Sunday, May 30, 2010

2. DHPP - Dalam Konteks Politik Semasa Di Malaysia (bhg 2)

 
C. DHPP Sebagai Alternatif Baru


Keahlian dalam dewan yang dinyatakan sudah melepasi jumlah 20,000 adalah sesuatu yang memernjatkan berbanding dengan beberapa ketika terdekat sebelum ini. Ini bermakan Biro perhubungan Kaum PAS begitu berjaya memcahkan tahyul binaan UMNO yang dibina menghadang PAS dari kaum India ini. Sikap terbuka dan professional kaum India ini adala carta baru dalam sejarah politik Malaysia.


PAS telah memberi jaminan keadilan dan kebaikan kepada Bukan Islam dengan merujuk kepda perintah Allah SWT dalam surah al-Mumtahanah ayat 8 bermaksud:

Allah tidak melarang kamu mengenai orang-orang yang tidak memerangi kamu dan tidak mengeluar [menjalau] kamu dari kampong halaman kamu, dari berbuat kebaikan dan berlaku adil kepd mereka, sesungguhnya allah sukankan mereka yang adil

Hal ini telah dirakamkan dan didokumenkan dalam ucapan dasar Presiden PAS dalam muktamar ke 55 PAS di Shah Alam pada 5-7 Jun 2009 yang lepas Ini juga merujuk kepda kenyaaan sejarah dunia bahawa Islam pernah mempunyai prestsi sedemikian. [rujuk butiran 64 Ucapan Dasar.]. Jika PAS tidak menunaikan hal ini, bermakna mereka [ahli-ahli PS] adalah bermunafik dengan Allah SWT. Maka tentunya laknat Allah ke atas mereka.

Rata-rata mereka yang ditemui dari kalanagan DHPP ini adalah berpendapat keulamakan dan kewarakan para ulamak PAS membuatkan mereka selesa berlindung di bawah PAS. Mereka mempunyai identiti yang unik iaitu `Kelab Penyokong’ dalam PAS, dengan tidak terus berstatus keahlian, tidak seperti mana mereka menyertai PKR atau DAP . Identiti unik ini menunjukkan mereka adalah unik atau istimewa dalam PAS. Apatah lagi bila mereka di jadikan sayap kepada PAS dari sudut carta organisasi, maka identiti tersendiri mereka semakin terserlah. Aspek-aspek `demokratik’ dan `keadilan’ untuk mereka dijaga dan dipantau oleh DAP dan PKR sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat.

Status penyokong pula menguntungkan mereka kerana mereka tidak mempunyai obligasi ideologi dan tanggungjawab keagamaan Islam. Sebaliknya mereka menikmati keistimewaan-keistimewaan `zimmah’ [pertanggungjawaban] dari kerajaan Islam. Perlindungan agama, nyawa, akal, harta, dan maruah adalah jaminan oleh Islam. Dengan itu mereka akan dapat menumpukan pemulihan kedudukan kerakyatan, sosial dan ekonomi mereka secara terfokus. Pengkhianatan dari orang-orang Islam atau Melayu dijamin tidak akan berlaku oleh Islam itu sendiri , bukan oleh orang Melayu semata-mata.

Dalam Konvension Nasional Kelab Penyokong PAS 2009 di Kelang pada 30 Mei 2009 yang lepas, yang bertema `Stay United, Brave the Challenges’ [Berdiri Teguh Menempuh Cabaran], satu resolusi telah dikeluarkan. Resolusi itu telah menetapkan beberapa perkara berikut:

[1 ] Memperkukuhkan struktur DHPP diperingkat negeri dan kawasan-kawasan.

[2] Menyediakan database lengkap keahlian DHPP di semua peringkat .

[3] Menyelaraskan aktiviti DHPP dengan LPN negeri dan kawasan-kawasan.

[4] Menegaskan keperluan kepimpinan PAS melibatkan aktiviti DHPP sebagai sebahagian aktiviti parti.

[5] Menyediakan tapak yang kukuh untuk tranformasi DHPP menjadi sayap penting parti yang diiktiraf dalam perlembagaan parti.

Jika resolusi itu menjadi realiti dalam progress pembangunan DHPP ini, maka semakin lengkaplah sifat Islam yang berupa `rahmatan lil`Alaminn’ [ rahmat kepada sekelian alam]. Melalui dimensi ini, ahli-ahli PAS akan dapat membuktikan dan melaksanakan sifat universal Islam. Orang-orang bukan Islam juga akan merasai nikmat Islam. Begitulah tradisi yang telah diwariskan oleh Rasulullah SAW untuk Muslim mempraktikkannya sebagaimana Rasulullah SAW melakukannya di Madinah. Jika Malaysia di perintah oleh UMNO, realiti ini tidak berlaku kerana orang-orang bukan Muslim tidak akan menepati maksud Ahli Zimmah kerana ketidakislaman dasar dan sifat Negara Malaysia itu sendiri di bawah BN/UMNO. Hakikat yang ada ialah UMNO menjadi `zimmah’ kepada Nasionalism.

D. Tugas dan Masa Depan

Tanggungjawab PAS ditahap ini ialah seperti kata-kata / ucapan presiden PAS dalam ucapan dasar Muktamar ke 55 parti itu dalam butiran 62 berbunyi:

…maka program orientasi khusus dan umum kepada ahli kelab [kelab Penyokong] mestilah dilaksanakan untuk memberi kefahaman yang jelas mengenai perjuangan PAS.

Perkara di atas dikaitkan sebagai prasyarat sebelum mereka [ahli KPP] diletakkan sebagai sayap PAS [lihat butiran 63. juga 62 ucapan Dasar]

Artikel ini berpendapat beberapa tindakan berikut perlu diambil di peringkat awal sebagai mengisi maksud petikan ucapan Presiden PAS di atas:

[1] AJK-AJK Lajnah Perpaduan Nasional PAS di semua peringkat hendaklah memahirkan diri dengan beberapa prinsip dan falsafah tinggi Hinduism dan Konfusiunism, malah doktrin-doktrin prinsip Kristian untuk mengelak sikap prejudis dan antagonisik tanpa rasional ahli PAS.

[2] Membina sikap bersetia kepada agama untuk semua masyarakat yang bukan beragama Islam, di samping sikap terbuka kepada `dialog Tamadun’ [bukan dialog akidah] bagi sama-sama mendokong cita-cita Negara yang berteologi dengan dipimpin oleh politik berteras Islam kerana kewujudan doktrin politik dalam Islam.

[3] Memanfaatkan matapelajaran `Tamadun Islam ‘ dan `Tamadun Asia’ di kolej-kolej dan universiti-universitu sekarang dalam memahami konteks dan aplikasinya kepada masa depan Malaysia. PAS mestilah menjuarai kefahaman itu secara gunaan . Misalnya memberi kredit yang tinggi bagi bakal-bakal penjawat di bawah kuasa kerajan PR bagi mereka yang mempunayi kelulusan yang baik dalam matapelajaran tersebut.

[4] Menjadikan PAS Kota Raja sebagai model dan projek perintis pemerkasaan KPP dalam usaha menjadikan rujukan untuk kawasan-kawasan lain di seluruh Malaysia. Peruntukan khusus oleh PAS Pusat diperlukan untuk kos projek.

E. Kesimpulan / Penutup

Ahli-ahli PAS mestilah melihat agenda ini dengan secara berjiwa besar atau berskala makro. Ia bukan sahaja sebagai sebagai agenda politik, tetapi sebagai makenisma dakwah. Ia tidak bermaksud proses indoktrinasi dan tukar agama, tetapi lebih bermaksud melaksanakan Islam yang bersifat universal dan sejagat. Sifat Islam yang dinamik dibuktikan dengan menjadikan orang-orang bukan Islam juga menerima rahmat yang dibawa oleh Islam melalui jihadiah [usaha-usaha ] PAS.
Komponen-komponen dalam PR mestilah melihat ini sebagi hak dan kebebasan rakyat Malaysia.

Dari segi politik, ia adalah poses pemerkasaan Pakatan Rakyat itu sendiri secara demokratik. Kemuncak dalam pencapaian politik dari tindakan ini ialah sebuah tamadun baru bermodelkan tamadun Islam lampau yang berkomposisi warga dengan berbagai agama dan bangsa. Ia sebagai bakal ganti [in waiting] kepada tamadun Eropah yang sedang nazak sekarang. Malaysia boleh menjadi pemudahcara kepada agenda ini.

Dalam kesimpulan Ucapan Dasar PAS pada Muktmar ke 55 PAS, Presiden ada menyebut: [Arahan ini [supaya semua ahli menjadi `Bunyan Marsus – bangunan kukuh] juga termasuk memperkukuhkan Kelab Penyokong PAS sehingga kebersamaan mereka dalam perjuangan PAS dapat terus diperkasakan. [ Rujuk Buku Ucapan Dasar m. s 34 – Kesimpulan - butiran [1]] :

Dengan itu `perpaduan’ PAS dengan orang-orang bukan Islam kini mempunyai wadah baru. Ia bukan setakat melalui keahlian mereka dalam DAP dan PKR yang membentuk Pakatan Rakyat, malah menjadi organ PAS sendiri. Kerjasama dengan UMNO tidak perlu di atas platform parti. Ia boleh dilakukan melalui mekanisma kerajaan dengan kerajaan atau agensi Kerajaan Pusat dengan agensi yang dikuasai oleh Kerajaan Negeri di bawah PR.

Kerajaan Pusat seharusnya menulis di papan-papan tanda projek dengn prasa `Satu Lagi Projek Kerajaan Pusat’, bukannya dengan berbunyi `Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional’. Jika sedemikian, maka barulah wujud perpaduan. Seharusnya tindakan Kerajaan Kelantan menulis `Satu Projek Kerajaan Kelantan’ [bukan Projek Kerajaan PAS atau PR] seharusnya ditiru oleh Kerajaan Pusat. Jika kelab Penyokong PAS dapat memahami isu ini, sudah tentu mereka akan memperkasakan lagi Kelab ini. Ini adalah kerana mereka juga adalah sebagai pembayar cukai untuk hasil negara atau Kerajaan Malaysia.. Adalah mereka membayar cukai, tanah dan kereta kepada UMNO / BN?.

Wallahu a`lam : 


Dr. Yaacob Yusoff Awang (Dr. Yahya)
Moderator Diskusi 
Lajnah Perpaduan Nasional & DHPP
PAS Kawasan Kota Raja

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts