Wednesday, April 11, 2012

Sokongan India kepada PAS/PR : Najib dan Noh Omar silap besar

Perkarangan Pejabat PAS Kota Raja - Empat tahun yang lalu tercatat sejarah bagaimana orang-orang India berkumpul hampir 10,000 orang di Perkarangan Pejabat PAS Kota Raja mendengar Ceramah ketika itu  oleh DSAI. Puncanya Umno dan Barisan Nasional serta polis menghalang ceramah di dewan Hokian Klang anjuran Hindraf.

Selepas pembubaran Parlimen pada PRU ke 12 yang lalu, tempat ini menjadi catatan sejarah bila menjadi tumpuan seluruh masyarakat India memberikan sokongan padu kepada PAS Kota Raja, Selangor dan Negara secara keseluruhannya.

Ketika itu mereka memberikan sokongan yang amat luar biasa kepada PAS. PAS Kota Raja mengambil inisiatif dengan mengumpulkan mereka dan mendaftar mereka sebagai Ahli Kelab Penyokong PAS. Pada ketika itu lebih 1500 orang dapat dikumpulkan, dan kedatangan mereka adalah dengan rela hati.

PAS Kota Raja hanya memberi kepada mereka sehelai t-shirt bertulis PAS FOR ALL kepada mereka.

Penulis telah dilantik sebagai koodinator kepada orang India yang menyokong PAS ini. Saya masih ingat ada yang datang dari Sepang, Meru, Kapar, Hulu Selangor, Banting dan sebagainya. Majoriti mereka adalah anak-anak muda yang membaluti bendera lusuh PAS diseluruh badan mereka.

Penulis masih ingat bagaimana ada yang kehabisan minyak motor kerana mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi bagi datang kepehimpunan tersebut. Saya memberi mereka sekadar RM10.00 kepada seorang dua yang tidak berwang untuk mengisi minyak ini.

Bila mereka pulang saya bersama Hj Mohamad Diah (bos dan mentor saya : Pengarah JPrK) Allahyarham Ustaz Hambari, Norhalim, Hj Maskor, Shamsul Bharin dan Dr Mariah tersenyum puas melihat gelagat sokongan luar biasa mereka ketika itu.

Selepas 4 tahun PAS Kota Raja dan seluruh negara menerima sokongan luar biasa dari orang-orang India dan Cina ini, PAS Kota Raja tetap melayan mesra pada setiap masa dan ketika terhadap masyarakat India khususnya di Kota Raja.

Pada ketika itu penulis telah dipilih oleh YDP sebagai Ketua LPN Kota Raja. Tanpa membuang masa kami telah melancarkan kutipan dana untuk membawa mereka sbanyak 2 buah bas ke Kelantan bagi bertemu TGNA. Selepas pulang semangat dan sokongan mereka kepada PAS telah meningkat secara mendadak.

Dengan sokongan kuat seluruh pimpinan PAS Kawasan. YB dan Cawangan-Cawangan PAS Kota Raja, LPN hampir setiap minggu menubuhkan Cawangan Kelab Penyokong PAS di Kota Raja. Ribuan ahli telah didaftarkan dengan 23 Cawangan dapat ditubuhkan.

Hari ini kedengaran disana sini kononnya orang India telah kembali kepada MIC dan Barisan Nasional. Pemimpin-Pemimpin Umno dengan angkuhnya berkata bahawa mereka sudah dapat menarik kembali sokongan orang India selepasa Dato Samy Vellu meletak jawatan.

Selain itu UBN dilihat cuba membeli undi orang India dengan meracuni fikiran mereka serta memberi semua kemudahan yang diminta. Walau pun demikian Umno tidak mendalami dan menghayati hati dan perasaan orang-orang India. Umno cuma pura-pura mesra dengan mereka kerana sikap hipokrit yang sudah terbiasa ada dalam diri pemimpin Umno dan MIC.

Ini berbeza dengan pemimpin-pemimpin PAS yang pada pandangan orang-orang sangat suci dimata mereka. Pemimpin PAS khususnya Kota Raja melayan orang India Kota Raja seperti adik beradik. YB Dr Mariah akan berpelukan dan memberi ciuman kepada mana-mana orang India yang ditemui. Saya pernah melihat sayangnya mereka kepad Dr Mariah sehingga ada yang seakan tunduk hingga terduduk bila menyambut Dr Mariah.

Selepas seluruh Jentera Pilihanraya PAS Kawasan dikumpulkan pada penghujung tahun lepas, hari ini menjadi budaya biasa orang lelaki India & Cina akan berpelukan bila bertemua antara satu sama lain dengan pimpinan PAS Kawasan.

