Saturday, February 16, 2013

Himpunan Kebangkitan Tentera

Sekretariat Rangkaian Bekas Tentera (Kerabat) mengajak orang ramai khususnya anggota dan bekas tentera ke Himpunan Kebangkitan Tentera, Veteran dan Rakyat Ke Putrajaya pada 22 Februari ini.

Menurut Presiden Kerabat, Leftenan Kolonel (B) Nazari Mokhtar, himpunan itu akan diadakan di Padang Awam AU 2, Keramat bermula jam 9 malam.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan menyampaikan amanat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) manakala Timbalannya, Mohamad Sabu dan ahli jawatankuasa PAS, Mazlan Aliman serta Nazari sendiri akan turut menyampaikan ceramah.

Selain itu, semua jentera PAS dan Adun di Dun yang mempunyai pengundi pos di kalangan tentera dialu-alukan untuk hadir sebagai persediaan menghadapi PRU13.

"Kita menjangkakan 10 ribu tentera dan veteran akan hadir dan kata hikmat dari Presiden dan Timbalan Presiden amat penting sebagai azimat menghadapi PRU13," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Kerabat merupakan organisasi bebas yang ditubuhkan pada 18 Julai 2011 bertujuan menuntut hak dan kebajikan bekas tentera.

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Post a Comment

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts