Sunday, May 23, 2010

PAS kini punya 20,000 ahli DHPP

Salhan K Ahmad
Mei 23, 10
1:52pm
Seramai 20,000 anggota Kelab Penyokong PAS hari ini 'dinaiktaraf' sebagai anggota PAS sepenuhnya melalui penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Ketua penerangan parti itu Idris Ahmad berkata, anggota dewan tersebut kini berpeluang untuk menghadiri muktamar parti sebagai ahli perwakilan bagi mengikuti mesyuarat.

"Tapi untuk mengundi dalam pemilihan parti belum lagi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, dewan yang dibentuk itu akan menumpukan usaha penerangan dasar parti melalui program dialog dan ceramah.

Jelasnya, usaha itu penting bagi menangkis tohmahan yang dilemparkan BN.

Katanya lagi, tohmahan yang digembar-gemburkan melalui media kawalan BN terhadap parti itulah yang menimbulkan persepsi negatif di kalangan orang bukan Islam terhadap PAS.

"Kalau dulu mereka jalankan aktiviti atas nama kelab penyokong sahaja tapi sekarang mereka akan dapat jalankan aktiviti (dengan) lebih terarah dan tersusun.

"(Fokus) mereka, terangkan dasar PAS dan pecahkan tembok yang memisahkan PAS dengan orang bukan Islam.

Pelancaran dewan tersebut pagi ini disempurnakan oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Serbaguna Pejabat Tanah dan Daerah Klang.

1 comment:

  1. Sebagai ahli adalah tidak adil jika mereka tidak dibenarkan mengundi dalam pemilihan parti.Seharusnya mereka mempunyai hak sebagaimana ahli-ahli yang lain untuk mengundi atau menjadi calun didalam parti.Manatau dengan ini pendekatan Islam yang dibawa oleh parti akan dapat mempengaruhi mereka didalam parti dan seterusnya menjadi pemimpin parti yang berwibawa demi meneruskan kesinambungan perjuangan pemimpin-pemimpin sekarang yang ketandusan pengganti yang berkaliber dan berdaya saing yang tinggi.

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts