Wednesday, August 12, 2009

Salah Faham

Pertentangan pendapat antara Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali dengan Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu berhubung isu arak di negeri ini, disifatkan sebagai satu salah faham (miscommunication).

Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat merangkap Pengerusi Lajnah Perpaduan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali berkata, sebenarnya apa yang diperkatakan Dr Hassan berhubung Ronnie hanyalah satu salah faham.

“Maknanya Datuk Hassan bukan kata keluarkan daripada Exco tetapi media melaporkan bahawa mahu menggugurkan Ronnie daripada menjadi Exco.

“Kita masih kekalkan hubungan baik dengan DAP sebagai satu rakan dalam kerajaan dan kita hormat mereka (DAP) kerana kita juga mahu dia hormat kita. Kerajaan Persekutuan seharusnya memainkan peranan bagi menghalang orang Melayu daripada membeli arak di tempat lain kerana kerana mereka yang mengeluarkan lesen.

“Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) juga menyatakan bahawa sekiranya tidak ramai pelanggan di kawasan itu, kenapa dia perlu buka bisnes di situ,” katanya.

“Ini gaduh adik beradik. Itu saja. Tetapi dari segi prinsip dan gerak kerja, semuanya seperti biasa. Maknanya ‘miscommunication’ itu mungkin kerana orang yang ditanya media, dia tidak mendapat ‘full picture’.

“Pada masa itu, belum ada perbincangan antara Pas dan DAP, tetapi pendirian Pas Selangor masih dengan DAP dan menjaga kerjasama serta menghormati mereka.

“Pas mahu menjaga kepentingan orang Islam, jadi kalau orang Cina atau orang lain nak minum, Pas tidak melarang,” katanya.

Sunday, August 9, 2009

Bengkel PMR Parlimen Kota Raja

Anak-Anak Kota Raja yang dikasihi sekelian, untuk makluman anak-anak peserta yang ingin menyertai bengkel ini telah penuh dan melebihi sasaran. Pihak urusetia terpaksa menambah kerusi bagi menampung bilangan yang ingin menyertainya.

Bengkel ini bakal diadakan pada 15.08.2009 jam 8.00 pg di Dewan Auditorium Majlis Daerah Klang.

Ada peserta yang memberitahu urusetia bahawa mereka sanggup duduk dilantai asalkan mereka dibenarkan hadir. Apa kan daya kami juga mementing keselesaan para peserta agar tumpuan dapat diberikan kepada fasilitator kami.

Urusetia dan Pejabat Parlimen serta YB Dr Siti Mariah Mahmud memohon maaf kepada anak-anak Kota Raja dari kaum Melayu, India dan Cina yang tidak dapat menyertai program ini dan TAHNIAH kepada yang berjaya menyertainya.

Dimasa akan datang datang kami akan usaha supaya lebih ramai dapat menyertainya.

Saturday, August 8, 2009

Wasiat

"Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya, selama itulah kamu akan aman dan damai dan selamat sejahtera."

1 Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU ( Sekarang Malaysia )

2 Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak-anak cucu kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

3 Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

4 Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

5 Kami isytiharkan ISLAM agama persekutuan.

6 Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

7 Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan Kepentingan sah kaum lain.

Nota : banyak perkara boleh diulas selepas ini, Tahniah Raja Nazrin.

Taklimat

Thursday, August 6, 2009

Tiada demo di masjid esok

Timbalan DPPS, Ahmad Zaidy Abd Mutalib menafi keras dakwaan exco Pergerakan Pemuda Umno, Tengku Azman Tengku Zainal Abidin bahawa PAS akan menganjurkan demo tersebut di kawasan masjid esok, Jumaat.

Menurut beliau, Pemuda PAS tidak ada kena mengena dengan perancangan demo sebagaimana yang didakwa oleh Pergerakan Pemuda Umno tersebut.

"Pemuda PAS Selangor tidak pernah menghubungi Pemuda Umno dan tidak pernah merancang hendak mengadakan demonstrasi," tegasnya.

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts