Saturday, October 30, 2010

Kempen seharian di Galas

1. Sekretariat Parlimen Kota Raja pada hari ini berpeluang untuk mengiringi YB Dr Mariah untuk berkempen di Galas. Selaku Pengarah Pilihanraya  Helwa tugas Dr Mariah ialah memantau semua semua Bilik Gerakan Helwa diseluruh Galas disamping memastikan semua aktiviti yang telah dirancang dapat dijalankan mengikut jadual.

2. Sejak awal pagi beliau telah bergerak dari satu UPU kesatu UPU dan penulis hanya dapat mengikuti beliau kira-kira jam 11.00 pagi bermula dari Stesen Keretapi Gua Musang.

3. Dari sana rombongan kami bergerak ke Bilik Gerakan Helwa. Selepas itu kami bergerak ke Lepan Tupai.
4. Agak jauh jalan masuk dari jalan besar menuju ke Lepan Tupai dan melalui jalan kampung dan kebun sawit. beberapa kali kereta terhenti kerana jalan yang sempit ketika berselisih.

5. Kami berselisih dengan ramai penunggang motosikal wanita dan kanak-kanak dan setiap dari mereka pasti membawa hamper dan jugak besar. Tidak cukup dengan itu ada juga yang sedang septik tank (tong pengumpulan taik).

6. Setelah singgah dibilik gerakan helwa Lepan Tupai kami pergi keprogram Cakna Rakyat berdekatan Bilik Gerakan tersebut.
Setibanya disana Dr Mariah terus dijemput menyampaikan hadiah kepada pemenang beberapa pertandingan yang diadakan.
7. Disebelah, hanya dipisahkan oleh jalanraya Cakna Rakyat anjuran PAS/PR, Yayasan Felda (mungkin proksi Umno) menganjurkan progran pemeriksaan kesihatan.

 
Ramai juga pengunjung yang hadir dan menariknya setiap orang yang membuat pemeriksaan akan menerima beras dan penganjur, ada yang dapat sekampit 10 kilo beras dan ada juga yang mendapat 2 kampit beras
Gambar bungkusan beras diangkut oleh orang ramai yang hadir
Wow untung nya dia ni dapat 2 kampit beras, cukuplah makan sebulan.

8. Saya mengajak Dr Mariah untuk kemajlis anjuran Yayasan Felda tersebut, Dr setuju dan kami kesana dan alhamdulillah disambut mesra dan meriah oleh pengunjung dan juga penganjur yang didatangkan khas dari Kuala Lumpur. sebagai bekas Dr Perubatan Dr Mariah nampaknya seakan sudah biasa berhadapan dengan doktor-doktor tersebut dan sempat bergamabar pula.

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts