Sunday, October 4, 2009

Program LPN Selangor di Ldg Siliau sangat berjaya

BAGAN PINANG, 4 Okt - Sambutan Ulang Tahun Ke-2 'PAS For All' telah dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang malam tadi di Ladang Siliau, dekat sini. Majlis ini adalah anjuran Lajnah Perpaduan Nasional Negeri Selangor yang di Pengerusikan oleh YB Dr Halimah Ali dengan kerjasama Lajnah Perpaduan Nasional Kota Raja dan Kelab Penyokong PAS Kota Raja serta petugas-petugas pilihanraya dan Kuala Pilah serta dari Perak.
Majlis yang bermula jam 8.30 malam itu diadakan sempena genap dua tahun slogan 'PAS For All' dilancarkan oleh Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat pada 1 September 2007 merupakan pelengkap kepada penubuhan Kelab Penyokong PAS.Seramai 100 orang penduduk yang hadir ke malis tersebut majoritinya kaum India yang menetap dan berkerja di Ladang Siliau tersebut, sehingga majlis berakhir jam 10 malam tadi.

Hadir dalam majlis tersebut Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr. Halimah bt Ali yang juga ADUN Selat Kelang. Turut serta adalah Dr. Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja dan YB M.K Arumugam, ADUN Rahang.

Bercakap dalam majlis perasmian malam tadi, Presiden PAS dato' Seri Abdul Hadi Awang yang merasmikan majlis sambutan tersebut dalam ucapannya berkata,

Beliau mengharapkan agar penduduk sekitar Siliau terus memberi sokongan dan bangkit membuat perubahan pada pilihanaraya kecil Dun Bagan Pinang pada 11 Oktober akan datang.

Beliau turut menjelaskan konsep 'PAS For All' yang menawarkan keadilan dan kesejahteraan kepada semua kaum tanpa mengira perbezaan agama.

Majlis tersebut turut diserikan dengan cabutan bertuah dan sedikit bantuan kepada penduduk setempat yang hadir disampaikan oleh YB Dr. Halimah Ali dan YB Dr. Siti Mariah Mahmud.

Manakala ahli parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud menjelaskan betapa sukarnya menjadi wakil rakyat pembangkang di negeri kerajaan memerintah kerana tidak diberi bantuan kewangan untuk ADUN melaksanakan tugas di DUN masing-masing.

Beliau yang mewakili parlimen Kota Raja yang majoritinya kaum India berkongsi cerita bagaimana sokongan kaum India di kawasannya, sehingga kini permintaan penubuhan kelab penyokong PAS India sentiasa ada.

Turut berucap dalam majlis tersebut, Adun Rahang, M.K Arumugam berkata Bagan Pinang perlu dimenangi bagi menambah kerusi pembangkang dalam sidang DUN Negeri Sembilan sekaligus mengurangkan majoriti BN.

"Kerusi pembangkang perlu ditambah bagi membolehkan kita mencadangkan dan membahaskan usul dalam sidang DUN kerana majoriti yang kurang menyebabkan usul yang dibawa oleh pembangkang tidak boleh dibahaskan dan kita tidak boleh buat apa-apa selagi tidak jadi kerajaan", ujar beliau turut menceritakan bagaimana Adun Pakatan Pakatan Rakyat berhadapan Adun BN dalam sidang Dewan Undangan Negeri Sembilan.

2 comments:

  1. I hope PAS will success to win the seat in Bagan Pinang.

    ReplyDelete
  2. Everybody pls support........ Kita bg kekalahan berganda pd UBN !!...

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts