetapi ianya wajar disambut oleh semua manusia dalam dunia ini sebagai satu usaha dan ingatan tentang pengorbanan seorang ibu.

Majlis hari ini juga turut dihadiri oleh Tuanku Puteri Arafiah binti Almarhum Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah yang meresmikan majlis ini serta Tuanku Puteri yang lebih dikenali dengan panggilan mesra 'Ku Yah'. Turut hadir ialah YB Rodziah, YB Xavier dan lain-lain.
Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian oleh kumpulan Nasyid tahun 60an yang terkenal iaitu kumpulan Al Jawahir yang membawa lagu Ibu Mithali.

Thursday, May 7, 2009

'Kena Bebas'

Mat Sabu di bebas selepas permohonan reman Polis di tolak, Menurut peguam yang mewakili beliau, Aminuddin Zulkifli mahkamah tidak berpuas hati dengan alasan-alasan yang diberikan oleh pegawai penyiasat.

Pegawai penyiasat mengatakan mereka memerlukan masa untuk menyiasat Mohamad yang dituduh melakukan hasutan supaya orang ramai menggagalkan sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak hari ini.

Pasukan peguam Mohamad Sabu kemudiannya membantah tuduhan tersebut kerana tertuduh hanya menyeru orang ramai supaya hadir ke majlis solat hajat dan doa munajat memohon agar Perak terus aman.

Laporan maklumat pertama (FIR) terhadap Mohamad Sabu dibuat oleh Ketua Polis Perak sebelum beliau ditahan secara misteri petang semalam di Kuala Lumpur.

Wednesday, May 6, 2009

'Kena tangkap'

Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu baru saja ditangkap di hadapan Restoran Rafia berdekatan pejabat Harakah di Jalan Pahang Barat, dipercayai berkaitan dengan perhimpunan 1 BLACK Malaysia di Ipoh 7 Mei ni.

Dalam peristiwa yang saya benci sangat itu, Ali Maidin beritau, sebaik sahaja Mat Sabu keluar dari Restoran Rafia, tiba-tiba terdengar jeritan,"Aku kena tangkap!"

Apabila mendengar jeritan itu, Ali, Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan seorang kawan saya Abdul Razak kontraktor meluru untuk menyelamatkan Mat Sabu dan bergelut dengan tiga orang polis yang menangkap Naib Presiden PAS itu.

Ketika mereka bergelut itulah datang lebih dari sepuluh orang polis lagi, kata Ali, dan merentap Salahuddin, Ali dan Abdul Razak serta mencampak mereka ke atas jalan. Berdebuk-debak depa jatuh atas jalan. "Nasib baik kami tak mati kena langgar kereta," kata Ali.

Ketika itulah juga, polis-polis tu terus tolak-tolak Mat Sabu sumbat masuk kereta dan dibawa pergi.

Sunday, May 3, 2009

Himpunan & Konvensyen Kelab Penyokong PAS Kebangsaan 2009

Alhamdulillah, berkat usaha yang dilakukan oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat Yang Berhormat AF Ustaz Mujahid Yusof Rawa, serta YB Dr Halimah Ali selaku Timbalan LPN PAS Pusat dan Jawatankuasa Penganjurnya akhirnya keputusan untuk mengadakan Konvensyen ini telah dimuktamadkan iaitu pada tarikh 30hb Mei 2009 bersamaan hari Sabtu bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.

Himpunan dan konvensyen kali pertama ini telah memilih Selangor khususnya Kota Raja sebagai tuan rumah. Sebagai tuan rumah Kota Raja telah menubuhkan Sekretariat dan Jawatankuasa Kecil Perlaksanaan. Alhamdulillah segala persiapan sedang rancak diatur untuk menerima kehadiran kira-kira 500 peserta kovensyen pada kali ini.

Perasmian Konvensyen akan dilakukan oleh YAB Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan merangkap Mursidur Am PAS Pusat. Dewan Serbaguna Majlis Daerah Klang (MDK) telah dipilih sebagai tempat berlansungnya Konvensyen pada kali ini.

Surat-surat jemputan kepada negeri-negeri untuk menghantar wakil ke konvensyen ini telah mula di hantar oleh Puan Hajjah Kamariah selaku Setiausaha LPN PAS Pusat. Diharap setiap negeri dapat memberikan respon yang segera kepada penganjur.

untuk maklumat lanjut sila hubungi Sdr. Khairul Faizi 019-7701830 (Pengarah Program), Pn Hajjah Kamariah 016-3226159 (Setiausaha LPN PAS Pusat) atau Mohd Razif Maslan 013-3610603 (Timb. Pengarah Program/Kota Raja).

Lapuran terkini persiapan program ini akan disiarkan dari semasa kesemasa.

Friday, May 1, 2009

Ulamak vs Erdogen : label keluaran Umno

Membaca pelbagai penulisan serta ‘analisa politik dalaman Pas’ yang begitu rancak di sebarkan di media perdana sejak beberapa hari lalu amat menarik untuk di ulas. Ini ditambah pula dengan kerancakan mesyuarat kawasan-kawasan Pas yang sedang berlangsung di seluruh negara. Pokok utama perbincangan adalah mengenai pemilihan pucuk pimpinan parti yang bakal menerajui pimpinan Pas menjelang muktamar Pas yang ke-55 di Stadium Malawati, Shah Alam pada awal Jun ini, tulis YB Dr Syed Azman dalam blog beliau (ikuti tulisan beliau seterusnya)

Gambaran yang di paparkan adalah pertarungan sebenar aliran-aliran utama di dalam Pas, khususnya golongan pro-muzakarah yang di labelkan sebagai ‘kumpulan ulama’ dan pro-Pakatan Rakyat yang di labelkan sebagai ‘kumpulan Erdogan’. Isu ini kian hangat diperkatakan apabila adanya beberapa pertandingan di peringkat kawasan serta pencalonan untuk menerajui jawatan tertinggi didalam Pas.

Dua persoalan utama yang sering di perdebatkan serta dilemparkan kepada umum adalah; pertamanya, apakah Pas telah menggadaikan prinsip perjuangannya setelah menjalinkan kerjasama di dalam Pakatan bersama PKR dan DAP? Dan keduanya, apakah benar-benar wujud golongan pro-muzakarah yang di labelkan sebagai ‘kumpulan ulama’ dan pro-Pakatan Rakyat yang di labelkan sebagai ‘kumpulan Erdogan’ ?

Namun saya lebih berminat untuk mengulas kenyataan dua orang ‘tokoh akademik’ yang bergelar Profesor yang sering di beri liputan meluas untuk menyerang Pas terutama di saat adanya pilihanraya Umum, pilihanraya kecil maupun pemilihan parti Pas. Saya ingin merujuk kenyataan Prof. Dato' Dr. Zainal Kling mantan pensyarah Antropologi dan Sosiologi di Universiti Malaya dan Prof. Dr. Mohamad Mustafa pensyarah Undang-undang dan Sains Politik Universiti Utara Malaysia yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian minggu lepas.

Pertamanya Dr. Zainal Kling, seorang profesor yang terkenal dengan sikap ultra nasionalis serta sentiasa dilihat sebagai pembela Melayu/UMNO sejak sekian lama beliau menjadi pensyarah di Univeristi Malaya lagi. Beliau menyatakan bahawa keadaan kontradiksi antara dua puak didalam Pas iaitu golongan ulama dan golongan professional menjadikan suasana dalaman Pas sentiasa ‘tegang’ demi memenuhi cita-cita masing-masing.

Beliau menambah lagi bahawa “Pas terpaksa berlagak sekular dengan mengenepikan ideologi ketuhanan dalam Islam. Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah akui akan kerjasama dengan syaitan. Ini dapat di buktikan dengan jelas. Pas tidak lagi bercakap tentang negara islam tetapi hanya mempertahankan gagasan kemanusiaan dan kebajikan”.

Bagi beliau disebabkan pertentangan dalaman ini, Pas terpaksa berhadapan dengan tuduhan ‘hamba kepada idealogi sekular’ di semping terpaksa berkorban untuk mencairkan ideology Islam pada asalnya. Malah beliau menyatakan lagi bahawa; “Jika golongan ulama gagal menerajui kepimpinan tertinggi Pas bermakna ia akan merubah parti tersebut menjadi semakin secular. Pas juga akan dilihat sebagai sebuah parti ‘pelakon politik’ yang menggunakan islam sahaja”.

Manakala pandangan seorang lagi pensyarah, Dr. Mohamad Mustafa seorang profesor Undang-undang dan Sains Politik Universiti Utara Malaysia (UUM) juga dirujuk. Beliau juga terkenal sebagai seorang penganalisis politik tanahair yang lebih barsifat menjadi pembela Melayu/UMNO. Beliau menyatakan bahawa Pas akan mudah mengikut telunjuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) satelah kumpulan yang menyokong Datuk Sri Anwar Ibrahim berjaya menyingkirkan kumpulan Presidan Pas Datuk Sri Abdul Hadi Awang. Tambahnya lagi kewujudan puak yang menyokong Anwar ini akan menyebabkan Pas terbahagi kepada dua kumpulan dan berpuak-puak.

Malah beliau menyatakan bahawa; “mereka (PKR) telahpun menguasai Mursyidul Am Pas, Datuk Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat dan akan menjatuhkan Hadi Awang dan Timbalannya Nasharuddin Mat Isa kerana tidak bersependapat dalam isu gabungan Pas-UMNO pada Muktamar nanti. Tujuan utama golongan tersebut adalah untuk mewujudkan hubungan yang lebih erat antara Pas dan PKR, golongan itu berusaha untuk menguasai Pas demi kepentingan PKR dan seterusnya menuruti telunjuk PKR”.

Bagi saya adalah tidak mengejutkan sama sekali apabila kenyataan terbuka Datuk Dr. Zainal Kling seakan-akan senada dengan Dr. Mohamad Mustafa terhadap Pas. Bagi saya, memberi pendapat kedua-dua tokoh akademik pro-UMNO ini adalah lebih berbentuk kecaman negatif terhadap Pas. Adalah tidak sedikitpun menghairankan kerana mereka ini sudah sejak sekian lama membuat pelbagai ‘analisa akademik’ (?) dan melihat peranan Pas di dalam kancah politik tanahair dengan penuh sinis dan negatif. Kedua-duanya terkenal dengan sikap ‘ultra nasionalis’ dan sentiasa berpandangan ‘pro-UMNO’ hatta di dalam kajian akademik mereka sendiri.

Namum bagi saya adalah amat memualkan apabila kedua-duanya ada bergelar profesor boleh membuat kenyataan sedemikian rupa. Di manakah etika akademik yang mereka pakai apabila pandangan mereka ini lebih berbentuk ‘emosi kebencian’ terhadap Pas, begitu cetek dan tidak mempunyai daya akademik (scholarly) langsung. Apakah mereka mahu meletakkan daya pemikiran politik mereka setaraf dengan JKKK kampong dan tidak di hormati oleh masyarakat umum?

Amat malang jika seseorang profesor masih dalam kotak pemikiran lamanya mengenai perkembang semasa dan gagal memahami perubahan politik tanahair. Terlalu dangkal daya pemikiran Dr. Zainal Kling apabila menyatakan bahawa di manakah daya pemikiran mahasiswa yang mereka pimpin di menara gading selama ini yang sejak sekian lama di kongkong bagaikan anak-anak sekolah oleh AUKU dan pentadbir Universiti sendiri?

Yang nyata, Pas bukan sebuah parti politik murahan yang boleh diperkudakan oleh mana-mana pihak. Pas mempunyai organisasinya yang tersendiri dan setiap kepimpinan perlu patuh kepada displin dan adab-adab parti. Tidak timbul soal golongan pro-muzakarah yang di labelkan sebagai ‘kumpulan ulama’ dan pro-Pakatan Rakyat yang di labelkan sebagai ‘kumpulan Erdogan’.

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts