Saturday, August 13, 2011

Terima kasih dan tahniah kepada semua penderma



Bersama jemaah muslimat di Masjid Ar Rahimiah Klang
 Jemaah dan Masjid yang prihatin terhadap Saudara Islam yang ditimpa kesusahan. Allah Taala ganda setiap sumbangan anda untuk tujuan ini.




Friday, August 12, 2011

DS Najib & TS Muhyidin kena berubah dulu

KUALA LUMPUR, 12 Ogos: Perdana Menteri dan timbalannya adalah orang pertama yang perlu melakukan penjimatan tenaga ekoran kos untuk bil elektrik kediaman rasmi kedua-duanya berjumlah lebih RM10 juta setahun yang terpaksa dibiayai dengan duit rakyat.

Secara lebih tepat, bil elektrik untuk kedua-dua rumah rasmi pemimpin negara itu berjumlah RM10,267,868.15 seperti yang dijelaskan oleh kerajaan di parlimen sebelum ini.

Menurut AJK PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmod (gambar), arahan mewajibkan pejabat kerajaan membuka suhu pendingin hawa atas paras 24 darjah selsius untuk penjimatan adalah sesuatu yang baik, namun lebih baik jika ianya dimulakan oleh pemimpin utama negara terlebih dahulu.

Sebelum ini Harakahdaily menyiarkan, Najib mempunyai 11 pegawai media (tukang spin) yang menjaga kepentingannya sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh  perdana menteri sebelum  ini hatta mana-mana pemimpin dunia.

Negara dibawah pimpinan Najib juga mempunyai 30 menteri, jumlah yang terlalu besar untuk sebuah negara yang jumlah penduduknya adalah 28 juta.

UK dengan 62 juta penduduk ada 23 menteri, Perancis 66 juta ada 23 menteri, Amerika 312 juta ada 12 ahli kabinet dan Switzerland lapan juta ada tujuh menteri. Malaysia ada 28 juta penduduk dan 30 menteri.

"Janganlah arahan itu hanya dirasai oleh kakitangan awam sahaja, pemimpin utama negara perlu terlebih dahulu berjimat.

"Rakyat sudah lama berjimat tetapi pemimpin negara bagaimana," soal Dr Mariah yang juga Ahli Parlimen Kota Raja.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas arahan terbaru kerajaan supaya semua pejabat kerajaan menetapkan suhu pendingin hawa 24 darjah selsius atau lebih.

Kerajaan semalam memaklumkan akan mengeluarkan satu pekeliling berhubung perkara itu dan akan membentangkan satu akta baru di Parlimen untuk membolehkan penguatkuasaan yang sama dilakukan ke atas pihak swasta.

Ianya bertujuan bagi menjimatkan bil tenaga elektrik sehingga empat hingga tujuh peratus.

Walaupun ianya disifatkan suatu yang baik, namun apa yang masih dipertikaikan sehingga kini adalah kos pembiayaan kediaman rasmi perdana menteri dan timbalan yang dilihat langsung tiada pertimbangan untuk penjimatan.

Ia kerana kerajaan terpaksa membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman mereka.

Ia membabitkan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.

Jika dibahagikan, jumlah bil elektrik sebulan mereka adalah hampir RM160,000 sebulan.

"Bukan elektrik sahaja kena berjimat, air juga kena berjimat. Jika sudah tak ada sumber nanti, duit banyak pun dah tak guna.

"Satu lagi kepada pemimpin-pemimpin negara, berjimat la juga bila membuat majlis jamuan makan tu, bermewah sangat jangan sampai membazir," katanya.


Monday, August 8, 2011

myPR & Sidang tergempar Dewan Rakyat


Datuk Seri Nazri Aziz berkata keputusan untuk mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi membahaskan isu berkaitan pengurusan pilihan raya — didakwa pemastautin tetap diberikan hak untuk mengundi — akan dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan Datuk Seri Najib Razak.
image
Bercakap pada sidang media selepas menerima surat rasmi daripada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang diketuai Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Nazri berkata, perkara itu akan dimaklumkan kepada Perdana Menteri petang ini di Putrajaya.
“Saya telah dihubungi Yang Berhormat Salahuddin Ayub tentang perkara ini dan saya difahamkan satu memorandum mahu diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan saya bersetuju untuk menerima bagi pihak Perdana Menteri.
“Petang ini, saya akan hadir di satu majlis berbuka puasa bersama perdana menteri, insya-Allah saya akan sampaikan memorandum ini kepada perdana menteri petang ini,” katanya.
Ditanya sama ada sidang tergempar Parlimen perlu diadakan bagi membahaskan perkara itu, Nazri (gambar), Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagaimanapun berkata, ia akan dibincangkan terlebih dahulu dengan Najib.
“Apa pun saya akan bawa perkara ini kepada Perdana Menteri dahulu dan setelah berbincang dengan Perdana Menteri, baru kita akan berikan respons.
“Saya tidak boleh mendahului Perdana Menteri dalam hal ini,” katanya.
Beliau juga tidak memberikan sebarang jawapan mengenai desakan Pakatan Rakyat agar sidang tergempar Parlimen itu diadakan dalam tempoh tujuh hari, sebaliknya Nazri berkata, perkara itu akan dibincangkan terlebih dahulu.
Semalam Salahuddin berkata, Pakatan Rakyat memberi tempoh tujuh hari kepada Najib untuk memanggil sidang tergempar Parlimen.
Isu daftar menjadi hangat baru-baru ini ekoran pendedahan mengenai tindakan menukar status kewarganegaraan pemastautin tetap kepada warganegara dalam tempoh yang singkat dan ia mendapat bantahan kepimpinan Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Turut hadir dalam majlis penyerahan hari ini ialah seorang lagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Dr Hatta Ramli, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Khalid Samad dan Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff.
Nazri juga menambah bukan menjadi satu halangan untuk mengadakan sidang tergempar Parlimen semasa bulan Ramadan kerana perkara itu pernah berlaku sebelum ini.
“Kita pernah adakan sidang Parlimen pada bulan Ramadan, kalau tidak silap awal tahun 2000 kemudian dicadangkan supaya bersidang selepas bulan Ramadan.
“Kalau dibuat pada bulan Ramadan tiada masalah, sebab bulan puasa bukan halangan untuk kita,” katanya.
Terlebih dahulu, Salahuddin dalam sidang media berkata pihaknya serius untuk menyelesaikan perkara itu yang disifatkan sebagai pengkhianatan kepada negara.
“Kami mahu sidang tergempar Parlimen diadakan dalam tempoh tujuh hari, kita tidak boleh tunggu untuk sidang seterusnya pada Oktober.
“Kami ada bukti bahawa perkara ini berlaku dan kami mahu perdana menteri bertanggungjawab dan komited untuk membersihkan daftar pemilih,” katanya.
Sementara itu, Mahfuz menambah, pemberian status kewarganegaraan kepada pemastautin tetap dalam tempoh yang singkat akan mengancam kedudukan Majlis Raja-raja dan Perlembagaan Persekutuan.
“Ia juga melibatkan hal keselamatan negara, bagaimana warga asing boleh diberikan taraf kewarganegaraan dalam tempoh yang singkat? Bukan boleh beri kepada semua orang, mereka tidak membantu memajukan negara.
“Ia akan mengancam kedudukan Majlis Raja-raja… mereka juga tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan,” tegasnya.

Thursday, August 4, 2011

Kearah Pilihanraya yang Bersih

Harakahdaily   
SHAH ALAM, 4 Ogos: Kerajaan Negeri Selangor bersetuju menubuhkan satu geran untuk membiayai usaha-usaha memfailkan bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap senarai daftar pengundi baharu yang meragukan.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) berkata, Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) semalam telah bersetuju menubuhkan geran tersebut.

Beliau menambah, geran itu terbuka kepada orang ramai tanpa mengira kaum, agama dan kecenderungan parti politik.

Oleh kerana dana kerajaan negeri digunakan, ujarnya bantahan itu hanya melibatkan kawasan di Selangor sahaja.

Katanya, kerajaan negeri memandang serius aduan-aduan mengenai kepincangan pada daftar pengundi yang sedia ada dan senarai daftar pengundi baharu.

Menurutnya, aduan dan tuduhan termasuk rakyat negara jiran yang mendapat taraf permaustatin tetap dan disenarai sebagai pengundi amat merungsingkan dan perlu diselesaikan dengan segera.

“Kerajaan Selangor berpandangan bahawa rakyat mempunyai hak untuk menuntut satu daftar pemilih yang bersih untuk membuka jalan kepada satu pilihan raya yang bersih dan adil,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, petang semalam.

Katanya lagi, pilihan raya bersih dan adil adalah tiang utama kepada demokrasi tulen.

Beliau berkata, pilihan raya bukan sahaja perlu bersih dan adil tetapi juga perlu kelihatan bersih dan adil di mata semua.

“Setiap usaha mesti diambil demi memastikan kredibiliti pilihan raya dijaga dan pilihan sebenar rakyat dihormati,” ujarnya.

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts