Tidak dapat dinafikan, PAS memain peranan penting dalam kemenangan Pakatan Rakyat di Sibu. Hasil yang paling jelas adalah kenaikan undi kaum Melayu-Melanau kepada DAP yang begitu baik sekali. Tanpa kenaikan undi Melayu-Melanau ini, nescaya DAP tidak dapat memenangi kerusi SIbu memandangkan majoriti DAP yang begitu tipis (398 undi).
Hakikatnya, apabila PAS-PKR-DAP bersatu hati dan tenaga, maka kerusi sukar seperti Sibu pun PR boleh rampas. Pokoknya adalah apa pun perbezaan pendapat, harus diingat siapa musuh. Prioritas mesti diberikan kepada mengalahkan musuh dan bukannya perbezaan sesama sendiri. Manusia ni rambut sama hitam, hati lain-lain. Mana mungkin sentiasa aman, sedangkan lidah lagi tergigit.
Kesatuan tindakan dan strategi ini mengingatkan saya pada Pilihanraya Kecil Lunas. Apabila ketiga-tiga parti bersatu hati dan bekerja sama, maka sekuat mana BArisan Nasional pun, pasti akan kalah, inshaalah.
Mungkin itu juga faktor mengapa berlaku kekalahan pada PRK Hulu Selangor. Saya mendapat maklumat koordinasi serta pergerakan jentera tidak dijalankan dengan sebegitu baik berbanding Sibu. Kalau jentera PR Hulu Selangor sebaik di Sibu, saya yakin BN/MIC telah tumbang di Hulu Selangor.
Saya ingin memberi sepenuh pujian kepada Tuan Guru Haji Hadi Awang, Presiden PAS yang bukan sahaja datang di hari akhir kempen, tetapi telah memulakan ucapan beliau dengan ucapan pembukaan dalam bahasa Mandarin.
Juga kepada SU Agung, Dr Siti Mariah, Khalid Samad, Dr Hatta Ramli, Nizar dsbnya yang bertungkus lumus memberi kerjasama dan dokongan serta sokongan.
Juga, tidak lupa jasa Khalid Samad, Dr Siti Mariah, Mujahid dan Nizar dll yang keluar masuk gereja dan bertemu paderi2 untuk menerangkan tentang kemuliaan serta kecantikan Islam. Akhirnya, golongan paderi di Sarawak mendapat gambaran sebenar berkenaan PAS dan bukannya dari pihak ketiga (BN).
Islam itu cantik, dan kalau kita tidak terang Islam yang sebenar sesiapa pun tak akan tau akan kecantikan Islam.
Pujian juga kepada kedua-dua Naib Presiden yang bertungkus lumus pergi rumah ke rumah di Sibu. Tak lupa juga saudara Firdaus yang mewakili Pemuda. Pemuda PAS juga memain peranan yang begitu penting di sana.
Kita juga melihat “skill” Cikgu Wan Rahim di dalam menyusun jentera pilihanraya. Saya mendapat maklumat dari orang-orang yang rapat dengan arwah Ustaz Fadzil, Cikgu Wan Rahim adalah rujukan utama Arwah di dalam hal-hal pilihanraya.
Malahan, kalau dalam bab untuk tahu satu kerusi itu menang atau tidak, maka Ustaz Fadzil akan tanya Cikgu Wan Rahim dahulu. Biasanya jangkaan beliau tepat sampai ke tahap bilangan majoriti. Saya tak paham kenapa PAS Pusat tidak melantik Cikgu Wan Rahim mengetuai Jabatan Pilihanraya PAS Pusat. Beliau lebih dari layak untuk mengetuai JPP dengan pengalaman dan ilmu yang beliau ada. Rugi pada mereka yang tak sempat berguru ilmu pilihanraya.
Misal lagi satu apabila orang semua berkata undi MElayu turun kepada PAS di Bukit Gantang, Cikgu Wan Rahim sahaja yang kata tidak. Beliau kata kalau dilihat dengan jumlah undi, tidak jauh beza antara 2008 dengan waktu Pilihanraya kecil. Itu bagi saya satu petunjuk betapa hebatnya ilmu pilihanraya Cikgu Wan Rahim. Dalam analisa keputusan pilihanraya, kita kena tengok jumlah undi, bukan peratusan undi.
Maka, saya suspek undi BN yang bertambah itu tidak lebih dari undi hantu. Perkara yang sama juga berlaku di Hulu Selangor. Dari segi jumlah undi, rata-rata tidak jatuh banyak dan ada UPUdi Hulu Selangor yang jumlah undi Melayu bertambah. Namun, yang herannya undi BN/MIC pula naik mencacak-cacak. Jangan tertipu dengan peratusan bila kita menganalisa keputusan pilihanraya.
BN KALAH KERANA SIKAP MEREKA YANG BENCI BUKAN ISLAM UNTUK TAMBAH UNDI MELAYU
Saya percaya, undi dari mereka yang beragama Krisitian dari golongan Cina adalah sebab utama melonjakknya undi Cina kepada DAP berbanding 2008. Lonjakan ini saya berani kata ada kaitan dengan usaha yang dilakukan oleh pimpinan2 PAS bersama para paderi dan ahli2 gereja.
Sumber : Tulang Besi
tahniah dap kafir harbi laknatullah yang menentang negara Islam menang dengan bantuan parti yang kononnya memeprjuangkan Islam
ReplyDeleteharap Dr Mariah jengok kawasan... jangan senyap je....
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSatu set back yang ana nampak di dalam kebanyakan tulisan pimpinan PAS berkenaan PRK Sibu, tidak langsung menyentuh PAS Sarawak itu sendiri. Bagi ana, walaupun hanya sempat berkampung di Sibu lima hari sehingga hari pengundian berakhir, satu lonjakan bagi PAS Sarawak di mana ramai petugas2 PAS Sarawak yang hadir menginfaqkan diri. Ana mengira lebih daripada 70 petugas-petugas daripada PAS Sarawak sendiri yang datang dari seluruh pelusuk Sarawak, Miri, Bintulu, Sibu, Sarikei, Mukah, Kuching. Element ini ana merasakan perlu dilihat oleh kepimpinan PAS untuk mengekalkan momentum dan menambaj extasy bagi memenangi Pilihanraya Sarawak yang akan datang..
ye la tu.
ReplyDeletesebahagian besar masa saya adalah dalam kawasan kecuali apabila menjalankan tugas parti (seperti semasa PRK), menghadiri parlimen atau bercuti. kalau saya tidak ada pun wakil-wakil saya sentiasa mewakili saya. kalau ada masalah dan rungutan pejabat saya sentiasa memberi respon kecuali kalau maklumat tak sampai kepada kami.
ReplyDeletePejabat saya dibuka 5 hari seminggu seperti pejabat-pejabat kerajaan yang lain. Hujung minggu dihabiskan bersama program-program yang dianjurkan oleh rakyat.
No telefon saya 019 236 1889
No Pejabat saya 03 5161 9000
t kasih atas ingatan.
dr siti mariah mahmud
PAS Miri,
ReplyDeleteYa saya bersetuju dengan komen saudara. Memang kerjasama daripada PAS Sarawak, Pemuda dan Muslimat Sarawak di dalam PRK sungguh membanggakan.Sudah tentu pimpinan yang turun tidak dapat melaksanakan tugas dengan baik tanpa anda semua.Biasalah manusia nampak yang zahir sahaja. Padahal banyak kerja-kerja seperti berkempen dari rumah ke rumah (muslimat selangor, kelantan, sarawak, melaka), logistik, menggantung poster, memasak, menjaga keselamatan, merayu undi dihari mengundi dan melaksanakan program-program sukaneka (LPD DMPP, Sdri Aiman Athirah dan adik-adik nisa') -semuanya mempunyai peranan dan impak tersendiri yang turut memberi kesan kepada gerak kerja keseluruhan PAS. Mereka inilah sebenarnya the "unsung heros and heroines" yang tidak disebut-sebut. Yang pastinya kalian insyallah mendapat ganjaran daripada Allah SWT dan lebih ikhlas kerana tidak mengharapkan apa-apa daripada sesiapa.
Saya cemburu dengan anda semua kerana tidak di sebut-sebut dan saya malu pada diri sendiri dan kepada Allah SWT kerana kerja saya yang tidak seberapa di sebut-sebut orang. Semoga masih ada lagi baki ganjaran pahala untuk hari akhirat.
Syabas kepada semangat dan ukhuwwah yang hebat. Insyaallah kita berjumpa lagi bila PAS Sibu dilancarkan.