Friday, March 18, 2011

Perginya seorang Pejuang DHPP

Semalam YB Dr Siti Mariah ke Kuala Kubu untuk menziarahi kematian Sdr Segar.Beliau amat terkejut bila menerima panggilan telifon dari Pn Veny, petugas di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kota Raja yang memberitahu bahawa Sdr Segar yang YB kenali semenjak sebelum PRU 8 Mac 2008 yang lalu telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya. Beliau bergegas kesana bersama yang lain.

Mendiang Segar merupakan seorang yang amat dedicate kepada Parti Islam Se Malaysia (PAS). Mendiang juga amat dikenali sebagai seorang pejuang parti yang amat jujur dan merupakan seorang Ketua DHPP Sri Muda yang amat dikenali dan disenangi oleh ahli-ahli dibawahnya dan pimpinan PAS Kota Raja dan ahli PAS keseluruhannya.

Mendiang yang merupakan Pengerusi Kelab Penykong PAS Sri Muda dari tahun 2008 hingga 2009 sebelum berpindah ke Kuala Kubu Baru. Beliau bersama sdr  Vijay dan rakan-rakan dHPP yang lain mempunyai sekumpulan Task Force yang aktif di sri Muda. Selain itu mendiang Segar juga merupakan seorang pemimpin yang sangat aktif dikalangan Masyarakat di sri Muda dan Kota Raja.

Perginya seorang pejuang DHPP - lencana semasa kempen PRU 8 Mac 2008 masih tengantung didalam kereta mendiang menunjukkan betapa setianya mendiang terhadap perjuangan Parti PAS.

PAS KAWASAN KOTA RAJA DAN DHPP KOTA RAJA MERAKAMKAN UCAPAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA MENDIANG SEGAR.

Berikut adalah gambar mendiang yang masih penulis simpan semasa mengikuti program Expotani Parlimen Kota Raja.

Sementara gambar-gambar dibawah ialah sempena ziarah YB ke rumah mendiang dan tempat kemalangan yang meragut nyawa mendiang.

 Kerja-kerja parti yang beliau sedang laksanakan semasa kemalangan berlaku
Lencana yang digunakan semasa kempen PRU 12, 8 Mac 2008  ini terdapat didalam kereta mendiang semasa kemalangan berlaku, anda bayangkan betapa setianya mendiang terhadap perjuang PAS yang disertainya membuat YB dan rakan-rakan yang lain bertambah hiba dan sedih.

Nota : di harap pembaca budiman dapat meninggalkan komen berharga sebagai penghargaan terakhir terhadap mendiang dan ahli keluarga diatas pengorbanan dan sumbangan mendiang terhadapat Parti Islam Se Malaysia (PAS) dan perjuangan yang sedang kita lalui ini.

17 comments:

  1. Saya bagi pihak PAS Kawasan Kota Raja mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Segar bekas Ketua DHPP Sri Muda. Beliau merupakan pemimpin yang hebat dan dedikasi dan banyak berjasa pada PAS khasnya di Kota Raja. Maafkan saya, saya hanya mengetahui melalui Email sdr Razif. Insya Allah kami akan menziarah keluarganya secepat mungkin. TK Cgu Jaafar b Samsudin YDP PAs Kota Raja.

    ReplyDelete
  2. Saya mengambil peluang ini untuk mengucakan takziah kepada keluarga beliau dan mengucap ribuan terima kasih kepada Pn Veny kerana menghubungi sy.

    Saya mengenali Mendiang ketika kempen panas menjelang PRU 12 tahun 2008. pernah bersama beliau dan rakan-rakan yg lain sebanyak 2 buah bas penuh melawat TGNA di Kelantan pada hujung tahun 2008.

    Komitment dan keikhlasan beliau kepada perjuangan parti amat terserlah dan sukar dilupakan. Terlalu banyak kenangan dan memory bersama beliau & rakan2 yg lain dalam memberi kemenangan kepada PAS KR & khidmat yg dicurahkan untuk SEMUA.

    Kali terakhir menemui beliau ialah di PRK Hulu Selangor.

    ReplyDelete
  3. Mohd Yusof Abdullah

    Dgn paparan dibentangkan pun sudah memadai utk mengukur sejauhmana komitmen En Segar dalam perjuangan. Pemergian beliau tentu suatu kehilangan besar yg sukar dicari ganti.

    Salam takziah.

    ReplyDelete
  4. Mohd Yusof

    Paparan perjalanan hidup beliau sejak bersama DHPP hingga saat terakhir, memadai utk mengukur semangat juang dan pengorbanan beliau utk perjuangan PAS dan PR. Pemergian beliau tentu suatu kehilangan besar yg sukar dicari ganti

    Semoga keluarga yg tinggal tabah meneruskan hidup dan kita yg hidup mengambil beliau sebagai inspirasi..

    ReplyDelete
  5. takziah diucapkan...PAS kehilangan mereka yg ikhlas membantu perjuangan

    ReplyDelete
  6. Semoga akan lahir lebih ramai lagi pejuang seperti sdr segar....takziah kepada keluarga beliau.

    salam dari Beirut, Lebanon

    ReplyDelete
  7. I tak pandai komen: boleh kata macam ini: DHPP memerlukan setiap orang penyokongnya supaya menyumbang tenaga untuk perjuangan kami demi menegakkan keadilan untuk semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan bangsa. Hilangnya seorang pejuang memang akan dirasai oleh semua terutama pada masa menjelang PRU13 ini.

    ReplyDelete
  8. Saya selaku ketua DMPK Kota Raja amat terkejut di atas berita ini. Walaubagaimana pun saya bagi pihak DMPK Kota Raja mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang. Pemergiannya adalah satu kehilangan buat DHPP..mendiang telah menunjukkan kesungguhan dalan setiap kerjanya.

    ReplyDelete
  9. Salam Takziah...dari kami

    Seluruh Saf kepimpinan Dewan Pemuda Pas Negeri Selangor keatas mendiang Sdr Segar Mantan Pengerusi KPP (DHPP) Sri Muda telah meninggal dunia semalam,Diharapkan keluarganya tabah hadapi dugaan ini.

    Kami menghargai jasa,pengorbanan dan perjuangannya terhadap PAS tidak akan dilupai..

    Sekian,

    Bagi Pihak Ketua Pemuda PAS DPPNS,

    yang berusaha
    MOHAMAD ZAHRIEZAN BIN JAMALUDIN
    Pengerusi LPN DPPNS

    ReplyDelete
  10. ucapan takziah kpd keluarga En Segar & semoga tabah menghadapi situasi ini.

    Syed
    LPN Kota Raja

    ReplyDelete
  11. Komitmen dan ketaatsetiaan mendiang tidak akan dilupa dan menjadi inspirasi kepada rakan-rakannya yang akan meneruskan perjuangan disampingi kenangan semangatnya.”

    ReplyDelete
  12. Takziah kepada keluarga En Segar.Beliau telah berjuang bersama kita hingga akhir hayatnya. Semoga kita yang tinggal beristiqomah dalam perjuangan.

    daripada:
    Mohd Bahauddin

    ReplyDelete
  13. SELAMAT SEJAHTERA;

    Ucapan takziah kepada keluarga mendiang Sdra Segar. Diharapkan jasa, komitmen dan keikhlasan beliau akan menjadi kekuatan kepada kita yang dipilih oleh ALLAH SWT untuk memimpin perjuangan yang suci ini (di semua peringkat).
    Cuma (mohon maaf) ana khuatir ada unsur khianat @ sabotaj oleh pihak-pihak tertentu (musuh-musuh perjuangan) di atas kemalangan tersebut, wallahu a'lam.

    FAISAL BIN ABDUL RAMAN
    Exco Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam
    * 019-3407216
    * diamond_12ra@yahoo.com

    ReplyDelete
  14. Takziah kepada keluarga mendiang. Penghargaan setinggi2 dari kami di atas sumbangan tenaga & wang ringgit mendiang di dalam memperjuangkan keadilan untuk semua.

    SU PAS Kwsn KRaja.

    ReplyDelete
  15. Assalammualaikum & Selamat Sejahtera,
    Takziah daripada kami Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Hulu Selangor.

    Semoga keluarga mendiang tabah menghadapi situasi ini dan hari-hari mendatang.

    Buat PAS Kawasan, harap mengikuti perkembangan keluarga mendiang dan membantu sedaya upaya yang mungkin.

    Teruskan perjuangan kepada yang masih hidup.

    ReplyDelete
  16. Ucapan takziah kepada keluarga mendiang Sdr Segar.Harap sabar menghadapi dugaan dan cabaran. Nama Sdr Segar akan tersemat dihati nurani orang-orang Pas di Kota Raja juga dikalangan Dewan Himpunan Penyokong Pas seluruh Malaysia.

    ReplyDelete
  17. Salam.
    Seorang yang boleh dijadikan contoh oleh ahli DHPP seluruh negara. Berbakti hingga ke akhir hayat. Takziah buat keluarga mendiang.

    S/U Dewan Muslimat PAS Pusat
    bg pihak saf kepimpinan

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts