Wednesday, July 18, 2012

Tiada Bendera Parti


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) setuju jika kempen pilihan raya di negara ini tidak membabitkan pemasangan bendera parti seperti yang dilaksana di Thailand.
Katanya penggunaan bendera hanya menyumbang kepada kekotoran selain mencacatkan pemandangan.
“Saya setuju dengan cara berkempen di Thailand yang tidak membenarkan mana-mana parti politik untuk menggantung bendera ketika kempen pilihan raya berlangsung.
“Kalau kita boleh berpakat tak payah pakai bendera sebab kadang-kadang serabut tengok bendera kotorlah, koyaklah... tak cantik,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Beliau yang ditemui selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, diminta mengulas mengenai cara berkempen di Thailand yang tidak membenarkan pemasangan bendera parti.
Majlis turut dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed serta wakil jabatan kerajaan negeri dan persekutuan

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts