Monday, June 28, 2010

ADUN Sri Muda tinggalkan PKR?

Dengan pagi semalam Shuhaimi dan Dr Mariah bersama Jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat DUN Sri Muda dan Parlimen Kota Raja  merangka strategi bersama bagi meneruskan agenda kemenangan dan perjuangan parti. 

Desas-desus yang mendakwa empat ADUN iaitu Haniza Mohd Talha dari kawasan Taman Medan, Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia), Amirudin Shari (Batu Caves) dan Suhaimi Shafie (Sri Muda) sudah memutuskan untuk meninggalkan PKR adalah "berita yang paling sejuk dan basi" di DUN Sri Muda dan Parlimen Kota Raja.

Tiada sebarang sms diterima dari rakan-rakan pimpinan mahu pun akar umbi PAS dan PKR Kota Raja berhubung berita spekulasi ini Ahli parti, pendokong dan penyokong  Pakatan Rakyat Sri Muda nampaknya begitu matang menilai berita-berita yang tak munasabah dan masuk akal seperti ini.

Saya sendiri sejak petang tadi masih berbincang dengan Shuhaimi berhubung strategi PAS/PKR Sri Muda untuk memastikan rakyat terus menerima Pakatan Rakyat dalam PRU 13 akan datang. Dengan rakyat semakin selesa dibawah naungan PR di Selangor, UBN nampaknya semakin hilang arah tuju untuk menawan semula DUN ini dan berita ini hanya layak dibakul sampahkan sahaja.

Mohd Razif Maslan
Sekretariat Parlimen Kota Raja

3 comments:

  1. Adakah kita pasti ini tidak akan berlaku? Dan kalau benar ia tidak berlaku, adakah benar ia tidak menguntungkan parti lawan. Dalam politik semua boleh berlaku, sebab politik tidak pernah ada tarikh luput, tempoh jaminan atau kawalan mutu. Malah dalam politik juga kawan boleh menjadi lawan dan lawan tidak semestinya menjadi kawan.

    ReplyDelete
  2. Dalam politik apa pun boleh berlaku.

    Tapi perjalanan hidup akan menjadi lebih sukar bila seorang kawan langsung tidak mempercayai atau meyakini kawannya lebih-lebih jika kawan nya itu telah dianggap sebagai sahabat seperjuangan.

    Kami juga meyakini berdasarkan pengamatan kami selain kedekatan kami terhadap ADUN ini serta cara hidupnya yang jauh lebih sempurna dari Mat Kopiah (YB Zul)

    Baca lagi, http://p111kotaraja.blogspot.com/2010/06/yb-yang-rela-jadi-lembu-yang-dicucuk.html

    ReplyDelete
  3. ya, tapi saya langsung tidak mahu mendengar nama mat kopiah itu. dalam peperangan ini, kita menentang musuh yang menghunus pedang. Tapi kita harus membuka hati biar lapang, membuka fikir biar tenang. pemenang dalam pertentangan ini sebenarnya adalah mereka yang mati dalam prinsip, tidak menjual maruah pada matlamat yang kabur dan paling penting tidak sentiasa meletakkan kata-kata orang pada mulut sendiri. moga Allah merestui kebaikan yang kita tunjukkan untuk memenangi perjuangan ini.

    YB Shuhaimi, anda harus ingat kata-kata saya bahawa doa saya sentiasa basah di hujung lidah andai andai berjuang untuk bangsa, agama dan negara. Jangan gadaikan perjuangan. Lihat pada keringat kami golongan yang berjuang dalam diam. Lihat pada riak wajah kami. Dan dengarlah keluh kesah kami dan fahamilah rusuh hati kami bertahan beberapa penggal mendoakan sebuah kemenangan.

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts