Monday, December 3, 2012

TGNA : Umno jangan mengungkit-ngungkit

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyangkal kenyataan pemimpin-pemimpin Umno bahawa hanya parti itu sahaja menyumbang jasa kepada rakyat negara ini.

Sebaliknya kata beliau, Umno "perlu bersikap terbuka" kerana Pas yang memerintah Kelantan dan beberapa negeri lain sekarang dan sebelum ini juga ada jasa kepada rakyat dan negara.

"Dalam ucapan pemimpin Umno (semasa penggulungan) juga mengajak rakyat mengenang jasa-jasa Umno selama ini. Soal Tuan Guru (Nik Aziz), apakah Umno sahaja yang berjasa?... semacam Umno sahaja yang berjasa!

"Pas di Kelantan pun banyak jasa," kata Nik Aziz dalam satu kenyataan menerusi laman sosial beliau semalam  mengulas perkembangan di Perhimpunan Agung Umno 2012 yang berakhir kelmarin.

2 comments:

  1. Nak ungkit sikit je. TGNA pernah menyatakan bahawa beliau akan letak jawatan sebagai MB Kelantan jika Tun Mahathir berundur sebagai PM. Soalan : Ulamak jenis apakah dia ini? Tolong jawab.

    ReplyDelete
  2. Memanglah TGNA nk letak jwtn. Tp diri beliau tu milik jamaah. Keputusan jamaah mengatasi keputusan peribadi. Jamaah memutuskan beliau mesti terus memimpin Kelantan. Itu yg ramai tak faham cara bekerja dalam PAS ni. Pemimpin PAS wala dengan keputusan Syura. Syura putuskan lepas tu sami'na wa ata'na. Tawakkal 'alAllah. Itu 'Ulama PAS. Kepentingan diri di ketepikan. UMNO lain keputusan Syura pun dilanggar. Tak sama. Jadi jawapannya kpd soalan ulama jenis apakah ini?... Jawapannya ialah Ulama Warisatul Anbiya.

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts