Monday, September 28, 2009

Ibuku seorang pembohong (bhg ke-3)

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak.

Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur.

Saya melihat ibu membuat kuih dengan bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk.

Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Sunday, September 27, 2009

Ibuku seorang pembohong (bhg ke-2)

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah.

Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.

Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.

Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata :

"Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Nota : akan bersambung siri ke-3 (jika anda tidak mengikuti cerpen pendek ini dari mula, sila mulakan dengan bacaan siri pertama)

Saturday, September 26, 2009

Ibuku seorang pembohong (Bhg Pertama)

Terdapat 8 siri cerita pendek ini yang akan di paparkan setiap hari dan bermula hari ini merupakan bahagian pertama (nota ; cerita ini tiada kena mengena dengan kehidupan YB, sekadar untuk dijadikan pengajaran)

Memang sukar untuk orang lain percaya, tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya.

Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak perempuan dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga.

Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

..... (bhg Kedua) akan bersambung esok.

Friday, September 18, 2009

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas

Assalamulaikum WBT,

Ramadhan kali ini berlalu dengan begitu cepat. Suasana sambutan di Kota Raja pun dapat dirasakan kelainannya.

Hampir semua masjid dan surau yang saya kunjungi untuk beriftar dan berterawih penuh dengan jemaah (sehingga semalam Ramadhan 28hb) berterawih. Kebiasaanya masjid penuh sesak hanya pada dua minggu pertama.

Tahniah kepada warga Islam Kota Raja kerana istiqamah menghidupkan masjid di malam-malam Ramadhan. Kesemua masjid dan surau mengadakan program tadarus serta mengutip dan mengagih sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Doa saya untuk semua yang berjaya menjalani Ramadhan seperti yang dikehendaki Allah SWT dan Rasullillah SAW, semoga kemenangan ini dikekalkan dengan kita sama-sama meneruskan amalan-amalan sunat (kecuali solat terawih) semasa Ramadhan.

Jangan kita cemari sambutan kemenangan, Eidul Fitr, dengan perkara-perkara yang maksiat dan mungkar terhadap Allah SWT.

Kepada semua warga Kota Raja, saya memohon ampun dan ma'af jika ada kesalahan terhadap anda atau sekiranya ada kekurangan di dalam khidmat saya.

Kepada petugas-petugas dan sukarelawan PR, ahli-ahli majlis, ketua-ketua kampong, ahli-ahli JKP/MPP, Nazir / pengerusi serta JK masjid dan surau yang sentiasa memberi sokongan dan bantuan kepada saya dalam melayani aduan dan masalah rakyat - Selamat Hari Raya

Kepada semua yang akan balik kampong, berhati-hati di jalan raya dan sampaikan salam saya kepada keluarga anda.

Dr Siti Mariah Mahmud

Klik DI SINI untuk ucapan Hari Raya dari Sekretariat Parlimen KR

Monday, September 14, 2009

Ihya Ramadhan bersama Kelab Penyokong PAS Kota Raja

Lajnah Perpaduan Nasional Kota Raja dengan kerjasama MTD Sri Andalas telah menganjurkan program diatas semalam.

Lebih 100 orang non-muslim dari Kelab Penyokong PAS Kota Raja telah hadir sejak jam 5.00 petang lagi.

Majlis bermula dengan tayangan video aktiviti Lajnah Perpaduan Nasional Kota Raja dan selepas itu ditayangkan pula aksi pihak tertentu yang membawa kepala lembu berdarah seterus memijak kepada lembu tersebut di perkarangan bangunan SUK Shah Alam.

Selepas itu YB Khalid Samad menyampaikan ceramah isu-isu semasa. Para hadirin yang begitu asyik dan khusuk mendengar ceramah dan penjelasan oleh beliau.

YB Khalid terpaksa pulang kira-kira jam 6.20ptg setelah berceramah kira-kira 45 minit dan selepas itu AL Fadhil Ustaz Wan Ji pula mengambil giliran untuk menyampaikan Tazkirah Ramadhan kepada non-muslim yang terdiri dari ahli Kelab Penyokong PAS Kota Raja. Baca seterusnya catatan Ustaz Wan Ji dalam Blog beliau yang bertajuk TAZKIRAH KEPADA NON MUSLIM !!

Akhir sekali YB Dr Siti Mariah menyampaikan ucapan seterusnya menyampaikan bantuan kerusi roda kepada 5 orang OKU. Ke lima-lima kerusi roda tersebut disumbangkan oleh En Letchumanan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kota Raja.Lajnah Perpaduan Nasional Kota Raja mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang yang menjayakan program ini terutama Pengarah MTD Sri Andalas Tn Hj Termizi dan Sdr Syed Abd Malek yang telah berjaya menganjurkan program ini dengan cemerlang serta jamuan yang begitu enak sekali serta pimpinan Kawasan yang hadir termasuk YDP, TYDP, NYDP, Setiausaha, Bendahari.

Jemputan YB Khalid Samad, Ust Wan Ji, Mr Song dan semua pimpinan KPP.

Berkaitan dengan catatan ini :-

TAZKIRAH KEPADA NON MUSLIM !!

Teman Respect Al-Bakistani...

AKU BENCI JUMUD !!

Gambar & Peristiwa Menarik

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts