Friday, September 17, 2010

MAJLIS SAMBUTAN AIDIL FITRI KOTA RAJA 22hb Sept

Saya belum mengucapkan Selamat Hari Raya melalui blog ini. Tapi saya sudah menghantar ucapan Aidilfitri melalui SMS kepada 4 ribu lebih pengundi di Kota Raja. Saya juga menerima beratus ucapan melalui SMS sehingga saya tidak terbalas kesemuanya. Jika saya tidak membalas SMS anda, harap ma'af ye.

Maaf kalau anda terkilan YB sorang ni tidak berapa update dengan media baru ni. Untuk makluman , saya tiada komputer sudah lebih sebulan. Komputer saya kena tahan di Bukit Aman. Sedang disiasat. Saya sedang disiasat kerana kononnya menghasut di bawah Akta SKK. Jadi Bukit Aman sedang mencari samada saya menulis artikel tertentu dari komputer tersebut. Saya dah puas bertanya bila hendak dapat balik komputer saya.

Tak tahu bila sebab lepas ni laporan pegawai penyiasat perlu ke Putra Jaya pula. Kalau Peguam Negara kata cukup bukti hendak mendakwa saya alamat saya tidak dapat komputer saya balik sehingga habis perbicaraan sebabnya ia akan menjadi barang bukti lah pula. Jadi saya terpaksa mencari sebuah lagi komputer untuk kegunaan di pejabat...Ada sesiapa nak derma komputer tak?

Saya pasrah. Kalau pihak pembangkang bukan main cepat siasatan dan begitu menyeluruh. Aduan saya mengenai Khir Toyo pada tahun 2008 apabila beliau menulis dalam blognya mendakwa YB Teresa Kok menghalang laungan azan sampai sekarang tiada berita. Entah siasat entah tidak.

Saya sudah penat follow up dengan pegawai penyiasat. Ada saja alasannya. Dalam kesibukan saya langsung terlupa sehinggalah bila pihak polis Bukit Aman datang ke pejabat saya baru saya teringat laporan polis saya 2 tahun sudah.

Sebenarnya saya hendak menjemput anda ke Majlis sambutan Hari Raya. membebel pula pasal komputer.

Tahun ini ketiga-tiga YB di Kota Raja akan mengadakan majlis sambutan Aidilfitri bersama. Biasanya ADUN Sri Andalas, YB Dr Xavier (merangkap EXCO Kerajaan Negeri Selangor) dan YB Suhaimi Mat Shafie, ADUN Sri Muda mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri secara berasingan. Saya seperti biasa menempek atau menumpang majlis kedua-dua ADUN (maklumlah, bajet saya ciput- Alhamdulillah) tak mampu hendak mengadakan majlis bersendirian untuk rakyat Kota Raja.

Kali ini kami bertiga bergabung untuk mengadakan satu majlis sahaja memandangkan kesuntukan masa. Yang penting ianya tidak akan kurang meriahnya dan kemesraanya.

Jadi datang-lah beramai-ramai ke Dewan MBSA Bukit Naga pada 22hb (Rabu) malam dari pukul 7 ptg hingga ke 10 malam. Kami bertiga akan bersama melayan rakyat.

Sedikit kelainan kali ini. Memang lain daripada majlis jamuan Hari Raya kami yang lepas-lepas. Datang sendiri kalau hendak tahu. Ada cabutan bertuah juga. Ada hiburan untuk seisi keluarga lagi.

Hujung minggu , 26hb rumah terbuka PAS Kawasan pula di Markaz PAS Kawasan di Bukit Naga juga.

Kita jumpa nanti.

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts