Sebagaimana biasa, tiap-tiap tahun masyarakat Cina di negara ini, bersama masyarakat Melayu, India dan lain-lainnya menyambut perayaan Tahun Baru Cina dengan meriah. Tambahan lagi, tahun ini ialah tahun lembu; melambangkan kemakmuran yang dihasilkan dari usaha yang bersungguh-sungguh berserta keazaman yang tinggi.
Sempena sambutan tersebut saya sekelurga bersama YB Dr Xavier Jayakumar ADUN Sri Andalas dan YB Tuan Shuhaimi Shafie ADUN Sri Muda serta seluruh pimpinan Pakatan Rakyat Kota Raja mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Gong Xi Fa Cai buat seluruh rakan-rakan serta rakyat berbangsa Tiong Hua di Kota Raja dan Seluruh Malaysia.
Tahniah! Semoga istiqomah dalam usaha mendekatkan masyarakat bukan Islam dengan perjuangan kita "PAS FOR ALL"
ReplyDeleteMemimpin Perpaduan