Tuesday, January 6, 2009

Kebimbangan Penduduk Taman Sri Lembayung

Saya kena tenangkan penduduk kerana mereka takut kediaman mereka juga mengalami nasib yang sama seperti di Bukit Antabangsa.Setelah perbincanagan dilakukan dengan semua pihak.
Alhamdullillah pemaju mengambil sikap yang bertanggungjawab untuk mengambil tindakan segera dan sedia menanggung segala kos kerosakan yang berlaku.

Lawatan ke tapak pada 2.1.2009.Bertemu penduduk dan beri keyakinan kepada mereka bahawa mereka tidak keseorangan dalam menangani masalah ini.

Saturday, January 3, 2009

Isu Terminal Bas Klang Sentral selesai

Kota Raja ~ Berita Terkini TV3 malam tadi antara lain Exco Selangor Dr Xavier menyatakan bahawa Kerajaan Negeri tiada masaalah dan Isu Terminal Bas Klang Sentral selesai.

Isu yang mencuri tumpuan dengan tercetusnya bantahan penduduk (kerana dihasut oleh pihak tertentu) dan perselisihan pendapat antara pemimpin PR akhirnya selesai apabila semua pihak dapat menerima hakikat bahawa ia adalah jalan terbaik untuk system pengangkutan awam dan aliran trafik di Klang.
Ia nya amat melegakan penyokong PR dan seterusnya dapat menumpukan seluruh tenaga untuk memenangkan calun PAS/PR dalam PRK Kuala Terengganu nanti. Bagi pemimpin PR pula banyak pengajaran yang boleh diambil dari isu ini dan diharap semua pihak sedar dan tidak mengulangi kesilapan ini kerana risikonya kepada parti dan pemerintah amat tinggi seterusnya ia bakal dimanipulasi oleh media untuk kepentingan politik mereka

Intifada

Dataran Shah Alam ~ Malam tadi saya dan teman-teman dari Kota Raja (lebih 30 orang yang terjumpa berhampiran gerai jual kopiah bkt mertajam yang mahal tu antaranya Hj Hashim, Bob, Man Janggut, samsul s/u kawasan, tn syed secretariat & family, hj termizi ahli majlis mpk, hj mulyani, tamsani, azmel, ismail saime dan geng-geng unit amal kota raja ) berkumpul bersama hamper 1000 orang dalam majlis Himpunan Intifada Palestine.

Majlis yang gilang gemilang tersebut turut dihadiri oleh YB Yakkob Sapari dan YB Ir Tn Hj Khalid Samad yang dijemput sebagai pemidato utama pada malam tersebut. Dalam pidato tersebut YB Khalid Samad antara lain membacakan hadith Nabi yang antara lain bermaksud tentang ‘Kewajipan setiap umat Islam untuk turut serta dalam berjuang Fisabilillah & kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan mereka mati dalam keadaan jahil’

Majlis berakhir dengan Laungan Save Palestine & gema Takbir yang menggegarkan seluruh Bandaraya Shah Alam

Thursday, January 1, 2009

Peniaga diseru usah mudah terpedaya


Klang ~ Sinar Harian hari ini melapurkan mana-mana peniaga yang ingin dipasar berniaga malam sekitar daerah ini diingatkan berurusan terus dengan MPK atau ahli Majlis yang dilantik dikawasan berkenaan bagi tugas tersebut.

Ahli Parlimen Kota Raja, YB Dr Siti Mariah Mahmud berkata perkara itu perlu diberi perhatian memendangkan terdapat pihak yang tidak bertanggung jawab mendirikan pasar malam tanpa kebenaran MPK dan menggunakan nama wakil rakyat serta Exco berkaitan bagi mengaburi mata peniaga disini.

Menurutnya pasar malam adalah dibawah bidangkuasa pihak berkuasa tempatan PBT dimana wakil rakyat mahu pun Exco tidak pernah terbabit dalam urusan berkenaan dan tindakan pihak terbabit menggunakan nama-nama pemimpin berkenaan adalah tidak masuk akal.

Dr Siti Mariah menambah, ‘peniaga perlu memberi perhatian kerana jika mereka terpedaya, maka mereka juga yang akan rugi kerana pihak terbabit mengenakan caj yang tidak menasabah bagi setiap tapak di pasar malam berkenaan’.

‘Selain itu, tindakan penganjur yang berani mendirikan pasa.ar malam tanpa pengetahuan persatuan penduduk menunjukkan mereka nekad dalam memperdaya peniaga yang terlibat’ katanya

Menurut YB Dr Siti Mariah lagi, penganjur yang tidak bertanggung jawab itu juga dikatakan mengenakan bayaran yang tidak menasabah apabila mengenakan RM 300 bagi setiap petak dan paling meragukan, sebanyak RM80 diperlukan bagi ‘urusan dengan pihak MPK’

Katanya, setiap peniaga juga perlu menggunakan peluang yang diberi untuk berniaga disini dan tidak menggunakan lesen yang diberi untuk tujuan lain.

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts