Sunday, September 2, 2012

Candid Rumah Terbuka Dr Mariah

Alhamdulillah .... mewakili YB Dr Siti Mariah dan YDP Kota Raja - saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa Panitia Rumah Terbuka Dr Siti Mariah bersama PAS Kawasan yang berlangsung dengan penuh meriah serta mendapat sambutan luar dugaan dari para tetamu yang terdiri hampir 98% ialah pengundi di Parlimen Kota Raja.

Selain itu kerjasama yang diberikan oleh Cawangan-Cawangan PAS diseluruh Kawasan Kota Raja menjadi resepi kejayaan yang sukar ditandingi. Penglibatan dari seluruh cawangan yang membiayai sebahagian dari kos program serta menyediakan tenaga kerja secara gotong royong amatlah dibanggakan.

Anggaran serta ketepatan dan kawalan makanan oleh AJK Jamuan berjaya menjadikan program ini begitu meriah dan santai kerana makanan cukup sedia ada satu setengah jam selepas program.

Sementara menu-menu yang disediakan amat menarik untuk dinikmati oleh setiap pengunjung.

Jika ada sedikit-sedikit kelemahan oleh pihak pengunjaur adalah perkara lumrah kerana program yang besar ini dijaya secara gotong royong dan sukarela oleh PAS Kawasan Kota Raja. 

Selaku Pengarah Program bersama Tn Hj Hakim Kari - Ucapan Syabas dan Tahniah kepada rakyat Kota Raja berbilang bangsa yang hadir beramai-ramai - dan tidak lupa kepada semua AJK dan Petugas ... anda telah melakukan yang terbaik untuk Kota Raja.

Terima kasih : Mohd Razif Maslan 






























Kredit gambar : http://www.facebook.com/media/set/?set=a.494257523935331.125763.100000532638313&type=1&notif_t=close_friend_activity

JOM kita berhari raya : Semua di Jemput Hadir

Bermula jam 11 pagi ini hingga jam 2 petang rakyat Kota Raja dijemput hadir ke Rumah terbuka ini.
Majlis diadakan diperkaranagan Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kota Raja disebelah Pasaraya NSK.
Kami tunggu dan sambut kehadiran anda semua bersama keluarga.



Saturday, September 1, 2012

Kita nak tukar Kerajaan bukan 'Jalur Gemilang'

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan tetap menggunakan bendera Malaysia sebagai bendera rasmi biarpun ada cubaan daripada sesetengah pihak yang melakukan provokasi mengibarkan bendera 'Sang Saka Merah' semasa himpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka, malam tadi.

Anwar menjawab pertanyaan pengikutnya di Twitter yang curiga ia akan dijadikan isu oleh Umno-APCO dan Barisan Nasional untuk menempelak Pakatan Rakyat kononnya gabungan itu akan mengubah bendera rasmi negara.

Respon Anwar melalui Twitter: 
@anwaribrahim PR tdk jdkan ini sebgai isu! @_Joe__7: harap DSAI dpt selesaikan isu bendera itu....jika tidak pasti Dlm PR sendiri akan wujud perpecahan disebabkan isu yg remeh ini 

@anwaribrahim PR -bendera Msia @razzanismail: apa pendapat DS tentang mereka yg kibarkan 'sang saka malaya' malam tadi?

Beberapa individu yang kelihatan semasa himpunan Janji Demokrasi dilihat mengibarkan bendera Sang Saka Merah yang didakwa bendera asal Tanah Melayu sebelum bendera itu digantikan dengan Jalur Gemilang semasa negara ini mencapai kemerdekaan pada 1957. 

Ia mendapat reaksi pelbagai di laman sosial Twitter selain blog pro-Umno-APCO cuba menjadikannya sebagai modal untuk menghentam Pakatan Rakyat. 

Pendapat Anwar turut disokong Ahli arlimen Sibu, Wong Ho Leng yang berkata ia hanyalah satu bentuk pembohongan mengalihkan cerita (spin) akibat kegagalan Umno-APCO menghalang himpunan Janji Demokrasi malam tadi yang dihadiri lebih 10 ribu orang tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. 

Tambah Wong lagi, tidak ada makna sambutan kemerdekaan dirayakan kerana pemimpin BN langsung tidak menjemput pemimpin Pakatan Rakyat menghadiri sambutan tersebut yang diadakan tahun ini di Sibu bagi peringkat Sarawak. Jelas cubaan Umno-APCO menjadikan isu bendera sebagai modal untuk menempelak Pakatan Rakyat gagal lagi. -wargamarhaen

Tuesday, August 28, 2012

Haron Din perjelas kejahilan Che Det


SHAH ALAM: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din  menyifatkan Tun Dr Mahathir membuat silap percaturan apabila berkata 'berkawan dengan syaitan yang dikenali lebih baik dari malaikat yang tidak dikenali'.

Bagi beliau, kenyataan dibuat Dr Mahathir itu ternyata memakan diri sendiri dan Umno-BN kerana umum terutamanya umat Islam mengetahui syaitan itu adalah makhluk Allah yang paling kejam dan derhaka.

Sebagai bekas pemimpin tertinggi negara dan pernah mengetuai Umno-BN untuk tempoh yang lama, tambahnya, adalah amat tidak wajar Dr Mahathir membuat kenyataan sedemikian rupa dengan melabelkan sesuatu pihak atau pertubuhan dengan nama seburuk itu.

“Di dalam Al Quran juga tidak terdapat ayat yang mengatakan malaikat sama ada dikenali atau tidak dikenali sebagai makhluk Allah yang lebih buruk atau derhaka kepada perintah Allah. 

"Malaikat dijadikan Allah sebagai makhluk yang patuh dan tidak derhaka akan perintah-Nya. Mereka akan kekal begitu sejak dari awal hingga ke akhirnya.

“Ia berlawanan dengan sifat syaitan kerana mereka memang diakui sebagai makhluk yang jahat dan derhaka kepada perintah Allah,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan dibuat bekas Perdana Menteri itu yang ditulis dalam blognya www.chedet.cc pada 22 Ogos lalu yang berharap rakyat tidak memberi mandat kepada Pakatan Rakyat (Pakatan) dalam pilihan raya akan datang

Beliau berkata demikian ketika dihubungi  wartawan  hari ini bagi menjelaskan kenyataan malaikat yang tidak dikenali itu lebih buruk berbanding syaitan yang dikenali.

"Tiada istilah atau ayat di dalam Al Quran yang menjelaskan  begitu", kata nya.

Dalam tulisannya, Dr Mahathir menulis “Better the devil you know than the angel you don’t” yang membawa maksud “Lebih baik syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang anda tidak kenali”.

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts