Selamat tinggal 2008
2008 ~ Keputusan Pilihanraya ke 12 pada tahun ini merupakan detik paling penting dalam sejarah parti kita sehingga mengubah sejarah 50 tahun pemerintahan BN yang tumbang di Negeri Selangor dan Parlimen Kota Raja mencatat jumlah majoriti tertinggi berbanding semua calun PAS yang bertanding diseluruh negara pada PRU kali ini.
Dengan izin dan pertolongan Allah selain menempuh cabaran dengan semangat juang dan kerjasama yang tinggi dikalangan Ansarullah Kota Raja merupakan kunci kejayaan yang kita nikmati ketika ini. Terima kasih juga kepada Kelab Penyokong PAS yang bersama-sama bertungkus lumus menjayakan misi ini.
Selalu saya katakan kemenangan PAS di Kota Raja bukan milik saya sendirian tapi ianya merupakan kemenangan kita bersama dan kita harus terus berganding bahu bersama-sama seperti mana kita lakukan untuk memastikan PAS menang di Kota Raja tempuh hari untuk ‘Berkhidmat kepada Semua’
Selamat datang 2009
2009 ~ Dalam kegawatan ekonomi global saya menjangkakan tahun ini merupakan tahun penuh cabaran untuk kita semua. Kota Raja yang terletak di pinggir bandar sebenarnya masih terlalu ramai penduduk yang hidup dalam kedaifan (rujuk wawancara saya bersama Sinar pada Isnin 15 Disember 2008).
Untuk itu pada 2009 nanti saya menjangkakan akan lebih ramai penduduk Kota Raja yang akan kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan mereka disebabkan kegawatan ekonomi ini. Ia nya pasti mengambil masa yang lama sekitar dua hingga tiga tahun untuk pulih.
Dikesempatan ini saya ingin menyeru kepada semua rakyat Kota Raja agar bermula dari saat ini mengamalkan cara hidup yang berhemah dan berbelanjalah mengikut keperluan sahaja.
Bagi tuan puan yang mempunyai anak yang ramai sessi persekolan yang akan bermula pada 5hb Januari 2009 nanti merupakan cabaran yang harus ditempuh oleh setiap keluarga. Dalam apa keadaan sekali pun saya berharap agar anak-anak ini mendapat pelajaran yang sewajarnya walau pun dalam keadaan apa sekali pun. Diharap ketua-ketua cawangan bersama-sama JKKK dan AJK dapat memantau perkara ini supaya tidak ada anak yang tercicir dari persekolahan pada sessi kali ini. Jika ada kes seperti ini bincang dan cari lah jalan penyelesainya.
Wassalam
Dr Hajjah Siti Mariah Mahmud
31 hb Disember 2008

No comments:
Post a Comment
Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah