Saturday, December 6, 2008

KAEDAH DISPLIN DALAM GERAKAN ISLAM

KAEDAH DISIPLIN DALAM GERAKAN ISLAM

Kalimah berDISIPLIN bererti seseorang itu melakukan sesuatu dengan teratur dan menurut perencanaan, patuh kepada peraturan-peraturan, pandai mengurus masa serta menjaga ketepatan waktu.

Tuntutan Disiplin Dalam Organisasi

Anggota-anggota jemaah yang berdisiplin adalah penting seperti pentingnya kepemimpinannya juga.

Maududi menulis "......sebuah gerakan, sekalipun mempunyai ciri ciri yang baik, menemui kegagalan hanya disebabkan oleh hakikat bahawa ia tidak dapat menterjemahkan skema-skemanya ke bentuk praktik. Ini berpunca daripada ketiadaan disiplin dan kerjasama. Usaha-usaha berdisiplin bermakna bahawa seluruh jemaah mesti mengikut prosedur serta peraturan yang telah ditetapkan olehnya."

1. Seorang Muslim wajib beriltizam dengan arahan dan nizam (sistem) jamaah. Itu adalah perkara asasi dan perlu untuk kebaikan perjalanan amal dan usaha merialisasikan segala tujuan jemaah. Kesetiaan ini dipandang sebagai taat dan ibadah kepada Allah.

2. Setiap anggota jemaah mesti membiasakan dirinya melaksanakan setiap perintah pemimpin atau mas'ulnya dalam jamaah. Dia mesti taat kepada pemimpin di waktu susah, senang, sama ada suka atau tidak, asalkan perkara yang tidak mungkar dan tidak maksiat.

3. Tentera da'wah wajib menjaga waktunya dengan bersungguh sungguh, berdisiplin dalam segenap urusannya dengan peraturan yang rapi, berguna kepada manusia, mampu berusaha, mujahid untuk dirinya, berwaspada dari godaan hartabenda, anak dan isteri. ".....tiap tiap anggota majlis itu mestilah bersungguh sungguh untuk menghadirkan dirinya pada waktu yang telah ditentukan dan tidak boleh lambat datang kecuali kerana tersangat terpaksa. Itupun dengan memberitahu alasan terlebih dahulu.

Kelemahan Tanpa Disiplin.

Organisasi lemah dan lembab. Kerja-kerja terbengkalai dan da'wah tidak akan berkembang. Dan tidak tercapai matlamat gerakan. Disiplin merupakan salah satu faktor (berkait dengan individu) yang menyebabkan para du'at gugur/tercicir disepanjang jalan da'awah.

Sebab Kemerosotan Disiplin.

1. Kemerosotan Iman.

Menjadikan seseorang itu tidak sensitif terhadap perlaksanaan sesuatu tugas itu dengan segera. Salah satu kesan ialah tiada iltizam dengan waktu yang telah ditentukan untuk sesuatu perjumpaan ataupun waktu yang telah ditentukan untuk melaksanakan sesuatu kerja.

2. Kemahuan yang Lemah dan Kurang Azam - Menyebabkan cepat berputus asa, mengalah serta mudah patah semangat.

3. Masalah Peribadi

4. Penyakit Lupa - Lupa kepada arahan, peraturan, waktu pertemuan serta tugas-tugas. Salah satu sebab mempunyai terlampau banyak tugas.

5. Sikap Kurang Tegas Pemimpin.

wallahu'alam
kota raja

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts