Saturday, March 3, 2012

Ku Li minta selesaikan royalti sebelum PRU

Ahli Parlimen Gua Musang sejak 1969 mengingatkan Kerajaan Persekutuan Umno & Barisan Nasional bahawa tuntutan royalti bukan tuntutan Pas, tetapi kebetulan saja Pas mendapat mandat dan menubuhkan kerajaan di negeri Kelantan tetapi ramai juga orang yang menyokong Umno di sana," kata beliau dalam temu bual dengan Astro Awani, yang dirakamkan kira-kira seminggu lalu dan disiarkan hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengadakan lawatan kerja satu hari ke Kelantan semalam, dan antara lain meminta rakyatnya memberi mandat kepada kerajaan BN untuk memerintah negeri ini pada PRU13 bagi membolehkan perikatan itu menyelesaikan masalah dihadapi rakyat selama di bawah pemerintahan Pas.
Perdana Menteri berkata, kerajaan BN mampu menyelesaikan masalah rakyat termasuk masalah bekalan air, ladang rakyat, kemudahan asas dan perumahan rakyat.
Najib berkata, kerajaan BN akan mengubah landskap Kelantan dengan  pelbagai pembangunan yang menjadikan Kelantan membangun dan maju.
Kerajaan negeri Kelantan memulakan tindakan perundangan dengan memfailkan saman terhadap Petronas mendakwa syarikat petroleum nasional itu tidak membayar royalti  dianggarkan RM800 setahun sejak 2005 terhadap hasil minyak diperoleh dari luar pesisir pantai Kelantan.
Menurut kerajaan negeri Kelantan, tindakan Petronas itu bukan sahaja melanggar undang-undang sedia ada, tetapi juga mendakwa bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Tengku Razaleigh berkata, BN perlu menyelesaikan isu tuntutan royalti minyak memandangkan ia sudah sebati dengan rakyat negeri pantai timur itu.
"Itu satu hal kerana begitu..begitu terlekat di hati orang Kelantan.
"Jadi kalau kita tak layan macam mana kita nak cari dia nak sokong kita, jadi ini satu faktor yang besar, kita tak boleh nak ketepikan kepentingan dia dan tiba-tiba kita nak dia sokong kita," kata bekas Menteri Kewangan ini dan juga Pengerusi Petronas semasa perjanjian royalti petroleum ditandatangani dengan Kerajaan Negeri Kelantan pada 1975.
Dalam pada itu, Tengku Razaleigh berpendapat pemimpin Umno perlu mendekati rakyat Kelantan sepanjang masa kalau mahu diterima.
"Jadi kalaulah dekat pilihan raya baru kita nak tunjuk muka saya rasa kita tak laku, apatah lagi ada orang yang berceramah malam siang, selalu dengan mereka, kita hanya datang bermusim susah kita nak mengatasi pengaruh yang ditanam mereka mendekati rakyat umpamanya," kata Ku Li lagi.

Tuesday, February 28, 2012

Perpecahan Melayu bukan dosa

Pengarah penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad perpecahan di kalangan orang Melayu tidak dapat dinafikan apabila wujud dua parti utama dari kalangan anggota masyarakat tersebut -- PAS dan Umno.

Katanya, perpecahan itu juga tidak harus dilihat sebagai satu masalah sebaliknya sebagai keuntungan kepada rakyat.

"Itu bukan dosa tetapi wajar untuk selamatkan orang Melayu," katanya dalam satu program wacana di Shah Alam hari ini.

Katanya, keadaan itu sendiri boleh dilihat dalam sejarah apabila para ulama dalam Umno bertindak keluar daripada pergerakan itu dan membentuk PAS.

Para ulama berkenaan bertindak demikian sebagai membantah tindakan kerajaan pada masa itu berhubung isu melibatkan umat Islam termasuk "isu loteri," katanya.

Keuntungan itu juga boleh dilihat hari ini apabila PAS kini semakin berpengaruh bersama anggota Pakatan Rakyat di Parlimen untuk menjalankan fungsi semak dan imbang.

Tambahnya, isu perpaduan Melayu itu juga timbul memandangkan Umno kini berada dalam keadaan lemah, seperti ketika selepas pilihan raya 1969.

Katanya lagi, PAS lebih mudah untuk bersama dengan DAP berbanding Umno kerana asas kerjasama tersebut adalah untuk kebaikan bersama.

Transformasi PAS

SHAH ALAM, 28 Feb – PAS bersedia untuk mengisi jawatan timbalan presiden parti itu daripada kalangan bukan Islam sekiranya keadaan memerlukan, berikutan dasar parti itu yang mengalami transformasi yang lebih terbuka.

“Islam membenarkan berlakunya perubahan dalam politik. Ada ijtihad yang boleh berubah dan tidak boleh berubah. Kami bersedia menerima jawatan timbalan presiden daripada kalangan bukan Islam sekiranya keadaan memerlukan.
“Perkara urus tadbir dalam Islam sangat terbuka dan PAS menegaskan, kami masih parti yang berteraskan agama dan sedang mengalami transformasi yang besar, PAS bukan sahaja menampilkan bangsa Melayu, tapi sesuai untuk semua bangsa,” kata Ketua Pegawai Penyelidikan PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad ketika Wacana Sinar Harian yang bertajuk “Kenapa Undi Melayu Pecah?” di sini.
Tambah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ini lagi, Umno tidak dapat menerima transformasi yang ditonjolkan parti itu kerana Islam Umno adalah berdasarkan kaum.
“Islam menurut amalan Umno adalah Islam berteraskan perkauman. Islam Umno adalah Melayu, sedangkan PAS bersedia menerima pemimpin yang bukan Islam dan kami membawa penampilan Islam untuk semua,” katanya lagi.
“PAS bukanlah terlalu taksub,” tegas Ahli Parlimen Kuala Selangor ini lagi.
Tambah Dzulkefly, berdasarkan transformasi itu, PAS juga berjaya menubuhkan Kelab Penyokong PAS yang terdiri daripada kalangan rakyat bukan Islam.
“Buktinya sudah jelas, PAS bukanlah bersifat rigid, sebaliknya rakyat bukan Islam juga turut memahami matlamat dan perjuangan kami yang berteraskan keadilan dan mengamalkan dasar Islam yang lebih terbuka,” tambahnya lagi.
Wacana ke-11 hari ini turut dihadiri oleh Ketua Penerangan Perkasa Ruslan Kasim, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat, dan Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng.

Sunday, February 26, 2012

Kemarahan akan diterjemah dalam PRU nanti

KUALA LUMPUR, 26 Feb:Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan segala kemarahan rakyat yang hadir pada Himpunan Hijau 2.0  membantah Lynas di seluruh negara hari ini akan diterjemaahkan pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Tambahnya, segala balasan yang diberikan oleh rakyat itu akan ditanggung oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana keangkuhan beliau dan Kerajaan Persekutuan enggan mendengar rintihan rakyat terhadap bencana yang bakal menimpa apabila loji tersebut beroperasi.

"Rakyat sekarang sudah cerdik dan boleh menilai setiap apa kelemahan yang dilakukan oleh kerajaan terutamanya yang membabitkan bencana alam sekitar serta nyawa manusia dalam jangka masa yang panjang," jelasnya sewaktu menghadiri Himpunan Hijau 2.0 di hadapan bangunan Maju Junction, di sini pagi tadi.

Beliau yang turut memberi ucapan di hadapan ratusan rakyat yang berhimpun itu menjelaskan himpunan hari ini menyaksikan penampilan demostrasi yang tidak pernah disaksikan sebelum ini kerana ia melibatkan pelbagai kaum  dan juga peringkat umur.

"Tahniah kerana hari ini rakyat berbilang kaum turut hadir menyatakan sokongan mereka terhadap membantah pembinaan loji Lynas itu, dan saya pasti mereka ini hadir buka atas dasar parti tetapi atas rasa tanggungjawab mereka.
"Saya melihat lebih kurang 50 peratus mereka berumur 30 tahun ke bawah dan ini satu yang mengejutkan kerana mereka inilah merupakan golongan pengundi muda yang boleh menentukan siapa yang mereka ini pilih pada pilihan raya nanti," ulasnya.

Dr Dzulkefly berpendapat, golongan pertengah inilah merupakan undi penentu dan pada masa ini ia merupakan isyarat awal kepada Barisan Nasional terhadap apa yang bakal mereka hadapi nanti.

"Mereka hadir kerana rasa tanggungjawab mereka kepada negara ini dan juga kepada generasi yang akan datang, sudah pasti apabila bantahan mereka tidak didengari oleh kerajaan maka undi protes akan berlaku secara senyap," sambung beliau lagi.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu juga menyatakan tidak ada apa-apa yang diperolehi oleh negara ini walaupun Lynas menyatakan akan untung RM8 bilion setahun dengan modal permulaan sebanyak RM700 juta kerana sikap murah hati kerajaan memberi pelepasan cukai hampir 10 tahun.

"Apa yang rakyat perolehi adalah kesan radioaktif serta malapetaka dan bencana alam sekitar yang akan ditanggung selama-lamanya, malah ia mengambil masa yang lama untuk ditangani secara selamat," kata beliau.

Himpunan aman yang bermula pada jam 9 pagi itu berakhir sekitar pukul 12 tengah hari.

Saturday, February 25, 2012

Perak mufti draws flak for remarks on jihad, PAS

Perak mufti Harussani Zakaria’s recent remarks criticising a requirement by PAS to have its candidates take an oath of loyalty, as well as his definition of the concept of jihad in Islam to include struggle for one's race, drew the ire of PAS leaders.

Information chief Tuan Ibrahim Tuan Man said Harussani should first get his sources right before commenting on certain issues, and pointed out that the practice of oath-taking, or bay'ah, were a practice endorsed in Islam.

He cited the historic events during the life of Prophet Muhammad, such as the pledge taken by Muslims at al-Aqabah and the Hudaybiyah agreement which the Prophet entered into with his Makkan enemies. 

“PAS imposes bay'ah on candidates representing the party so that they will not betray the people’s trust, especially when faced with UMNO's tactics of using money,” he explained. 

PAS candidates, said the Pahang PAS commissioner, were always reminded to respect the trust placed on them by voters.

“If they are offered millions of ringgit to defect, leading to the fall of an elected government, is such an action acceptable under principle of Islam?

"In the Perak power grab, does Harussani condone the act?” he asked, referring to the coup in Perak in 2009 following a string of defections involving PKR and DAP elected state representatives.

PAS vice president Husam Musa meanwhile took Harussani to task for equating the Islamic notion of 'holy struggle', or jihad, with the struggle based on race.

“Islam transcends racial lines and is not limited to any community. Islam brings the agenda of justice, unity, fairness and welfare above racial considerations. UMNO only embraces Islam when it needs to,” said Husam, referring to Harussani's remarks made during his speech at the launch of Jalur Tiga, a new group formed by sacked PAS state assemblyman Dr Hasan Ali.

Husam opined that such views were proof of UMNO's failure to develop the Malay community. "It is wrong to put a racist Malay agenda above Islam,” he stressed.

Meanwhile, Tuan Ibrahim also questioned Harussani’s consistency in advising the government on Islam, and cited his recent about-turn over his criticism against prime minister Najib Razak's presence at Thaipusam celebrations.

Harussani had earlier spoken out against Najib for “selling out his faith” by attending Thaipusam celebrations, only to retract it later following a conversation with the UMNO president.

“This is why many Muslims consider muftis like him... are merely tools for the leaders to justify their actions, even when they are against Islamic principles,” added Tuan Ibrahim.

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts