Wednesday, June 30, 2010

Konspirasi untuk memalukan Shuhaimi

Dua ADUN Selangor telah diarahkan ke pejabat Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya esok bagi merakamkan kenyataan mereka.

Wakil PKR Mat Shuhaimi Shafiei (Sri Muda) dan Amirudin Shari (Batu Caves) menerima notis berasingan pada Isnin lalu bagi membantu penyiasatan di bawah Seksyen 17(a), Akta SPRM.

Mat Shuhaimi, ketika dihubungi mengesahkan bahawa beliau menerima notis berkenaan.

Katanya, walaupun tidak mengetahui apa yang ingin disiasat oleh SPRM, tetapi beliau akan tetap ke Putrajaya.

“Saya fikir ini adalah serangan kedua oleh BN yang menggunakan SPRM untuk memalukan perwakilan Pakatan di Selangor,” katanya sambil menegaskan bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.

Sementara itu, pengarah penerangan Selangor, Badrul Amin Baharom dalam satu kenyataan berkata langkah SPRM itu merupakan satu lagi serangan baru daripada siri percubaan untuk menjatuhkan pimpinan Pakatan di Selangor.

“Kami juga tidak menyangkal kemungkinan SPRM dipergunakan untuk menjayakan agenda Umno-Barisan Nasional merampas kuasa pentadbiran Selangor, sepertimana berlaku dalam insiden rampasan kuasa kerajaan negeri Perak pada tahun 2009,” katanya.

Sehubungan itu, Badrul Amin menggesa SPRM bersikap professional dalam menjalankan tugas.

“Kami turut menggesa SPRM menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin Barisan Nasional yang terang-terang melakukan rasuah seperti bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo,” katanya.

Menurut beliau, kedua-dua ADUN Pakatan itu akan hadir bersama peguam masing-masing ke pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 3 petang esok untuk memberi kerjasama yang sewajarnya.

2 comments:

  1. kalau sekadar siasatan biasa, kita redha. Yang dikhuatiri adalah jika hal ini mempunyai agenda dan tentu ia melukakan hati orang Melayu.

    Saya sokong supaya siasatan mesti bebas dan telus tanpa mengira parti. Kalau Mat Shuhaimi boleh disiasat, Khir Toyo juga mesti disiasat. Orang akan lebih ingin tahu apa dah jadi dengan Khir Toyo, berbandng apa yang Mat Shuhaimi buat.

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya Umno/Bn ni dh terdesak dah,yakin la kamu puak2 Umno Selangor ni kekal dengan PR....

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts