Monday, October 15, 2012

Demi Umno SPR sanggup melawak lagi. ...

Semua parti politik diingatkan supaya tidak menjalankan kempen selepas jam 12 tengah malam hari terakhir pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti termasuk penggunaan media baru seperti facebook, twitter, blog atau sebagainya.

Timbalan Setiausaha (Pilihan Raya) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Noordin Che Ngah berkata, SPR akan mendapatkan kerjasamadaripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi memastikan tiada pihak yang ingkar dengan undang-undang itu.

“SPR sudah memberikan tempoh yang cukup kepada parti yang terlibat dalam pilihan raya untuk mengadakan kempen. Justeru gunakanlah masa yang diberi itu sebaik-baiknya, serta hentikan kempen bila sudah tamat waktu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi taklimat pada Majlis Perjumpaan Bersama Wakil Parti Politik dan Media Negeri Pahang Bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di sini, semalam.

Katanya, SPR tidak mempunyai kepakaran untuk menangani masalah tersebut serta memerlukan kerjasama SKMM selaku badan yang bertanggungjawab menguruskan hal berkaitan komunikasi

“Jika dahulu, kempen yang dijalankan mungkin hanya melibatkan penggantungan bendera atau poster-poster sesebuah parti politik.

Namunkini dengan kecanggihan teknologi, terdapat banyak medium yang boleh dijadikan penyebar maklumat.

“Justeru, saya harap semua parti politik dapat mematuhi undang-undang ini supaya bebas daripada sebarang tindakan,” katanya.Dalam pada itu, SPR turut meminta pengundi untuk meletakkan kepercayaan kepada suruhanjaya itu sebagai pelaksana pilihan raya yangtelus.

“Jangan ada rasa ragu-ragu terhadap pegawai SPR yang bertugas ketika pilihan raya nanti kerana perasaan itu akan mendorong seseorangberfikiran negatif sekali gus meletakkan SPR sebagai badan yang tidak jujur.

“Cuba tanamkan keyakinan kepada SPR kerana kami sentiasa berusaha memberikan yang terbaik ketika hari mengundi serta menjalankantanggungjawab dengan penuh kejujuran,” katanya.

Dalam sesi taklimat itu, turut diadakan demonstrasi proses pengundian dan penggunaan dakwat kekal.

Umno memperbodoh bangsa sendiri

Umno yang semakin dibenci penyokong sendiri selepas terperangkap dalam isu suaram dan soros yang menjadi bombering dan memakan diri sendiri kini pasti terkulai layu selepas pru akan datang.

Terbaru Dr Mujahid pula membongkar kebiadapan pimpinan Umno dengan membodoh-bodoh bangsa sendiri yang kononnya DAP mahu menjadikan Malaysia sebagai Negara Kristian.

Dakwaan terdapat cubaan menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian dipertikaikan ekoran jumlah populasi penganut agama terlalu kecil dalam negara ini.

Anggota jawatankuasa Pusat PAS Mujahid Yusof Rawa berkata, statistik terkini menunjukkan golongan itu hanya mewakili 9.2 peratus (atau 2.6 juta) daripada keseluruhan rakyat Malaysia.

Berdasarkan statistik itu, tambah anggota Parlimen Parit Buntar itu, penganut agama Buddha sebenarnya lebih ramai.

"Bagaimana 9.2 peratus daripada populasi, kumpulan minoriti, mahu bentuk negara Kristian? Beritahu saya macam mana hendak buat," katanya.

Bercakap dalam forum "Masih Relevankah Ketuanan Melayu?' di Pulau Pinang semalam, Mujahid berkata, jumlah umat Islam pula katanya sekarang ini membentuk 67 peratus daripada rakyat Malaysia.

Kira-kira 40 peserta hadir dalam program tiga jam itu. Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) Fadlullah Jamil dan Presiden Insitut Al-Qaiyyim Abdul Rasyid Idris turut bertindak sebagai ahli panel.

Bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa pada 9 Oktober lalu mendakwa, satu majlis kesyukuran yang diadakan untuk meraikan kemenangan DAP di Sarawak tahun lalu menganjurkan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian".

DAP Sarawak bagaimanapun sehari selepas itumenafikannya dan menyifatkan dakwaan itu sebagai "berniat jahat dan tidak bertanggungjawab.

Saturday, October 13, 2012

Golongan muda cenderong "sinikal" pada politik

Struktur dan proses demokrasi negara perlu diperluas dan diperdalam bagi membolehkan generasi muda terlibat secara langsung dalam proses membuat keputusan, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata secara umum, generasi muda cenderung bersikap skeptikal dan sinikal terhadap politik, namun rata-ratanya masih mempunyai keyakinan kepada amalan demokrasi.

"Untuk mendapatkan keyakinan mereka, demokrasi perlu ditambah baik. Dalam banyak cara, lakukan transformasi terhadap proses dan struktur institusi demokrasi yang akan meletakkan kedudukan demokrasi pada tempatnya," katanya pada Forum Anak Muda dan Demokrasi Tempatan anjuran Penang Institute di George Town malam tadi.Forum yang dikendalikan Pengarah Akademi Pak Sako, Dr Afif Baharudin itu turut diambil bahagian anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan aktivis anak muda dari Diskopi Group, Teo Lee Ken.

Saifuddin berkata golongan muda mempunyai kedudukan yang sangat penting dan mereka harus diletak sebagai komponen masyarakat yang bergerak bersama-sama kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan dalam menggubal sesuatu dasar.

Beliau berkata penglibatan generasi muda dalam membuat keputusan tidak boleh diabaikan malah perlu ditegakkan kedudukannya.

"Saya fikir kita ada rentetan peristiwa dan sejarah yang menunjukkan ada masa dan ketikanya suara itu (suara generasi muda) didengar dan diterjemahkan sebagai dasar.

Sebagai contoh, kalau ikut kronologi bermula dengan mahasiswa minta supaya Bahasa Malaysia dijadikan bahasa pengantar di Universiti Malaya.

"Mahasiswa antara yang menuntut ditubuhkan sebuah universiti menggunakan bahasa kebangsaan, maka lahirlah Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pelajar, antara yang paling vokal minta supaya dilahirkan Universiti Islam dan Bank Islam, dan itu sudah diwujudkan," katanya.

Beliau berkata lazimnya, generasi muda mempunyai tiga permintaan yang harus dipenuhi iaitu mereka mahu suara mereka didengar, peranan mereka diiktiraf dan isu-isu mereka diselesaikan dengan cara bersesuaian.

Justeru, Saifuddin berkata perkara yang penting dilakukan ialah bagaimana untuk memperkasa golongan muda bagi mengupayakan mereka berfikir dan bertindak sendiri.

Teo pula mencadangkan pihak yang memegang autoriti supaya mewujudkan rangkaian rasmi bagi melibatkan orang muda secara langsung dalam hal pentadbiran dan pembentukan dasar pada peringkat kerajaan negeri dan pusat.

"Jika dilihat terdapat layanan selektif diberi kepada anak muda. Penglibatan mereka lebih menonjol dalam aspek budaya dan hiburan tetapi dari segi ekonomi, sosial dan politik kumpulan ini dipinggirkan," katanya.

Beliau berkata pendidikan sangat penting terutamanya kepada golongan muda yang dilihat dapat membantu mereka untuk menyertai proses membuat keputusan di semua peringkat negara.

Teo turut menggesa generasi muda untuk berhenti mengamalkan corak pemikiran lapuk yang mengharapkan orang lain membuat keputusan bagi pihak mereka sebaliknya berusaha mengubah nasib sendiri.

Katanya demokrasi memerlukan penglibatan anak muda secara total kerana golongan inilah yang akan mewarisi apa sahaja yang ditinggalkan generasi sebelum mereka.- Bernama

Wednesday, October 10, 2012

Nasha sengaja cabar keputusan Majlis Syura

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa telah "menyentuh dan mencabar" keputusan Majlis Syura apabila mendakwa parti itu kini mengutamakan kuasa dan meletakkan prinsip Islam di tempat kedua, kata Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar.

Sambil menekankan kuasa dan Islam tidak boleh dipisahkan, kata Mahfuz, Pas memang memerlukan kuasa yang meluas untuk menegakkan Islam di negara ini.

Katanya, aspek itu yang diputuskan oleh Majlis Syura selaku badan tertinggi membuat keputusan dalam Pas.

"Jadi, apabila Ustaz mempertikaikan pendirian parti, bermakna beliau telah menyentuh dan mencabar Majlis Syura sendiri," katanya lagi.

Ahli Parlimen Pokok Sena ini berkata, sebagai sebuah parti politik, Pas memang memerlukan kuasa dan usaha ini diteruskan dari dahulu sehingga sekarang.

"Dari dahulu kita hendakkan kuasa, dan sekarang kita hendak kuasa yang lebih meluas untuk menggantikan Umno, bagi menegakkan Islam, Umno telah gagal dalam peranannya," kata Mahfuz lagi.

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts