Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah.
Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.
Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.
Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata :
"Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.
Nota : akan bersambung siri ke-3 (jika anda tidak mengikuti cerpen pendek ini dari mula, sila mulakan dengan bacaan siri pertama)
touching betul cerita ni,
ReplyDeletesikit-sikit kena batang hidung ku ....
mak pun dah tiada lagi .... ampun. Moga Allah mengampuni segala dosa-dosa ibu ku
Ya masih hidup kena jaga hati ibu dia bukan minta emas atau intan berlian cuma cukup sekadar kita menghargai dengan ucapan terima kasih ibu pasti nya hati nya suka dan dia akan senyum. Itulah ibu walau siapa dia tetap ibu kita
ReplyDeleteSepatutnya Maknya makan juga dengan berkongsi ikan tu supaya dapat tenaga dan khasiat dan otak cerdas supaya dapat tangkap lebih banyak ikan. Pembohongan ini walaupun atas kasih sayang seorang ibu satu perkara yang jahil dari ibu tersebut. Sayangkan anak jangan sampai tak rasional. Lebih molek lagi jika ibu tersebut mengajar anak-anaknya berdikari dengan ikut beliau sama-sama menangkap ikan
ReplyDeleteMack
ReplyDeleteDalam zaman sekarang banyak anak-anak yg mudah melupakan jasa ibu, tak cukup dengan itu ramai yang seakan tidak cukup waktu untuk menziarahi serta ibu mereka serta mengucapkan terima kasih atas jasa ibu selama ini .... mana nak tengok ibu senyum mendengar ucapan kita?
Anonymous no 3,
ReplyDeleteIalah betul jugak kata tuan, mana nak dapat tenaga kalau asyik makan tulang ikan aje.
Bab 'jahil' biarlah orang lain komen kut.
Teringat pepatah melayu kalau nak tolong orang susah bagi kail jangan bagi ikan ....