Wednesday, June 10, 2009

Konvensyen Pakatan Rakyat

Kota Raja ~ Parlimen Kota Raja dengan kerjasama ADUN Sri Andalas YB Dr Xavier Jayakumar dan ADUN Sri Muda YB Tuan Shuhaimi Shafiee dan 12 orang Ahli Majlis akan menganjurkan Konvensyen Pakatan Rakyat Kota Raja pada hari Sabtu 20hb Jun 2009 bertempat di Dewan Jubli Perak SUK, Shah Alam.

Program yang akan berlangsung selama sehari ini akan dimulakan tepat jam 8.00 pagi dijangka akan diresmikan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim, selain beliau turut berucap pada majlis tersebut ialah YB Dato Husam Musa (Exco kanan kerajaan Negeri Kelantan) dan Speaker DUN Selangor YB Teng.

Program yang bakal mengumpul lebih 1000 peserta ini akan diteruskan dengan pembentangan beberapa kertas kerja untuk menentukan hala tuju pendokong Pakatan Rakyat Kota Raja oleh Ahli Parlimen, ADUN, Ahli Majlis dan Ketua Kampung supaya semua pendokong PR yang terdiri dari Ketua Cawangan PAS dan AJK, JDM, JKP, MPP dan KPP memahami hala tuju perjuangan kearah mengekalkan kemenangan di kedua-dua DUn dan Parlimen KR pada PRU 13 akan datang.

Justru saya menyeru seluruh pimpinan PR hadir dalam Konvensyen ini. Maklumat Lanjut sila berhubung dengan Pegawai Khas saya Sdr Azmi Jusuh 012-6850494.


2 attachments
Download all attachments
Notis Konvensyen Pakatan Rakyat.docNotis Konvensyen Pakatan Rakyat.doc
142K View as HTML Open as a Google document Download
Maklumat Program.docMaklumat Program.doc
47K View as HTML Open as a Google document Download

1 comment:

  1. Syabas memiliki slogan yang optimistik. Saya berharap bukan hanya kata-kata tapi diikuti dengan Tindakan.Jangan bcakap tentang isu yang menimbul syak wasangka. Sila ikuti temuabual dengan Farish Noor moga dapat diguna sebagai pedoman apa persepsi orang biasa. Pemimpin PAS jangan hanya syok jadi pemimpin pada ahli PAS sahaja,jadilah pemimpin pada seluruh ummah. sila jangkau laman berikut.

    www.popteevee.com

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts