Sunday, June 13, 2010

Good News 4 Pakatan & Barisan

1. Berita baik untuk Pakatan dari TG Mursidur Am

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, bagi menjayakan perjuangan Islam, umat Islam masih perlu bergantung kepada masyarakat bukan Islam bagi menjayakannya.

Katanya, Nabi Muhammad - yang diibaratkannya sebagai "pemandu pertama" ajaran Islam - juga melakukannya pada zaman awal penyebaran agama Islam, termasuk mendapatkan perlindungan daripada bapa saudaranya Abu Talib yang tidak memeluk agama itu.

Mengaitkannya dengan politik semasa di mana PAS bergabung bersama parti bukan Islam seperti DAP, Nik Aziz berkata, tahaluf atau kerjasama politiknya dalam Pakatan Rakyat mengambil iktibar daripada sunah Rasulullah itu.

"Bagaimana hendak bawa Islam kalau timbul lagi isu tahaluf (kerjasama), dulu dengan Semangat 46, sekarang ini dengan DAP? (Hendak) marah kita kawan dengan DAP.

"Tolong beritahu pada Umno, bagaimana susah nabi (berjuang) sampai kena potong perkataan 'Rasulullah' dalam perjanjian dengan Mekah. Sampai begitu Nabi buat asal Islam boleh bertahan," katanya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Tok Guru Nik Aziz berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan Mursyidul Am dalam muktamar PAS ke-56 bertemakan "Islam Adil untuk Semua" di Pengkalan Chepa petang ini.

Dalam perjanjian Hudaibiah antara Nabi Muhammad dan kafir Quraish, baginda terpaksa menggugurkan perkataan "rasulullah" sebagai gandingan namanya kerana bagi menjayakan 'gencatan senjata' dengan golongan itu.

2. Good News 4 Pakatan dari TG Presiden

Walaupun ditentang banyak sahabatnya, tindakan itu akhirnya membawa banyak faedah kepada kerajaan Islam yang baru bertapak di Madinah ketika itu.

Sementara itu, berucap selepas itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula kali ini konsisten menyuarakan pandangan yang sama dengan Nik Aziz, walaupun tahun lalu beliau sering dikaitkan dengan isu kerajaan perpaduan dengan Umno.

Abdul Hadi menjelaskan, kerjasama politik yang diamalkan dalam Pakatan - bersama PKR dan DAP - sekarang ini dibuat berdasarkan al-Qurdan dan diizinkan syarak.

"(Sebaliknya) kerjasama (dengan) umno dalam menggadaikan prinsip dan akhlak. Dan ia tidak boleh dijadikan contoh dalam Islam," katanya yang juga ahli parlimen Marang.

Katanya, berdasarkan al-Quran dan muzakarah ulama yang dirakamkan dalam kitab-kitabnya, umat Islam dibenarkan melibatkan masyarakat bukan Islam dalam urusan politik.

"Amalan politik dalam Islam berbeza dengan sembahyang. Dalam sembahyang jemaah, imam (mesti) Islam, makmumnya Islam.

"Dalam politik, pemimpinya Islam, (tetapi) petugasnya boleh diambil daripada kalangan Islam dan bukan Islam," kata Abdul Hadi lagi.

Dengan ucapan itu, muktamar PAS selama tiga hari melibatkan kira-kira 1,500 perwakilan mulai Jumaat lalu dengan rasminya ditangguhkan.

3. Good News 4 Barisan dari Tok Guru Nik Aziz 

Pesan Tok Guru kepada Ahli PAS yang mengembirakan seluruh Ahli Umno dan kepimpinannya hari inilah supaya jangan 'perli, kutuk dsb terhadap Presiden Umno DS Najib dan Datin Seri Rosmah. "Jangan sakiti hati mereka" pesan Tok Guru lagi.

Baca seterusnya DISINI  dan  DISNI

Politik cara TGNA : Jangan menyakiti hati Najib/Rosmah

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menegur sikap perwakilan dalam muktamar parti itu yang menyindir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai isteri kepada Rosmah Mansur.

Katanya, tindakan itu boleh menyakitkan hati orang lain dan menyebabkan perasaan dendam.

"Hendak suka bolehlah, tetapi menyakitkan hati. Bila sakitkan hati apa jadi?

"Hanya (mewujudkan) dendam sahaja akhirnya," katanya yang juga menteri besar Kelantan.

Semalam, ketika sesi perbahasan usul di muktamar PAS ke-56 di Pengkalan Chepa, seorang perwakilannya memperli Najib sebagai isteri kepada Rosmah.

Di kalangan penyokong pembangkang, perkara tersebut sering menjadi bahan gurauan, dipercayai ekoran penampilan Rosmah dilihat lebih 'agresif' berbanding isteri perdana menteri lain sebelumnya.

Menyampaikan ucapan penangguhannya tengah hari ini, Nik Aziz menjelaskan Islam mengajar umatnya memanggil seseorang itu dengan gelaran yang paling disukai dan amat disenanginya.

"Bila hendak sebut nama orang, kita (mesti) sebut nama yang paling disukainya, (misalnya) pakcik, ayah haji, yang amat berhormat.

"(Kesimpulannya) katalah pekataan yang amat disenangi," tambahnya.

Menurut menteri besar lagi, perkara itu selari dengan landasan hikmah dan dasar kesederhanaan dalam Islam.

Teguran membina untuk ahli, pimpinan & pengerusi tetap PAS

Semua pemimpin dan ahli PAS diminta menjaga sensitiviti ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) selepas mereka diterima sebagai sahabat dalam PAS.

Antara isu yang sensitif adalah makanan apabila mereka menjemput ahli DHPP ini menyertai kenduri yang dianjurkan.

"Kalau kita amat sensitif dengan khinzir, mereka dari kaum India yang beragama Hindu pula sensitif dengan daging lembu.

"Jadi kalau kita nak buat kenduri dan mengajak mereka datang, kita kena sesuaikan menu kita misalnya dari daging lembu kita ubah kepada kambing, ayam dan ikan," kata Dr Mariah Mahmud, AJK PAS Pusat yang juga anggota parlimen Kota Raja.

Dalam ucapan yang sama, Dr Mariah juga telah meminta ahli PAS khasnya kaum muslimin menjaga sensitiviti kaum wanita kerana PAS kini adalah parti yang bercita-cita mahu ke Putrajaya.

"Misalnya apabila kita suka sangat membuat lawak dengan isu poligami. Kita kena ingat, kebanyakan wanita di luar sana sangat sensitif dengan isu ini akibat dari banyaknya pengalaman negatif hasil dari poligami ini," kata Mariah.

Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan cara Pengerusi Tetap, Abu Kassim Abdullah yang suka sangat membuat lawak dalam isu ini dalam keadaan tidak sedar ia menghiris perasaan sesetengah wanita.

Mariah juga membantah cara sebahagian masyarakat yang suka menyalahkan wanita sahaja seolah-olah lelaki tidak salah misalnya dalam isu wanita mengandung tanpa suami.

"Misalnya apabila wanita mengandung atau hilang dara, siapakah yang menyebatkan wanita ini mengandung dan hilang dara?" soal Mariah.

Di samping itu, Mariah juga meminta ahli dan penyokong PAS agar juga menjaga kebersihan dalam amalan seharian mereka.

Konsep jumpa sampah ambil dan bawa balik dan buang ke tong sampah ini perlu dijadikan amalan, kata beliau.

"Semalam kami ke sebuah masjid untuk sembahyang. Kami tak lalu nak masuk tandas masjid itu kerana terlalu kotor dan terus ambil air sembahyang dan solat sahaja," kata Mariah memberikan contoh budaya pengotor di kalangan umat Islam yang sangat tidak kena dengan ajaran Islam.... sumber : harakahdaily

Friday, June 11, 2010

Ucapan Dasar yang Komprehensif & Menyeluruh

Setiausaha Agung PKR,  Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan ucapan dasar Presiden PAS di Muktamar PAS ke 56 hari ini suatu ucapan yang komprehensif, lengkap dan menyeluruh mencakupi pelbagai perkara penting.

Antara lain menurutnya,  Presiden PAS telah memberi penegasan semula terhadap empat prinsip muafakat rakyat yang telah diputuskan dalam konvensyen pertama Pakatan Rakyat di Shah Alam beberapa bulan lalu.


"Ini termasuk mempertahankan Islam sebagai agama rasmi, kedudukan Raja-raja Melayu, bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau di samping menjamin hak-hak orang Melayu dan bangsa asal.


"Dalam acara penting seperti ini dalam kalendar tahunan PAS untuk Presiden PAS kembali memperingatkan beberapa prinsip yang membawa kesepakatan dan muafakat di kalangan parti Pakatan Rakyat yang saya anggap sebagai satu peringatan yang signifikan untuk mengimbau kembali asas-asas kita dapat duduk bersama," katanya.


Mengulas lanjut, Saifuddin menganggap ucapan dasar ini penting bagi membentuk kekuatan dalaman PAS itu sendiri.


"Presiden PAS  telah  mengingatkan kembali asas-asas kekuatan PAS sebagai sebuah parti khususnya dalam mengingatkan kembali tugas utama dewan-dewan Ulama, Pemuda, Muslimat serta Dewan Himpunan Penyokong PAS.


"Di samping itu, Presiden PAS juga mengingatkan perwakilan tentang pentingnya untuk membina kekuatan dalaman parti. Presiden PAS juga turut  membawa keluar untuk lihat senario politik dunia samada di timur atau barat.


"Dari perspektif Pakatan Rakyat saya lihat ucapannya lengkap dan menyeluruh yang memberi mesej untuk diamati oleh komponen parti," jelasnya.


Sementara itu, perwakilan dari Kapar Selangor, Dr Rani Osman meminta supaya ahli PAS lebih terbuka dengan ilmu-ilmu baru dan meminta semua pihak turun ke bawah untuk bertemu rakyat.

"Semua peringkat dalam PAS kena turun ke bawah dan bertemu dengan semua sektor masyarakat bagi menyampaikan mesej PAS kepada rakyat. Kalau ucapan ini tidak di bawah ke bawah ia akan kekal dalam buku ucapan sahaja," kata beliau.

Dr Rani juga meminta para pemimpin PAS memfokaskan kembali kepada pengundi Melayu yang turut disebut dalam ucapan dasar Presiden kali ini.

"Menang atau kalah PAS dalam pilihan raya banyak bergantung kepada pengundi Melayu kerana kita bertanding di kawasan majoriti Melayu...ini kita kena ingat.
 
"Jadi usaha perlu dibuat untuk membolehkan mesej kita sampai ke kawasan-kawasan luar yang selama ini menjadi kubu musuh kita," kata Dr Rani.

Islam tercalar dibawah Umno

Biar pun lebih 50 tahun negara merdeka, namun imej Islam yang murni semakin tercalar akibat kegagalan dan ketidakadilan dilakukan Umno.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, keadaan itu berlaku meski pun Umno yang didakwa menjadi teras Barisan Nasional (BN) mendabik dada kononnya mereka parti penyelamat Melayu Islam dalam masyarakat majmuk.

“Namun hakikatnya mereka gagal, bahkan mengundang malapetaka kepada orang Melayu Islam, membawa wajah yang salah kepada masyarakat majmuk menjadi realiti masyarakat Malaysia.

“Hasilnya imej Islam yang begitu murni tercalar akibat kegagalan dan ketidakadilan yang dibawa Umno,” katanya pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-56 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) di sini. Ucapan dasar bertema:  “Islam Adil Untuk Semua”.

Beliau berkata PAS meneruskan ukhuwwah dengan semua kumpulan Islam dengan penuh tasamuh, digerakkan ke arah melaksanakan tanggungjawab ‘amal Islami’ yang syumul di negara ini.

“PAS terus menerus beristiqamah melaksanakan Tahaluf Siyasi sejak 1982 di atas nama Islam  berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.

“Pendekatan fikah politik Islam PAS menerusi amalan Tahaluf Siyasi dalam Pakatan Rakyat dengan model Islam yang sebenar terus dilaksanakan," katanya.

Kata beliau kerjasama itu terbukti pada banyak siri pilihan raya di negara ini termasuk  terbaru di Sibu, Sarawak baru-baru ini.

Beliau juga berkata sudah sampai masanya muslimat wajib bersama muslimin berganding  melaksanakan tugas tanpa menjejaskan kewajipan dalam rumahtangga.

Menurutnya ini penting kerana suasana kebanjiran pemikiran menyerang umat dan merosakkan masyarakat hasil daripada kuasa politik yang salah.

Selain itu beliau menggesa muslimat supaya meneruskan gerak kerja mendekati dan menghimpunkan remaja wanita dalam program keagamaan, sukan dan kesenian.

Muslimat juga mesti mengambil inisiatif dan berperanan mendepani isu penindasan wanita, remaja dan kanak-kanak secara lebih proaktif dan berkesan dengan menubuhkan institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan.

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts