Sunday, May 16, 2010

Menepati slogan "PAS FOR ALL"

Dalam PRK Sibu ini PAS benar-benar telah menunjukkan kepada umum bahawa Parti ini menepati slogan "PAS FOR ALL" bila mana penerimaan masyarakat pelbilang kaum dan agama terhadap agenda dan perjuangan parti dan kerjasama bersama Pakatan Rakyat dapat diterima oleh semua.

PAS yang mempunyai Jentera dan petugas paling mantap di Sibu benar-benar disenangi oleh semua pimpinan PR.

Masyarakat Iban dirumah-rumah panjang yang dikunjungi juga amat menyenangi kehadiran petugas-petugas PAS.

Semalam kira-kira jam 10.00pg rombongan Jentera PRK Sibu PAS bersama Dr Hatta Rami MP Kuala Krai,  Dr. Rani ADUN Meru dan YB Dr Siti Mariah telah membuat kunjungan hormat kesebuah rumah panjang dan kehadiran kami amat disenangi oleh masyarakat tersebut.
Laluan sudah dibuka, PAS Serawak diharap meneruskan agenda parti.

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts