Sempena Sambutan Tahun Baru ini saya mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijiriah 1430 kepada semua Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kota Raja, AJK Lajnah PAS Kawasan, Ketua-Ketua Cawangan serta AJK, Kepimpinan Muslimat PAS Kawasan & AJK, Ketua-Ketua Kampung serta AJK JKKK, ahli-ahli PAS, Kepimpinan PKR dan AJK serta Ahli serta semua pendokong dan penyokong PAS yang selama ini menjadi tulang belakang kepada Pas Kawasan Kota Raja selama ini.
Selepas 9 bulan menjadi Wakil Rakyat di Kota Raja terlalu banyak kerja dan masaalah yang perlu diselesaikan. Sebagai wakil rakyat saya cuba menyelesai setiap masaalah mengikut kemampuan saya. Walau bagaimana pun rakyat seharusnya memahami bahawa pada peringkat Faderal kita masih sebagai pembangkang yang dinafikan hak kami sebagai wakil rakyat pilihan rakyat oleh pemerintah sehinggakan tiada satu sen pun peruntukan yang diberi untuk kami supaya saya boleh salurkan di Kota Raja.
Pada peringkat ini pengundi dan penyokong Melayu boleh dikatakan melebihi 70% memahami masaalah saya …. Terima kasih.
Oleh yang demikian untuk mencari dana bagi membantu golongan yang amat sangat memerlukanya saya dengan bantuan Sekretariat Parlimen Kota Raja telah mengujudkan sebuah tabung yang dinamakan Tabung Kebajikan Parlimen Kota Raja. Antara matlamat penubuhan tabung ini adalah bagi menyediakan dana untuk membantu rakyat Kota Raja yang benar-benar miskin dan hidup mereka tidak terbela disamping pelbagai perkara lagi. Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan sabarang bantuan berupa wang tunai, barangan makanan dan sebagainya boleh berhubung terus dengan sekretariat.
Dalam keadaan ekonomi semakin meruncing saya harap kita lebih berjimat cermat, berbelanjalah bila perlu sahaja.
Saya doakan agar semua sukses dalam apa juga perkara yang dilakukan - wassallam

No comments:
Post a Comment
Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah