Friday, March 11, 2011

Sambutan 3 Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat

Parlimen Kota Raja 10.03.2011 ~ Sambutan 3 Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor yang diadakan pada malam semalam bertempat di Dewan Sukan Andalas telah berlansung dengan jayanya.

Ramai pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Exco DAP Selangor Ronnie Liu, Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud, Exco merangkap ADUN Sri Andalas Dr Xavier, ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiee. ADUN Sekinchan, YDP PAS Kawasan Kota Raja dan lain-lain.

Tahniah kepada penganjur dan semua petugas yang bertungkus lumus menjayakan program ini walau pun terdapat banyak halangan dan rintanga yang dihadapi.

Wednesday, March 9, 2011

Buruknya kelakuan mereka

Membakar Banner Program Sambutan 3 Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor oleh pihak-pihak tertentu seperti yang anda semua dapat lihat diatas adalah sabotaj dari orang yang berhati paling mulia dalam dunia. Banner asal klik sini

Kita tidak perlu menyebut siapa tapi melihat kelakuan ini adalah merupakan perbuatan terdesak dan paling terkutuk oleh pihak-pihak tertentu. Kita jangan menuding jari kepada sesiapa tetapi anda semua boleh menilai ini kerja siapa.

Bagus juga kalian berkelakuan begini kerana ini lah wajah sebenar kalian yang dipertontonkan kepada umum dan rakyat akan menilai sendiri betapa buruknya kelakuan anda.

Apa pun sabotaj yang dilakukan program tetap diteruskan dengan jangkan ribuan rakyat Selangor tetap akan hadir pada program ini.

Semua Rakyat Selangor patut hadir termasuk orang yang membakar dan mensabotaj program ini.

Saturday, March 5, 2011

Benarkah 80% pengundi India sokong BN di Merlimau

Pas dan Pakatan Rakyat telah mencuba habis-habisan untuk memastikan kaum India kekal memberi sokongan keapada Pakatan Rakyat sehingga PRU 13 akan datang. Ini penting supaya lebih banyak kebaikan, kebajikan kaum ini terbela dibawah kerajaan PR. 

Mereka telah memberi peluang lebih 50 tahun kepada BN untuk membela nasib mereka tapi selepas tsunami PRU 12 barulah BN nampak perlunya pelbagai kemudahan diberikan itu pun setelah melihat dengan mata kepala sendiri betapa terbela nya nasib kaum India di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Sementara itu Bernama melapurkan sebentar tadi bahawa Naib Presiden MIC, Datuk Dr. S. Subramaniam yakin 80 peratus pengundi kaum India di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau akan memberi sokongan kepada Barisan Nasional pada hari pengundian esok.

Katanya, beliau telah berjumpa lebih 70 peratus pengundi dari kaum tersebut setakat ini dan MIC berpuas hati dengan respons yang diberikan.

Kita sama-sama tunggu jawapan nya esok.

Friday, March 4, 2011

Najib masih berteka-teki

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menolak kemungkinan pilihan raya umum awal akan diadakan dengan cakap-cakap ia bakal diadakan tahun ini.

Bagaimanapun kata Najib, beliau tidak memerlukan mandat baru menerusi pilihan raya umum ke-13 untuk meneruskan pembaharuan seperti memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Dalam temu bual dengan Reuters sempena lawatan ke Australia hari ini, Najib berkata, prestasi yang baik pada pilihan raya negeri Sarawak akan membantu tanggapan orang ramai dan kemungkinan memberikan petanda ke arah pilihan raya umum awal.

Mandat semasa kerajaan pusat hanya berakhir April 2013.

Di DUN Sarawak, BN kini memiliki 63 daripada 71 kerusi.

Najib, yang perikatan pimpinannya BN menyaksikan prestasi buruk tiga tahun lalu, berjanji untuk memulihkan keyakinan pelabur di Malaysia dengan melaksanakan pembaharuan termasuk memperkenalkan cukai tertangguh berganda.

Ketika pilihan raya umum 8 Mac 2008, Najib adalah timbalan perdana menteri. Beliau menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri pada April 2009.

“Ia persoalan mengenai penilaian di akar umbi, bagaimana rakyat fikir tentang kerajaan, sama ada kita boleh ada faktor rasa selesa dan rakyat ada keyakinan ke atas kerajaan dan kedudukan pembangkang.

“Saya tidak menolak apa jua kemungkinan. Kemungkinan awal atau kemungkinan kemudian. Saya masih menilai situasi. Sarawak akan menjadi sebahagian daripada penilaian (saya), sudah pasti,” kata Najib yang juga pengerusi BN.

Najib merujuk kepada kejayaan BN dalam empat daripada lima pilihan raya kecil yang lalu, mengatasi Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang turut berhadapan dengan kes liwat keduanya.

BN berhadapan dengan dua pilihan raya kecil serentak iaitu DUN Merlimau dan Kerdau dengan pengundian pada Ahad ini.

“Setakat ini ia (kedudukan, sokongan) nampak baik. Setakat ini laporan dari lapangan agak menggalakkan tetapi kami tidak boleh memandang ringan, kerana pembangkang akan lebih bersungguh-sungguh kali ini untuk menerokai laluan di Sarawak,” katanya.

Menurut beliau perkembangan itu adalah usaha ke arah membentuk keyakinan menjelang pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun Najib mengakui bahawa pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri bukan segala ukurannya jika mengambil kira keputusan akhir pilihan raya umum.

Thursday, March 3, 2011

JOM tangkap penaja mee segera

Mari kita perangkap dan tangkap Umno dan koncu-koncunya dalam Barisan Nasional.

Di Melaka yang berketuakan Ali Ketam yang terang-terang telah membeli Undi dengan memberi sogokan wang kepada para perwakilan Umno semasa Pemilihan Agung Umno (PAU) yang lalu sehingga jawatankuasa pemilihan menyingkir beliau dalam pemilihan tersebut, anda boleh bayangkan suasana di Merlimau sudah pasti tidak jauh bezanya kerana beliau masih orang yang sama.

Sementara itu Umno-Barisan Nasional dikesan semakin rancak terus berusaha memancing undi daripada penduduk di kawasan DUN Kerdau dengan menghulurkan bantuan 'projek mee segera' dalam pelbagai bentuk dari yang kecil hingga besar termasuk projek pembangunan.

Munurut TITM selaku Pengarah PRK Kerdau beliau melihat satu dua hari ini kda beberapa tempat yang menjadi tumpuan dengan tawaran-tawaran dengan projek yang turun kemudian bantuan-bantuan yang diberi kepada pengundi dalam bentuk hamper makanan dan sebagainya.

Diharap unit khas PAS "Skuad Kemera" yang dilancarkan oleh Pengarah JPP PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman baru-baru ini dapat mengumpul kan seberapa banyak bukti supaya perangai buruk Umno boleh ditelanjangkan kepada umum tidak saja pada kedua-dua PRK ini tetapi juga pada Pilihanraya Umum 13 akan datang selain membantu SPRM dan SPR bahawa ada eleman sogokan dan rasuah dalam PRK ini dan menangkap serta mendakwa mereka-mereka yang terlibat tidak kira Menteri atau Ketua Cawangan.

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts