Monday, October 26, 2009

PAS Cawangan Kg Lombong Anjur Kursus Ternakan Ikan Keli

Kg Lombong, Shah Alam 26 Okt – Bagi membantu mereka yang berminat di bidang penternakan air tawar, PAS cawangan Kg Lombong telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan kursus menternak ikan keli semalam.


Program yang di adakan di balairaya Kg Lombong itu telah di rasmikan oleh YB Dr Siti Mariah Binti Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja.


Di dalam ucapannya, YB Dr Siti Mariah memberikan perangsang kepada peserta yang berminat agar dapat menjadikan kerjaya bekerja sendiri ini menjadi kerjaya yang benar-benar menjadi budaya di dalam masyarakat kita kerana keberkatan yang Allah sediakan itu amat luas di bandingkan dengan kerjaya makan gaji.


Bagi mereka yang bekerja sendiri ini, kebergantungan kepada Allah amat tinggi yang mana setiap ketika kita akan memohon agar apa yang di usahakan berjaya dan ini menjadikan hubungan diantara kita dengan penciptanya amat dekat dan inilah yang menyebabkan rezeki yang di perolehi dapat keberkatan yang tinggi dari Allah sw.t.


Beliau berharap, semuga bidang yang bakal diceburi ini dapat di ceburi dengan serius walaupun semua tahu bahawa cabaran yang bakal di hadapi adalah amat tinggi. Walau bagaimana pun, semua ini insyaAllah dapat di atasi jika peserta dapat mendalami ilmu yang di perlukan sebelum memulakan projek yang bakal di jalankan.


Kursus selama sehari tersebut telah di sampaikan oleh seorang penternak ikan keli berjaya dari Taiping Perak yang telah menceburi bidang tersebut lebih dari 10 tahun dan sekarang beliau telah menghasilkan ikan keli organik yang di jamin suci dan halal.


Kursus tersebut yang mulanya mendapat penyertaan seramai 20 peserta telah mendapat sambutan di luar dugaan apabila ada peserta lain yang mendaftar pada hari kursus tersebut.

PAS Cawangan Kg Lombong mengucapkan terimakasih kepada semua yang telah bertungkus lumus menjayakan program tersebut dan berharap agar kursus tersebut dapat melahirkan usahawan tani yang berjaya dari kalangan penduduk Kg Lombong dan sekitarnya. _Izha

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts