Semenjak memerintah negeri Selangor, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memang sentiasa terbuka dengan protes atau bantahan yang diluahkan oleh rakyat. Sudah beberapa kali kumpulan-kumpulan NGO dan rakyat berdemo di SUK atau menghantar memorandun. Belum sekali pun saya dengar rakyat dimarahi dan dikritik kerana berdemo atau berlainan pendapat.
Namun apa yang berlaku pada hari jumaat lepas amat tidak bertamaddun dan sudah pasti mengguris perasaan penganut agama Hindu diseluruh Malaysia. Kenapa kita menjadi begitu tidak sensitif kepada agama orang lain sedangkan agama Islam melarang umatnya menghina dan mencerca tuhan atau kepercayaan orang lain. Kita sayang agama kita begitu juga orang lain.

Tindakan "penduduk" seksyen 23 Shah Alam (benak hati saya mengatakan yang berdemo bukan dari kalangan penduduk semuanya) berdemo untuk membantah pembinaan kuil di kawasan rumah mereka boleh kita terima. Itu hak mereka untuk menyatakan perasaan mereka. Namun apabila ada dikalangan mereka yang membawa kepala lembu dan dengan megahnya bergambar sambil memijak kepala lembu adalah satu perbuatan melampau.
Adakah mereka pura-pura tidak tahu lembu ialah binatang suci agama Hindu? Ia bukan sahaja suatu perbuatan provokasi tetapi memaparkan kepada dunia orang Melayu Islam tidak menghormati orang lain dan biadap. Kerana nila setitik habis susu sebelanga. Bukankah Allah SWT berfirman di dalam Al Quran di dalam surah Al Kafirun "lakum diinukum waliyadiin" - bagi kamu agama kamu.

Saya bimbang sekiranya pihak kerajaan tidak mengambil tindakan tegas kepada pihak yang terbabit, akan ada lagi provokasi yang lebih mencemaskan. Cuma hati saya kuat mengatakan ada dalang disebalik perbuatan melampau ini. Umumnya rakyat Malaysia berbilang kaum mempunyai toleransi yang tinggi terhadap amalan agama orang lain.
Sedikit masa dahulu, perasaan orang-orang Islam cuba dipanaskan dengan hasutan kononnya Ahli Parlimen Seputih, YB Teresa Kok dan DAP menghalang laungan azan . Sebelumnya isu penternakan babi dimainkan untuk menimbul kemarahan orang Islam. Cerita-cerita ini sengaja dimainkan oleh Utusan Melayu buat seketika.
Kemudian cerita-cerita pembohongan yang mengatakan jumlah kuil bertambah di Selangor semenjak PR memerintah. Bila perkara ini disampaikan kepada saya, saya minta si pembawa berita tunjukkan kepada saya di mana kuil baru dalam kawasan Kota Raja. Kawasan saya mempunyai 28% penganut Hindu. Langsung terdiam. Sekarang perasaan kaum India pula cuba dibakarkan pula.
Memang ada usaha pihak-pihak tertentu untuk menimbulkan pergeseran kaum dan menggambarkan yang kedudukan Islam dan Melayu semakin terhakis. Perasaan tidak selamat (insecurity) inilah yang akan menyebabkan sesetengah orang begitu emosi. Walau bagaimana beremosi sekali pun seorang itu tidak akan bertindak bersendirian. Perlu ada mereka-mereka yang menjadi fasilitator menghembus perasaan supaya menjadi api yang semarak. Jika pihak-pihak yang terdesak ini tidak berjaya untuk memprovokasi orang awam untuk mengganas, saya tidak hairan mereka akan mengupah pihak-pihak tertentu yang sanggup mencetuskan kekacauan.
Tujuan mereka ialah mengambil alih negeri Selangor dengan apa cara sekali pun. Jadi tidak hairan jika mereka sedang mencari jalan untuk mencetuskan kekacaun dan menggunakan undang-undang darurat atau mageran dinegeri Selangor seperti yang pernah berlaku di Kelantan di dalam tahun 70an.

Jadi awas lah rakyat Malaysia yang cintakan demokrasi dan keamanan. Jangan terperangkap dengan tipu daya orang-orang yang terdesak ini. Mereka gagal memenangi semua PRK di semenanjung, gagal menyebabkan perkelahian dan perpecahan parti-parti dalam PR, gagal mencetuskan pergaduhan sesama rakyat, gagal untuk mencari katak-katak yang cukup dikalangan ADUN PR untuk melompat menyokong mereka............ mereka akan mencuba lagi. Entah apa pula karenah mereka ??
Dr Siti Mariah Mahmud
30hb Ogos. 2.15 pagi
Assalamua'laikum YB Puan Dr. Hjh Siti Mariah, moga Ramadhan ini membawa rahmat dan kesejahteraan disamping keluarga dan tugas.
ReplyDeleteSaya tertarik dgn isu kuil yang terhangat di pasaran sekarang ini. Izinkan saya menarik perhatian YB buat seketika....
1. ISU PEMINDAHAN KUIL DRP SEK. 19 KE SEK. 23 Pada pandangan saya isunya adalah TEMPAT dan ORANG ISLAM. Merujuk kpd maklumat YB, saya yakin org Melayu/Islam tidak akan merasa marah jika kuil tersebut telah berada lebih awal dilokasi perumahan mereka sebelum projek perumahan dibangunkan. Isu PKNS tidak memaklumkan kpd pembeli tidak timbul. Dengan menyalahkan BN/UMNO itu adalah satu alasan mudah utk meraih simpati (undi), kononnya BN/UMNO tidak berjaya menjalankan amanah rakyat. Pd pandangan saya, kerajaan negeri gagal menyelesaikan masalah secara berhemah. Contoh: Di Taman Sri Andalas terdapat sebuah kuil Hindu yg besar didalam kawasan perumahan yg majoritinya org Islam. Lokasi kuil tersebut di Lingkungan Seri Mersing 25/30. Pd ketika itu ada juga org Melayu/Islam (PAS) membantah tetapi berjaya diselesaikan dgn cara berhemah oleh BN/UMNO. Syarat2 telah digariskan dan perlu dipatuhi (X boleh mengganggu lalu lintas/X boleh memakir sesuka hati di depan rumah kediaman/X boleh membuat bising), maka BN/UMNO berjaya menyelesaikan isu tersebut, rakyat hidup dgn harmoni.
2. BN/UMNO GAGAL MENYELESAIKAN ISU.
Pd pandangan saya jika YB menyatakan BN/UMNO gagal maka PR masih lagi gagal membetulkan yg kononnya BN/UMNO banyak membuat kesilapan tentang rumah ibadat. Kenapa masih gagal membetulkannya? Kerana PR tidak mempunyai satu dasar atau pendekatan yg betul dlm kontek keharmonian kaum.
3. KAUM INDIA 28% DI PARLIMEN KOTA RAJA?
Menarik juga statement YB, mungkin itu menyebabkan YB begitu yakin yg tidak ada isu pembinaan kuil baru....bagaimana pula dgn cadangan pembinaan Sekolah Tamil di Taman Sentosa? Apa justifikasi yg digunakan jika jumlah kaum India 28%, kerana pembinaan sekolah melibatkan Kerajaan Persekutuan walaupun tanah telah disediakan. Apa akan berlaku dgn Sekolah Tamil Ladang Highland dan Sekolah Tamil Simpang Lima? Ini adalah helah politik semata mata, maka rakyat akan dikaburkan dgn PENINDASAN kononnya dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan (BN/UMNO)kerana tidak mahu membangunkan sekolah.
Secara keseluruhannya, saya rasa YB akan bermain dgn politik....bagaimana agaknya dgn TANAH PERKUBURAN ISLAM DI KOTA KEMUNING, AGAKNYA BAGAIMANA PENYELESAIAN YG DIAMBIL OLEH YB? INI ADALAH JANJI-JANJI 'MANIS' YB DULU.
Saya akan terus memperhatikan wadah perjuangan YB Dr Hjh Siti Mariah, demi pembangunan Islam/Melayu.
p/s.
Dalam BN ada 14 Komponen dan UMNO menerajui Islam/Melayu.
Dalam PR ada 3 Komponen dan PAS pengikut.
Ikhlas:
HARN ACC