Sunday, May 31, 2009

YB Shuhaimi & Dr Mariah, buktikan mereka petani

Malam semalam ketika kami sibuk membuat persediaan expotani selepas Isya di Pejabat YB Dr Siti Mariah kami dijemput oleh YB dan suami tersayangnya Dr Hakim untuk menikmati makan malam yang disediakan sendiri oleh YB Dr Mariah. Perut lapar, YDP, Shamsul, Adam. Azman MH, Askolan, Jalil dan saya belasah saja lah apa yang dimasak oleh YB. Masa tu YB bagi tahu bayam yang dimasak tumis itu adalah dari Laman Dapur rumah beliau. Sedap ..... belasah ajelah 2 pinggan seorang.

Pagi ini sempena expotani alhamdulillah program ini mencapai sasaran sehinggakan kehadiran pengunjung yang diluar dugaan menyebabkan pendaftaran untuk mendapatkan starter KIT pertanian yang disediakan sebanyak 800 terpaksa dihentikan sekitar jam 11.30 pagi.

Perasmian majlis dilakukan oleh ADUN Sri Muda, YB Tuan Shuhaimi Shafie dan menceritikan juga bahawa beliau memang handal bercucuk tanam dan itulah aktiviti beliau walau pun dalam keadaan sibak.

YB Shuhaimi juga menerangkan bahawa Kerajaan Negeri ada menyediakan pinjaman pertanian berjumlah RM 10000 dalam bentuk peralatan pertanian.

Sementara itu dalam ucapan alu-aluan nya YB Dr Siti Mariah mahu menjadi kan Parlimen Kota Raja yang termasuk didalamnya DUN Sri Muda sebagai 'Kota Limau Kasturi' dimana setiap keluarga menanam limau kasturi. 'Dengan perancangan yang rapi dan teratur saya percaya Limau Kasturi akan menjadi tanaman yang berjaya di Kota Raja seterusnya dipasarkan secara sistematik nanti', katanya.

2 comments:

  1. When injustice becomes law, resistance becomes duty”….”Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes.”— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary

    let us rejoice while not forgetting there are still 14 ISA detainees let in kamunting as we speak. we are proposing a more drastic actions, capitalizing najib fears of more PRK, fear of losing the faith of the rakyat, to maintain people’s perception that he is still in power. join us in our quest to push the Pakatan Leaders to be willing to threaten the government into releasing more ISA detainees.

    Good day to all,

    We would like to invite you to our blog "Misi Membebaskan Tahanan ISA" to push the the PAS/PKR leaders to step forward and offered 2 ADUN/Parliamentary seats up for resignation as a way to threaten the govrnment into releasing more ISA detainees. Details of the strategy can be followed here:

    "Blog Bebaskan Mereka"We would appreciate it if you drop by and sign our petition as well."Online Petition"Justice for all.


    salam perjuangan sahabat-sahabatku,

    mohon kehadiran saudara ke blog kami "Misi Membebaskan Tahanan ISA" dengan mendesak agar pimpinan PAS/PKR menunjukkan keikhlasan dengan berani menawarkan letak jawatan kerusi ADUN/PARLIMEN sebagai ugutan kepada pihak kerajaan.

    sila lawat: "Blog Bebaskan Mereka"seterusnya, mohon menandatangani petisyen kami di:

    "Online Petition"JZK

    ReplyDelete
  2. Lebih elok andainya di kiri kanan jalan di Kg Jalan Kebun ( Orchard Road) dijadikan nurseri bunga seperti yang dimiliki oleh peniaga asing di Sungai Buloh.

    Jalan Kebun sudah sinonim dengan pertanian, manakala Mardi pula ada sebagai pusat rujukan tani. Peluang pekerjaan akan terbuka, ekonomi penduduk akan meningkat dan PR akan dilihat lebih cerdik dalam membela bangsa yang masih ketinggalan dalam bidang ekonomi. Kebijaksanaan kita mengeksploitasi Jalan Kebun boleh mencetus satu perubahan baru dalam sektor pertanian. Beratus nurseri bunga boleh diwujudkan dan akan menjadi lokasi pelancongan yang mampu menarik pelancong luar negara. Saya berdoa ia dapat dilaksanakan - sesuatu yang tak pernah difikirkan oleh UMNO selama ini. Sudi-sudilah ke blog saya YB.

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts