Sunday, November 13, 2011

Gerak Gempur Jentera HelWa & Pemuda Kota Raja

Semalam mereka pulang kira-kira jam 12.30 pagi dari Markas Bikut Naga. Awal pagi ini mereka bersia sedia pula untuk mengempur Taman Desawan Klang. Mereka benar-benar iron lady Kota Raja.

Bermula jam 8.30 pagi tadi kira-kira 20 orang petugas yang diketuai oleh Ketua HelWa JPrK Kota Pn Rosnah Abd Wahab telah menyantuni masyarakat berbilang kaum di sebuah Taman Desawan Klang.

Selain Jawatankuasa HelWa turut hadir ialah YDP merangkap Pengarah JPrN, Cikgu Jaafar, Sdr Azmi Jusoh, Ahli Majlis MPK merangkap Pegawai Khas YB Dr Mariah, Setiausaha JPrK Tuan Syed, Ketua Penerangan Tuan Mutalib serta petugas-petugas PAS dari Cawangan dan Sri Andalas.

Semua rumah yang dilawati amat gembira menerima kunjungan rombongan pada kali ini.

Gambar seterusnya dikaki berita

Sementara itu pada masa yang sama Yb Dr Mariah meninjau kawasan rumah yang mendap di Kemuning Indah Elite bersama para penduduk, Pemaju dan MBSA, turut hadir ialah Sdr Azmi Jusoh.


Pada waktu yang sama Pemuda PAS yang diketuai oleh Sdr Imran Satiman dan Ahli Jawatankuasanya telah menganjur Program Khidmat Masyarakat PAS Kota Raja.

Diantara aktiviti yang dijalankan ialah menyampaikan sumbangan kebajikan, khidmat kesihatan, membuka kaunter SPR dan Kaunter MES. Selain itu pengedaran Buliten Kota Raja juga dibuat diseluruh 500 rumah di Taman Sri Lembayung Seksyen 25 Shah Alam.


Candid : Lawatan Jentera HelWa ke Taman Desawan

















1 comment:

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts