Friday, June 11, 2010

Islam tercalar dibawah Umno

Biar pun lebih 50 tahun negara merdeka, namun imej Islam yang murni semakin tercalar akibat kegagalan dan ketidakadilan dilakukan Umno.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, keadaan itu berlaku meski pun Umno yang didakwa menjadi teras Barisan Nasional (BN) mendabik dada kononnya mereka parti penyelamat Melayu Islam dalam masyarakat majmuk.

“Namun hakikatnya mereka gagal, bahkan mengundang malapetaka kepada orang Melayu Islam, membawa wajah yang salah kepada masyarakat majmuk menjadi realiti masyarakat Malaysia.

“Hasilnya imej Islam yang begitu murni tercalar akibat kegagalan dan ketidakadilan yang dibawa Umno,” katanya pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-56 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) di sini. Ucapan dasar bertema:  “Islam Adil Untuk Semua”.

Beliau berkata PAS meneruskan ukhuwwah dengan semua kumpulan Islam dengan penuh tasamuh, digerakkan ke arah melaksanakan tanggungjawab ‘amal Islami’ yang syumul di negara ini.

“PAS terus menerus beristiqamah melaksanakan Tahaluf Siyasi sejak 1982 di atas nama Islam  berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.

“Pendekatan fikah politik Islam PAS menerusi amalan Tahaluf Siyasi dalam Pakatan Rakyat dengan model Islam yang sebenar terus dilaksanakan," katanya.

Kata beliau kerjasama itu terbukti pada banyak siri pilihan raya di negara ini termasuk  terbaru di Sibu, Sarawak baru-baru ini.

Beliau juga berkata sudah sampai masanya muslimat wajib bersama muslimin berganding  melaksanakan tugas tanpa menjejaskan kewajipan dalam rumahtangga.

Menurutnya ini penting kerana suasana kebanjiran pemikiran menyerang umat dan merosakkan masyarakat hasil daripada kuasa politik yang salah.

Selain itu beliau menggesa muslimat supaya meneruskan gerak kerja mendekati dan menghimpunkan remaja wanita dalam program keagamaan, sukan dan kesenian.

Muslimat juga mesti mengambil inisiatif dan berperanan mendepani isu penindasan wanita, remaja dan kanak-kanak secara lebih proaktif dan berkesan dengan menubuhkan institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan.

1 comment:

  1. PAS mesti berusaha untuk memastikan UMNO tidak mencalarkan Islam. Cara paling indah dan berhemah ialah, duduk semeja. Memang sesetengah pendapat mengatakan susahnya duduk semeja, tetapi hanya mati sahaja tiada ubatnya. Masalah lain InsyaAllah boleh dirawat. Hati keras dan pertelingkahan pendapat yang dipagar oleh ideologi masing-masing masih boleh dicairkan kalau kita sama-sama ingat masa depan ISLAM DAN MELAYU. Ingatlah bahawa orang Melayu yang tentunya mahu menjadi Islam sebagai amalannya terlalu jauh merempat. Pemimpin politik Melayu mungkin ada cara untuk mencari jalan demi menyurai dan menguruskan masalah Melayu dan Islam ini.

    Berbalah tidak sampai ke mana. A akan berkata B keras kepala, tetapi mahukah B pula mengakui kepalanya ada batu? Ya, sahabat-sahabat, kembalilah kepada Islam dan ajak UMNO mencari jalan demi memartabatkan bangsa Melayu. Sekaligus, memeartabatkan Islam sebagai jalan hidup di negara ini.

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts