Sunday, April 29, 2012

Polis tembak gas dan meriam air : Apa kata anda

Ini penjelasan Polis  ..... Apa kata anda???? 

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh menjelaskan, pihaknya terpaksa menggunakan meriam air dan gas pemedih mata kerana peserta BERSIH merempuh polis untuk menuju ke Dataran Merdeka.


"Kumpulan berkenaan terus bergerak untuk memasuki Dataran Merdeka, pihak polis melepaskan gas pemedih mata untuk menghalang kemaraan peserta perhimpunan, sehingga kini pihak polis masih mengawal keadaan," katanya dalam kenyataan pada jam 5.30 petang.

Mohmad berkata, setakat jam 2.55 petang, perhimpunan terkawal dan tiada sebarang perkara tidak diingini.

Bagaimanapun, katanya, selepas pemimpin pembangkang dan NGO berucap, beberapa peserta membaling pelbagai objek ke arah polis dan merempuh halangan polis.

Kejadian itu, katanya, berlaku di tempat perintah larangan mahkamah di persimpangan Jalan Tun Perak/Jalan Tunku Abdul Rahman.

Keadaan itu, tambahnya, membuatkan polis terpaksa melepaskan tembakan air.

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts