Assalamualaikum, Salam sejahtera & Salam Perjuangan
Saya telah berada di Sibu bermula pada hari jumaat 7 Mei 2010 sehingga 17 Mei 2010 untuk membantu kempen Calon Pakatan Rakyat dari DAP yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Sibu.
Hari ini masuk hari ke 4 jentera Pilihan Raya PAS dari Semenanjung, PAS Sarawak dan parti-parti komponen Pakatan Rakyat berkempen menemui pengundi untuk memenangkan calon DAP.
PAS diamanahkan untuk menjaga dua Daerah Mengundi (UPU), Datu Nyabor dan Ilir Nangka, di dalam DUN Nangka. Jumlah pengundi di kedua DM ini ialah 5,721 pengundi di 23 lokaliti. Lokaliti ini adalah kawasan Melayu. Markaz PAS terletak di Kg Dato. Sambutan hebat kepada kehadiran PAS oleh orang Melayu di sini sungguh tidak kami sangkakan. Malah dengan kehadiran PAS, BN (PBB) sudah gelabah dan telah mendirikan beberapa bilik gerakan di Ilir Nangka. Kehadiran PAS membawa tuah kepada penduduk di sini kerana pelbagai program dilakukan utk mengambil hati rakyat. Malah semalam sebuah jalan dalam kawasan ini sudah mendapat turapan baru. Petang tadi para wanita pula mendapat habuan secara terbuka apabila menghadiri program BN.
Petugas HalWa PAS setakat mampu menziarah sambil berkempen dan tidak dapat memberi apa-apa bantuan kepada yang memerlukan. Sesetengahnya dengan secara terbuka meminta bantuan tetapi akan daya PAS hanya mampu menyumbang tenaga. Cuma rasa terkilan tidak dapat memberi bantuan kepada yang memerlukan. Bukan bertujuan untuk mendapat undi tetapi atas sifat ehsan sesama kita.
Kami merancang untuk mengadakan beberapa program khususnya "Program Mesra Rakyat" tertentu di DUN Nangka. Kami juga ingin memberi bantuan kepada sesetengah rakyat yang masih hidup serba kekurangan di sini.
Namun perbelanjaan untuk menampung penganjuran program-program tersebut bagi menarik para pengundi menyokong calon kita amat diperlukan.
Oleh yang demikian saya MERAYU kepada seluruh ahli PAS dan Pakatan Rakyat di seluruh negara yang istiqamah dalam perjuangan ini agar dapat menghulurkan sumbangan kewangan agar program-program yang dirancang dapat dilaksanakan secepat mungkin.
Sumbangan juga amat diperlukan untuk membiayai kos pengangkutan pengundi pada 16hb nanti.
Sumbangan boleh dimasukkan terus ke akaun : MAYBANK : 5627 4005 1315 (SITI MARIAH BINTI MAHMUD)
Untuk ketelusan saya akan keluarkan statement jumlah yang diterima dan akan disiarkan dalam blog ini nanti.
Sebagai Motivasi saya teringat pesanan Tok Guru "Duit yang ada dalam poket dan dompet kita belum tentu jadi hak kita .... tapi duit yang kita dermakan atau infakkan ke jalan Allah sudah tentu jadi hak kita d iakhirat nanti"
Sumbangan dan pengorbanan saudara saudari dalam perjuangan ini saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih, moga Allah SWT menerima amalan-amalan kita.
Dr. Siti Mariah Mahmud
Insya Allah. Kami akan berikan sumbangan setakat termampu. Semoga Allah memudahkan segalanya.
ReplyDeletesalam
ReplyDeletesaya baru transfer rm200 ke acc YB.
kajang
Salam YB, minta maaf kerana saya tak dapat membantu kali ini dan masa masa yg akan datang. Rupanya PAS banyak duit, boleh labur sampai 4 juta utk jatuhkan org. Kita kutip duit org susah semasa ceramah dgn harapan utk jihad tapi duit tu digunakan utk benda yg bukan bukan. Kerana duit itulah esok kita akan dpt seksa diakhirat bukannya pahala.Insaflah wahai YB, jgn kita kutip duit org atas dasar perjuangan konon. Nak duit pergi bantai duit balak di Kedah, Kelantan, Selangor, jgn minta kat kami lagi
ReplyDeleteSalam Anon 5.28pm
ReplyDeleteSimpan lah duit tu baik-baik
Umno pun sebagai pemerintah telah memberi penghargaan kepada semua pengundi yang mengundinya dalam PRU yang lalu dah luluskan Judi Bolasepak Woldcup khas untuk anda semua, kami tak campur.
Jangan pulak sebab Umno dah HALAL kan JUDI kamu ikut BERJUDI pula.
Sedekahlah pada Surau berhampiran, biar bila banyak duit boleh buat banyak majlis Ilmu & ajak-ajak lah masyarakat setempat turun solat berjemaah dan mendengar majlis Ilmu, kot nasib baik ada Ust yang boleh ulas pasal JUDI yang Umno luluskan ni lagi bagus.
Anon pun bolehlah bersoal jawab dgn ust tu.