Hari ini bertempat ditempat yang sama bersempena lawatan Jabatan Pilihanraya PAS Pusat yang diketuai oleh Ybhg Tuan Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS satu majlis sepetang bersama DHPP Selangor telah diadakan diatas tapak yang sama 4 tahun yang lalu.



Cuma perhimpunan ini agak besar memandangkan DHPP telah tersusun di 22 Kawasan PAS seluruh Selangor. Ketibaan Abg Mat Sabu dan pemimpin PAS dan PKR yang lain yang terdiri dari YB Shaari Shungib, YB Shuhai Shafiee, YB Khassim, SU BPPNS , AJK BPPNS dan lain-lain disambut dengan gendang urumi dan tarian singa. yang mendapat tepukan gemuruh dari hampir 1000 orang hadir.





Dalam ucapannya Hj Mohamad Sabu yang begitu gembira dengan sokongan padu masyarakat India pada ketika ini memberikan igauan buruk kepada Najib dan Noh Omar khususnya di Selangor. Jelas Najib masih gagal memikat kembali hati orang-orang India selepas lebih 50 tahun tidak diberikan layanan yang sepatutnya kepada mereka membuat mereka semakin benci kepada UBN.





Candid keseluruhan program akan menyusul selepas ini


Saturday, April 7, 2012

Kami yakin dengan PAS

Melawat kawasan dan menyelami masaalah rakyat antara kerja rutin setiap hari
Demi masa depan cucu saya - saya akan tetap bersama PAS

Monday, April 2, 2012

"Selangor Milik Pakatan Rakyat"

Mewakili Dato PJ Selangor dan Pengarah JPN Selangor, saya meminta semua rakan bloggers mempamirkan banner ini di Blog masing-masing bagi membantu kejayaan program ini.

Bagi pihak penganjur saya mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Jangkaan penganjur - 10,000 akan membanjiri Ceramah Perdana ini.

Sunday, April 1, 2012

Kenyataan Akhbar : Banjir terburuk di Klang

 BANJIR DI KLANG: KERAJAAN NEGERI BERI BANTUAN KEWANGAN DAN SOKONGAN BUKAN PAMPASAN
  
Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sekurang-kurangnya RM300 setiap setiap keluarga yang menjadi mangsa banjir kilat di sekitar daerah Klang yang berlaku semalam (Jumaat). 

Kerajaan Negeri akan menimbangkan untuk memberi bantuan lebih dari RM300 bergantung kepada kesusahan yang mereka alami.  

Wakil rakyat di kawasan terlibat menubuhkan bilik gerakan untuk menyalurkan bantuan yang diperlukan seperti makanan, minuman serta keperluan lain. Bilik gerakan ini juga mendaftarkan semua mangsa bagi merekodkan jenis kerosakan dan kerugian yang ditanggung mangsa agar tindakan susulan diambil seperti bantuan sewajarnya.    

Sebagai negeri yang mementingkan kebajikan rakyat,  Kerajaan Negeri mengambil tindakan sewajarnya untuk meringankan kesusahan yang ditanggung mangsa-mangsa banjir kilat ini tetapi bantuan yang akan diberikan mestilah realistik dan mengikut kemampuan. 
   
Bagaimanapun, dana ini adalah sekadar bantuan bagi meringankan beban mangsa dan bukan pampasan atas kehilangan atau kerugian yang mereka alami akibat banjir kilat yang teruk itu.  

"Saya mengucapkan terima kasih kepada mangsa banjir atas kesabaran mereka dan  kerjasama mereka kepada pihak berkuasa negeri dalam memastikan proses membekalkan bantuan berjalan lancar," kata Menteri Besar.  

Menteri Besar juga telah mengarahkan Pegawai Daerah Klang dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)  supaya menyediakan laporan lengkap kejadian ini termasuk punca dan cara penyelesaiannya. Laporan ini akan dibentangkan pada mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTES), Khamis ini. 

Masalah banjir kilat di Klang telah berlanjutan sejak lebih 10 tahun lalu tanpa ada sebarang usaha agresif untuk mengatasi bencana alam ini dalam tempoh itu. Adalah tidak adil menuduh kerajaan negeri sekarang tidak menjaga kebajikan rakyat dan gagal memastikan banjir kilat tidak berulang sedangkan kerajaan negeri sebelum inipun gagal menangani masalah ini walaupun lebih 50 tahun memerintah.  
  
Kerajaan Negeri akan megkaji semula pelan pembangunan di Klang berdasarkan kejadian dataran banjir 50 tahun. Pelan itu akan dijadikan panduan di mana Kerajaan Negeri akan menasihatkan pihak berkenaan supaya tidak membangunkan sesebuah kawasan jika kawasan itu kemungkinan ditenggelami banjir. 

Dikeluarkan oleh 
SEKRETARIAT AKHBAR PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

DETIK-DETIK MEMALUKAN UMNO BHG SETIAWANGSA

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts