Thursday, January 1, 2009

Peniaga diseru usah mudah terpedaya


Klang ~ Sinar Harian hari ini melapurkan mana-mana peniaga yang ingin dipasar berniaga malam sekitar daerah ini diingatkan berurusan terus dengan MPK atau ahli Majlis yang dilantik dikawasan berkenaan bagi tugas tersebut.

Ahli Parlimen Kota Raja, YB Dr Siti Mariah Mahmud berkata perkara itu perlu diberi perhatian memendangkan terdapat pihak yang tidak bertanggung jawab mendirikan pasar malam tanpa kebenaran MPK dan menggunakan nama wakil rakyat serta Exco berkaitan bagi mengaburi mata peniaga disini.

Menurutnya pasar malam adalah dibawah bidangkuasa pihak berkuasa tempatan PBT dimana wakil rakyat mahu pun Exco tidak pernah terbabit dalam urusan berkenaan dan tindakan pihak terbabit menggunakan nama-nama pemimpin berkenaan adalah tidak masuk akal.

Dr Siti Mariah menambah, ‘peniaga perlu memberi perhatian kerana jika mereka terpedaya, maka mereka juga yang akan rugi kerana pihak terbabit mengenakan caj yang tidak menasabah bagi setiap tapak di pasar malam berkenaan’.

‘Selain itu, tindakan penganjur yang berani mendirikan pasa.ar malam tanpa pengetahuan persatuan penduduk menunjukkan mereka nekad dalam memperdaya peniaga yang terlibat’ katanya

Menurut YB Dr Siti Mariah lagi, penganjur yang tidak bertanggung jawab itu juga dikatakan mengenakan bayaran yang tidak menasabah apabila mengenakan RM 300 bagi setiap petak dan paling meragukan, sebanyak RM80 diperlukan bagi ‘urusan dengan pihak MPK’

Katanya, setiap peniaga juga perlu menggunakan peluang yang diberi untuk berniaga disini dan tidak menggunakan lesen yang diberi untuk tujuan lain.

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts