Dewan kecoh lagi pagi ini. Gara-gara apabila Timbalan Menteri Pengajian Tinggi (YB Dato Ir Hj Idris Hj Harun) tidak menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Padang Terap (YB Mohd Nasir Zakaria) mengenai kedudukan atau ranking universiti awam tempatan. Soalan berkisar kepada perlantikan Naib Cancelor UM dan juga penglibatan UM dalam pembangunan tanah UM (Nanti tengok hansard parlimen untuk perincian) . Yang DiPertua Dewan, Tan Sri Pandikar Amin haji Mulia telah mengingatkan Timbalan menteri yang beliau tidak perlu menjawab soalan tambahan kerana ianya terkeluar daripada skop soalan asal (itu pendapatnya). Walaubagaimanapun, Timbalan Menteri menjawab juga mengenai kedudukan universiti tempatan. Padang Terap membantah berulang kali kerana katanya Timbalan Menteri tidak menjawab soalannya. Setelah beberapa kali Padang Terap mencelah maka Timbalan Menteri menyuruh Padang Terap duduk dan mengeluarkan perkataan Tamil (saya sendiri memahami dari isyarat yang digunakan Timbalan Menteri dengan tangan nya menyuruh Padang Terap duduk).
Sekonyong-konyong Ipoh Barat (YB M.Kulasegaran) bangun meminta Timbalan Menteri menarik balik apa yang telah diucapkan dan mengatakan perkataan tersebut tidak patut diucapkan. Timbalan Menteri pula minta Ipoh Timor mengulangi perkataan yang disebutnya itu. Mungkin untuk memerangkapnya.
Apa yang berlaku selepas itu adalah seperti pasar. Kedua-dua belah pihak saling tuduh menuduh. Memang ada hero-heronya dari kedua belah pihak, baik BN maupun PR. Yang diPertua tidak dapat mengawal dan kemuncaknya apabila Padang Serai berjalan ke arah Yang di Pertua tanpa izinnya. Memang terkejut besar semua orang. Tujuan beliau berbuat demikian ialah untuk membisikkan kepada Yang diPertua maksud perkataan Tamil yang digunakan oleh Timbalan Menteri, tetapi beliau melanggari konvensi. Maka lepas itu "hell break loose". Jikalau anda menyaksikan siaran langsung, anda akan memahami apa yang telah berlaku.
Saya sebenarnya kecewa. Saya sendiri merasakan tindak-tindak tanduk yang terlibat amat memalukan kerana reaksi yang melampaui batas. Tidak kiralah mereka di sebelah mana. Hilang pertimbangan tata tertib dan tidak menghormati rayuan Yang di Pertua berkali-kali supaya semua duduk dan beliau akan membuat keputusan. Kalau para Yang Berhormat bertindak begini di dalam Dewan yang mulia ini apa lagi yang dapat kita harapkan daripada rakyat biasa dan remaja. Di dalam Dewan perlu ada etika bagaimana menyatakan bantahan dan akhirnya terpaksa menerima keputusan speaker Dewan, suka atau tidak.
Dalam kekecohan tersebut saya merasakan saya tidak sanggup berada dalam Dewan ketika itu. Lalu saya keluar untuk ke pejabat pengurusan parlimen untuk tujuan tertentu. Dari luar Dewan saya mendengar (melalui TV lintas langsung yang terletak di merata temapat dalam kawasan parlimen), Ahli Parlimen Gombak telah meminta supaya Ahli Parlimen Padang Serai memohon maaf di atas tindakannya. Saya merasa lega mendengar Padang Serai meminta ma'af kerana dari pengalaman hampir sebulan di Parlimen ketegangan, perdebatan dan kekecohan akan berpanjangan sehingga ada satu pihak yang beralah.
Memang benar banyak perkara mengenai perjalanan perbahasan di Dewan yang tidak dipersetujui oleh Ahli Parlimen Pembangkang. Ramai yang tidak berpuas hati kerana banyak isu hanya dibahaskan secara "touch n go" yakni tidak lumat betul. Masa menjawab soalan lisan, hanya dua soalan tambahan yang dibenarkan. Menteri atau Timbalan Menteri pula berhak menjawab sebagaimana yang disukainya. Ada kalanya menepati kehendak soalan dan ada kala menyimpang jauh menyebabkan rasa tidak puas hati Ahli Dewan.
Sabar aje-lah.......:-)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Recent Posts ; Parlimen Kota Raja
Recent Post
Popular Posts
-
Muqaddimah Perjuangan menegakkan Islam secara syumul di dalam diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia amnya adalah merupakan ses...
-
SHAH ALAM: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menyifatkan Tun Dr Mahathir membuat silap percaturan apabila berkata 'berkaw...
-
Dewan Pemuda PAS Malaysia mengancam untuk mengadakan satu perhimpunan lebih besar sekiranya kerajaan masih tidak melakukan sebarang tindakan...
-
Oleh: Dr. Yaacob bin Haji Yusof Awang [ Dr. YaHYA] A. PENDAHULUAN Agama-agama di dunia dibahagikan kepada dua jenis dari sudut cara kewuju...
-
Perhatikan gambar betul ..... semua hangus dijilat api kecuali ......... Anda nilailah sendiri .... Allah sedang uji atau beri kafarah kepa...
Salam.....
ReplyDeleteFirst, mungkin tidak terlalu lewat untuk saya ucapkan tahnian kpd YB Dr atas kemenangan besar pada PRU Ke 12 yang lalu.
Tahniah juga kerana debat kat Parlimen pun best. Tepat dan berfakta. Tegas.
Saya doakan semoga perjuangan ini tidak tamat di sini dan akan berterusan sehingga akhir hayat.
Ya Allah, kurniakanlah kami pimpinan yang mampu membimbing kami ke syurga-Mu. Ameen.
Umat Islam bercakaran kerana idelogi politik sempit tetapi golongan kafiq Laknat bersuka ria walaupun berlainan ideologi kerana berpaduan.
ReplyDeleteSaya bersumpah sampai kiamat pun tidak akan maaf Haji Hadi awang kerana fatwa dia yang menyebabkan orang Islam Di Malaysia berpecah dahulu.