Sunday, June 27, 2010

Lesu, bosan & hilang semangat

Selepas Ketua UmNo Bahagian Kota Raja menunjukkan dirinya macam bagus dengan memperlekehkan YB Shuhaimi dan Dr Siti Mariah, baca terus disini.
 YB Shuhaimi dan Sekretariat Parlimen Kota Raja dalam sessi bertemu penduduk di Pekan Sri Muda. UmNgok tunggu pilihanraya baru turun cari pengundi untuk beri rasuah.

Umno Kota Raja hari ini mengakui kepimpinan parti itu di peringkat akar umbi masih lesu dan gagal menggunakan peluang bagi menangani isu-isu yang timbul di Selangor, negeri pimpinan Pakatan Rakyat.

"Akar umbi sekarang lesu, bosan dan hilang semangat. Tidak tahan dan tak mengetahui strategi Umno negeri untuk merampas Selangor.

"Nak tunggu Pakatan bankrap, agak payahlah... Contohnya isu pasir, yang sepatutnya menjadi bom atom (kepada Pakatan) tetapi menjadi (umpama) kentut mak nyah," kata seorang perwakilan dalam mesyuarat Umno bahagian itu.

Sewaktu membahaskan usul bagi memperkasakan Umno Selangor, Rahman Nordin menggesa kepimpinan negeri seperti setiausahanya Datuk Satim Diman dan Ketua Penerangan Abdul Syukur Idrus menyerang kembali Pakatan bagi merampas semula Selangor.

"Kita akan terjah pemimpin malas, tidak menguntungkan untuk mempertahankan Islam dan Melayu yang cuba dihancurkan Pakatan Rakyat," kata Rahman.

Rahman juga turut mengkritik Umno negeri yang "berpeluk tubuh dan membisu seribu bahasa" berhubung kerajaan Selangor yang didakwanya mahu menyumbang peruntukkan kepada sebuah yayasan.

"Mana (pemimpin) Umno negeri, (mana) hulubalang kita, kerana mereka mahu mengembang sayap Pakatan Rakyat.

"Mana pemimpin kita, berpeluk tubuh dan membisu seribu bahasa.... Duit itu hak milik anak negeri Selangor," katanya.

Sementara itu seorang perwakilan - yang hanya dikenali sebagai Ismail - pula berpandangan sebaliknya.

Beliau mempertikaikan perkara itu kerana menurutnya kepimpinan Umno bahagian itu sendiri jarang membuat majlis penerangan kepada akar umbi.

"Sebaliknya pembangkang menggunakan pentas ceramah hampir setiap malam," kata Ismail.

2 comments:

  1. Published: Sunday June 27, 2010 MYT 4:09:00 PM
    Incidence of breast cancer in Kelantan is serious: HUSM


    KOTA BARU: The incidence of breast cancer in Kelantan is regarded as serious, with the Universiti Sains Malaysia Hospital (HUSM) recording about 10 new patients every month and five to six of them dying soon after.

    HUSM Breast Cancer Resource Centre coordinator Dr Nik Munirah Nik Mahdi said the majority of the patients were Malays with the disease having reached the fourth stage when it was difficult to treat.

    "They are more inclined to believe in bomoh or dukun (medicine men) because they are embarrassed to seek treatment at hospitals, which is most saddening," the radiologist told reporters at the centre Sunday.
    Ramailah pengundi kelantan akan mati?????

    ReplyDelete
  2. Di situlah letaknya perbezaan UMNO dan PAS. Pejuang PAS tidak mengenal erti jemu dan putus asa. Mereka rajin berceramah tidak kira hujan atau panas. Tidak kira mendapat sambutan atau tidak, mereka berceramah sebagai menyahut seruan dakwah dan yakin dengan habuan Allah SWT. Orang UMNO? Mereka berjuang untuk perut dan yang di bawah perut, memetik kata seorang penceramah.

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts