Wednesday, August 12, 2009

Salah Faham

Pertentangan pendapat antara Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali dengan Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu berhubung isu arak di negeri ini, disifatkan sebagai satu salah faham (miscommunication).

Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat merangkap Pengerusi Lajnah Perpaduan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali berkata, sebenarnya apa yang diperkatakan Dr Hassan berhubung Ronnie hanyalah satu salah faham.

“Maknanya Datuk Hassan bukan kata keluarkan daripada Exco tetapi media melaporkan bahawa mahu menggugurkan Ronnie daripada menjadi Exco.

“Kita masih kekalkan hubungan baik dengan DAP sebagai satu rakan dalam kerajaan dan kita hormat mereka (DAP) kerana kita juga mahu dia hormat kita. Kerajaan Persekutuan seharusnya memainkan peranan bagi menghalang orang Melayu daripada membeli arak di tempat lain kerana kerana mereka yang mengeluarkan lesen.

“Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) juga menyatakan bahawa sekiranya tidak ramai pelanggan di kawasan itu, kenapa dia perlu buka bisnes di situ,” katanya.

“Ini gaduh adik beradik. Itu saja. Tetapi dari segi prinsip dan gerak kerja, semuanya seperti biasa. Maknanya ‘miscommunication’ itu mungkin kerana orang yang ditanya media, dia tidak mendapat ‘full picture’.

“Pada masa itu, belum ada perbincangan antara Pas dan DAP, tetapi pendirian Pas Selangor masih dengan DAP dan menjaga kerjasama serta menghormati mereka.

“Pas mahu menjaga kepentingan orang Islam, jadi kalau orang Cina atau orang lain nak minum, Pas tidak melarang,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts