Pelancaran dan Konvensyen KAWAN 2011
Tarikh: 12 Februari 2011
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Majlis Perbandaran Kajang, MPKj.
Tema: Agama itu adalah Nasihat
Apa itu KAWAN??
SUKALERAWAN PENDIDIKAN RAKYAT( KAWAN) merupakan NGO yang telah ditubuhkan kira-kira setahun yang lalu. Penubuhan KAWAN merupakan satu anjakan dan transformasi tarbiyyah dan dakwah dalam memenuhi tanggungjawab gerak kerja Dakwah Islamiyah yang lebih luas.
KAWAN tampil sebagai satu pembaharuan dalam bidang pendidikan komuniti dan rakyat yang lebih terang dan terurus berpaksikan motto:
“Agama adalah Nasihat”
Berdasarkan motto tersebut digagaskan strategi ,pendekatan dan program ditajdidkan sesuai dengan keperluan mad’u. Pendekatan ini diharapkan agar dapat merealisasikan tanggungjawab Amar Ma’aruf Nahi Mungkar dengan lebih berkesan .
Jesteru penubuhan KAWAN dapat menjadi saluran alternatif kepada masyarakat dalam menyempurnakan kewajipan Amar Ma’aruf Nahi Mungkar.
Apa objektif KAWAN??
1. Memperkenalkan konsep, tasawwur dan matlamat penubuhan KAWAN sebagai satu tuntutan dalam Jemaah Islam.
2. Memahami dan menghayati tanzim pengurusan dan pentabiran KAWAN diperingkat Pusat, Negeri, Kawasan, sehingga ke peringkat cawangan agar dapat berperanan dengan lebih cekap dan berkesan.
3. Memahami dan menghayati mekanisme operasi KAWAN disemua peringkat mengikut modus operandi yang terkini.
4. MelancarkanSkuad KAWAN diperingkat Nasional sebagai penanda aras kesediaan dan komitmen kebolehupayaan petugas serta pendokong gerak kerja Dakwah Islamiyah dalam merealisasikan transformasi tarbiyyah dan dakwah.
p/s : Mohon disebarkan ke segenap lapisan Masyarakat. Semoga usaha kita dihitung sebagai amalan kelak..
Wallahualam...
No comments:
Post a Comment
Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah