Monday, October 25, 2010

Gimik Kerajaan BN

1. Hebat Jawa ni, dulu dia janji nak buat jambatan di Manek Urai, dah setahun habuk pun takde. Jambatan yang menyeberangkan Sungai Lebir di Kampung Manek Urai lama belum kelihatan selepas lebih setahun pilihan raya Dun berkenaan berlalu.

2. Semalam tiba-tiba Timbalan Presiden Umno itu mendakwa kerajaan pusat memperuntukkan RM180 juta bagi membina 1,500 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR).“Projek PPR ini adalah satu nikmat besar kepada rakyat di Gua Musang, kalau nak tunggu kerajaan negeri melaksanakannya, ia adalah sesuatu mustahil, ibarat menunggu bulan jatuh ke riba.“Walaupun kerajaan Pusat membelanjakan RM180 juta bagi membangunkan projek ini, namun paling istimewa rakyat berpeluang memilikinya kelak pada harga kira-kira RM35,000 seunit atau menyewanya pada kadar RM124 sebulan,” katanya ketika melancarkan Projek PPR Gua Musang di Kompleks Sukan Kesedar semalam.
 
3. Ini adalah antara gimik kerajaan Najib dan BN. Ada juga pihak berhujah kerajaan BN di bawah Datuk Seri Najib Razak kini mengharapkan sumbangan dari duit judi Nombor Ekor, Magnun dan apa-apa sahaja bentuk perjudian bagi menampung dana kerajaan. Kalau sebelum ini keputusan bagi setiap cabutan numbor dibuat sekali sebulan, namun sekarang sampai enam atau tujuh kali dalam tempoh tersebut. Dan setiap cabutan dibuat pengusaha tempat perjudian dapat mengumpul pendapatan sehingga RM7 juta.“Pemimpin BN hanya menuduh kerajaan Pulau Pinang menggunakan hasil duit judi untuk warga emas, sedangkan sumber pendapatan kerajaan BN diambil dari judi disenyapkan,” kata bekas seorang Pegawai Polis.

1 comment:

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts